BILA SUAMI PUJI SAMBAL SOTONG ISTERINYA SEDAP. ALHAMDULILAH

Sis Lin
10
BILA SUAMI PUJI SAMBAL SOTONG ISTERINYA SEDAP. ALHAMDULILAH | Lalalalala tak pernah tak sayang, begitulah seorang isteri bila dapat pujian masakannya sedap di tekak suaminya. Isteri mana yang tak kembang lobang hidung oii, walaupun lobang dah sedia kembangnya bila dipuji oleh suaminya hahahaha.

Yerr sambal sotong memang pujaan hati suami Sis, dan suami memang suka membeli sotong. Dan bila kata dah beli sotong makanya kenalah masak sambal sotong.

Sotong pulak ko jangan di potong-potong kecik, memang pantang suami Sis kalau sotongnya dipotong. Katanya kalau sotong dah di potong, baiklah dibelinya sotong kecik. So memang Sis akan masak sotong tu seketul sekor-sekor. Tak kiralah beso mana, tetap kena sekor-sekor.

Ada memang orang tak suka sekor-sekor macam ni, ada yang memang suka gak macam Sis ni, puas makan katanya time gigit sotong tu hehehehe.

Kalau dah besar sangat, memang Sis akan masak ngam-ngam kira berapa orang yang nak makan. So sorang sekor, haaa puas laaa makan tak berebut .

Dan ada juga yang tanya, macam mana nak sotong masak jadi bulat-bulat? Ermmm bukan sotong kalau masak jadi bolat ke? Ermm ..

Macam Sis, Sis rebus dalam air mendidih, bila sotong tu nampak je masak, terus tutup api dan toskan. Bila masak sambal dan sambal dah mula garing atau pecah minyak, baru masuk sotong dan tunggu sekejap je dah siap sambalnya.

Yerr sotong tak boleh masak lama sangat nanti dia liat.


Sambal Sotong Mudah Dan Sedap 

Haaa begitulah ceritanya bila dah siap, membolat ke? Sis up kat IG haritu ada yang DM bertanya. Kalau Sis nampak memang biasa bolat je sotong kalau dah di masak. Tak tau pulak ada sotomg jadi leper hahahaha..

Tapi cubalah buat macam Sis tu yer, rebus dalam air mendidih. Mana tau jadi bolat nanti hehehehe.


Haa nak lebih jelas lagi, tu dia haaa...tergentel-gentel kepala sotong tu bila di rebus hehehe..Dua kali nengok jadi seremm plak hahahaha..

Untuk resepi sambal sotong ni, sama je resepi sebelum-sebelum ni. 

Sis ikut resepi yang ini >> Resepi Sambal Udang Mat Gebu Yang Sedap 

Cuma udang di tukarkan kepada sotong, mudah je kan, Resepi senang dan sedap!

Harini dapur OFF...berbuka di mana? Rahasia hahahaha...





P/S: Salam Jumaat semua. Selamat menunaikan solat Jumaat kepada kaum Adam ..


Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. SA plak mukut banyak kat rumah so kena la masak potong2.. kalau masak sekor2 bulat2 macam ni kat rumah sewa je..hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer kalau ramai, lagi pulak kalau anak-anak kecik, kenalah potong kecik @Suria..ikut taste memasing kan...

      Delete
  2. nengok sotong tu sekor2... menggoda betul lah kak, simple tp compom mkn blh bertambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kannn @Norhidana, sedap sangat, boleh cuba nanti ya ..

      Delete
  3. Sebenarnya masak seketul2 macam ni lagi sedap. Manis dia terperangkap lagi dalam sotong tu. Kalau suami puji, lagi bersemangat kita nak masak kan sis??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Tunsha, kalau dah Suami puji bertambah sayangnya..
      Sotong tu kalau ada telur, masak sekor-sekor macamtu, so telurnya tak terpotong sebenarnya hehehe

      Delete
  4. incik suami suka sambal sotong, mencari-cari lagi resepi yg superb, nanti try yg ni pulak.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa nanti boleh cuba resepi yang ini @Dilah, insyaAllah sambal sotongnya sedap nanti ...

      Delete
  5. Perghh sekor2 .. puas makan ni. Saya suka sambal sotong. Kat rumah ni, saya je yang suka makan sotong sambal ni .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Tuan @Hasrul, kalau Suami memang kena masak sekor-sekor macam ni baru sedap nak mengigitnya hehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!