22 MEI (17 RAMADHAN) - HARI NUZUL AL-QURAN 2019/1440H | Secara umumnya umat Islam di Malaysia memperingati dan menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan.
Peristiwa Nuzul Al-Quran yang dikatakan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW., bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M, ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.
Secara ringkasnya..
Nuzul Alquran ni Bermaksud.
Nuzul = Penurunan
Al-Quran = Kitab suci Al-Quran
17 Ramadhan merupakan tarikh ayat pertama Al-Quran diturunkan bersamaan dengan 6 Ogos 610M.
Berlaku di mana?
Di Gua Hira’
Apakah ayat pertama yang diturunkan?
Iaitu ayat 1 – 5 Surah Al-Alaq.
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Sekiranya kita masih belum boleh mengaji. Ataupun masih belum boleh mengenal huruf, usah risau.
Jika kita usaha untuk belajar insyaAllah pasti ada jalannya.
Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-Quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.
P/S: Korang dah bayar Zakat? ...
Salam Nuzul Al-Quran untuk Sis sekeluarga.
ردحذفAlhamdulillah en suami dah bayar zakat fitrah..
Salam menyambut lailatul-qadar tidak lama juga lagi @PC..sama-sama kita mencari redha Allah ...
حذفSalam Nuzul Quran
ردحذفSalam Nuzul Al-Quran juga @Warisan Petani ...
حذفThanks for sharing the post.. parents are worlds best person in each lives of individual..they need or must succeed to sustain needs of the family. Hifz Quran for for adult
ردحذف