SELAMAT DATANG APRIL. SELAMAT HARI JADI BUAT MIA 1 APRIL

Sis Lin
16
SELAMAT DATANG APRIL. SELAMAT HARI JADI MIA | Uiii kejapnya dah bulan 4 ya, diam tak diam tak lama lagi nak puasa dan nak raya, ermmm.. Masa mengejar kita, jadi jangan buang masa, ayuh kita isikan masa kita dengan benda yang berfaedah. Banyak cara boleh di isi masa kita, kena bijak menggunakan masa agar masa tidak terbuang begitu saja, last-last sendiri menyesal tak sudah .

Kalau cakap pasal masa, Sis kalau ada magic atau pintu Doraemon, nak undurkan masa ke tahun 2015, kenapa ? Entah..tapi tahun itu begitu sangat meninggalkan kesan perit buat Sis, parutnya akan kekal kini dan akan selamanya..Biarlah Sis dan Allah aje yang tahu. 


Dan untuk harini juga 1 April, adalah harijadi anak buah kesayangan Sis, Dieya Damia, lebih disenangi semua orang bila dipanggil Mia aja. Masuk harini umurnya 5tahun. Mia dah bersekolah dan semakin bijak, dan petah bercakap. Cakap pun dah tak pelat, sekali bukak mulut, boleh tercenggang kita di buatnya, macam aunty kepoh hahahaha..

Harini pun nak buat surprise untuknya, nanti tengah hari nak ke rumah Emak dan hantar hadiah-hadiah dari Kakak Besor (anak Sis yang sulung), hadiah Pak Long (Suami Sis) dan juga hadiah Ayyom (Sis) sendiri..mesti dia suka gilee hadiah dia tahun ni. 

Korang nak tengok tak hadiah surprise dari Emaknya Mia hehehehe...ni adalah rahasia, Mia pun tak tau, mesti dia terloncat esok tengok keknya . Esok Mia sambut besdaynya di sekolah bersama kawan-kawannya. 


Taraaaaa....inilah kek khas Mamanya order untuk Mia hahahaha..
Terkejut Ayyom nengok, punyalah gigih yer tuan punya kek siapkan atas permintaan, dan hasilnya sangat menakjubkan. Dalam tu kek rainbow kata adik Sis . Dan keknya pun sedap ! Dah pernah order sebelum ni .

Untuk Mia, Ayyom doakan moga Mia bijak, rajin, dan berjaya dalam apa jua bidang yang Mia ceburi. Jangan nakal-nakal dan tolong Mama dan Papa dan jadi anak juga kakak yang baik ya.
Ayyom sayang Mia 💓


Happy Birthday Mia sayang ..
Tunggu Ayyom datang ya ..Ayyom sayang Mia.. 






P/S: Dah masuk bulan april, korang dah habis ke ganti puasa  tu ? ..


إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. happy bitrhday Mia..Moga jadi anak yang solehah dan sentiasa membanggakan ibu bapa ye

    ردحذف
  2. الردود
    1. Salam 1 April Cik @Nor ..moga dipermudahkan urusan kita semua ..

      حذف
  3. Usah dikenang peristiwa lama..pkyg bebaik aje..

    Hepi besday Mia bambam comel! Hadiah dr ayom..kira hadiah dr aunty nina jgk la ye 😂😝😝😝

    ردحذف
    الردود
    1. Baiklah awak @Retna...nasib baik ada awak dan juga Linda, yang selalu mendengar ...love u awak...

      حذف
  4. betul. cepat naw masa berlalu.. pejam celik dah April.
    Happy Birthday Mia -=D

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Siti, macam tak terkejar masa, banyak sangat yang tertinggal ..

      حذف
  5. Assalamualaikum lin...happy bornday Damia semoga membesar menjadi anak yg solehah yer..aamiin


    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..makaseh Mama..aamiinn...

      حذف
  6. Hepy bday Mia.. Semoga sihat selalu dan menjadi anak solehah :)

    ردحذف
  7. Barang yang lepas jangan dikenang
    Tapi masakan boleh lupa
    Jika pahitnya mencengkam jiwa…


    Happy birthday, Mia
    Semoga yg manis2 sahaja buatmu, sayang

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr Kak @Seri, parutnya tetap meninggalkan kesan yang paling dalam hingga ke liang lahat.

      Makseh Bunda..kata Mia...

      حذف
  8. mia dan denosor tak dapat dipisahkan..hahaha

    pibeday mia!

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha gigih Ayyom dia carikan buku Dino, semalam kemain suka senyum ke telingaaa @Sunah ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!