BAJU RAYA BERTEMAKAN MAKANAN MALAYSIA

Sis Lin
22
BAJU RAYA BERTEMAKAN MAKANAN MALAYSIA | Hahahaha seriuslah masa nak menaip ni Sis ko pun gelak-gelak tak sudah ko hahahaha, macam-macam aje kan ragam kreatif manusia ni, ada je yang dia nak buat bahan lawak.

Bila korang baca tajuk, then korang nengok gambar pulak, mesti korang gelak punya hahahaha. Gambar ni anak Sis yang send dalam group wahtsapp family. Berdekah Sis gelak bila nengoknya.

Anak kata, haa Emak nak mana? cepat pergi tempah, masih ada masa ni hahahaha aje sewel anak Sis tau hahahaha..

Korang kalau nak pun boleh, silalah, save gambar ni dan tunjuk pada tailor korang hahahaha. adeii..takde pulak fesyen kuih Kuba Guling ek hahahaha..

Moh le ko layan gambar-gambar ni hahaha..


Fesyen Nasi Kerabu 

Hahaha paling lawak betullah..adoiii..tang kerongsang tu telur asin hahahaha

Fesyen Puding Sago

Yang ni nengok kecur pulak hahahaha..adeiii color dah lawa dah merah..fesyen pun okay. hehehehe


Bubur Cha-Cha 

Siapa suka makan bubur cha-cha, haa bolehlah buat baju raya fesyen color macam ni hahahaha..


Kuih Seri Muka 

Nampak ayu sopan aje kan, yang ni boleh terimalah fesyennya hahaha..


Teh Ais Ikat Tepi 

Hahahah yang ini tak boleh blah betuil ! Adeiii...fesyen dah lawa, sekali di samakan dengan teh ais ikat tepi tu berdekah gelak Sis anak beranak hahahaha....

Semua fesyennya bagus, muslimah tutup aurat semuanya, tapi bila di samakan dengan makanan, tu yang buat lawak gilee gelak hahahaha...

So yang mana satu pilihan korang? Hahaha..

Kreatif sungguhkan...




P/S: Sis punya fesyen apa? Entah fesyen ABC kot hahahaha...

إرسال تعليق

22تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. haha..adohaii.. boleh pulak dinamakan baju tu ngan nama makanan.. sabo je la... tp design baju tu cantik2 jugak kan sis..

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha kann @Dilah, kreatif sungguhkan...tapi memang cantik designnya kalau nak buat baju hehehehe

      حذف
  2. haduiii..semakin pelik baju raya sekarang ek.. kita pulak setia dengan cotton...

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha pelik tu tak @Rohaida tapi nak ke orang pakai hahaha..

      حذف
  3. tp cun jugak tu kak, gabungan color2 tu menarik sgt...

    ردحذف
  4. hehe..... cantik walaupun bertemakan makanan.. kreatip tul

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe kann @Sheila, kreatif kan, nengok pun sedap hehehe

      حذف
  5. bhahahahahaha....cantik jugak yang nasi kerabu tu

    ردحذف
    الردود
    1. Kekekeke ko buatlah @Juju, kot nanti aku lapar je nengok ko Ju hahahaha

      حذف
  6. kita suka puding sago!!!! ahhahaha

    ikat tepi tu, tak nampak ikatannya kat mana...hahahha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha samalah @Sunah, nampak sedap dan sejuk anak tekak hahahaha

      حذف
  7. Eh, cantik2 pulaklah, berkenan kita tapi boleh tiru konsep ajelah, fesyen tak boleh sbb pinggang dah hilamggggggg

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha cantik dan sedap Kak @Seri, bila nengok tu kemain rasa nak jilat makan hahahaha

      حذف
  8. hahahahahahaha..tengok baju ingat makanan..tapi zaman sekarang tak mustahil kan Sis..makanan boleh dijadikan idea design baju.dan tak hairan juga ada yang berminat..ada permintaan..kikiikiki..

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr @PC, kreativiti sesaorang tu kan, cuma takut takde jual kain macam tu hahahah

      حذف
  9. teh ais derhaka ada?

    https://herneenazir.com/

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha ada, nanti tambah manik hitam je sebagai cincauu @Hernee hahahaha

      حذف
  10. Cantik. Semua cantik. Haha teringin pula nak baju macam tu. Kecuali nasi kerabu��

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha @Irrayyan, tahun depan dah boleh tempah macam ni ya hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!