BUFFET RAMADHAN 2019 : JOM BERBUKA PUASA DI GBW HOTEL BERTEMAKAN 'REMPAH RATUS RAMADHAN' | GBW Hotel yang dulunya di kenali sebagai Grand Bluewave Hotel Johor Bahru kini menyajikan kepada semua buffet sempena ramadhan yang telah bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 3 June 2019. Bertemakan 'Rempah Ratus Ramdhan' lebih dari 100 menu yang di hidangkan yang semestinya kebanyakkannya berasaskan rempah ratus masakan tradisional melayu kita.
Chef Karim selaku ketua Chef pada tahun ini di GBW Hotel, sentiasa akan memberikan yang terbaik kepada semua berdasarkan sajian yang akan di hidangkan bersama team group masakannya. Pilihan menu yang terbaik pasti akan membuatkan pengunjung kembali lagi untuk merasainya.
Hidangan dari menu nasi, menu berlauk, salad, aneka kerabu dan juga sup, yang kesemuanya mempunyai citarasa tersendiri, membuatkan hidangan buffet kali ini cukup istimewa.
Sis berkesempatan merasai buffet ramadhan di GBW Hotel kali ini, cuma agak terkilan sedikit, sewaktu sampai (tidak lambat juga) tapi pengunjung sudah mula mengambil makanan masing-masing, jadinya Sis tidak berapa nak menjelajah ke semua tempat mengambil gambar kesemua makanan yang di hidangkan di sebabkan keadaan pengunjung yang lalu lalang mengambil makanan. Makanya mana yang dapat dan sempat aje Sis dapat amik gambarnya untuk dikongsikan kepada korang semua. Overall makanan yang di hidangkan memang sedap dan lazat.
Menu utama yang menjadi tumpuan pengunjung adalah menu Nasi Hujan Panas bersama Kambing Masak Beriyani, juga Kambing Golek, Nasi Lemak Ayam Berempah, Ayam Percik dan juga Satay.
Korang kena cuba Nasi Hujan Panasnya bersama Kambing Beryani tu, memang sangat sedap! Mulanya Sis taknak makan, tapi dah semua kata sedap, akhirnya Sis makan juga, ternyata memang sedap giler!! Memang rata-rata semua orang makan nasi tu.
Juga adanya 'Live Action Station', di mana korang boleh minta (order) menu makanan panas contohnya: Char Kuey Tiaw, Mee Goreng, Roti Jala dan juga BBQ section menu : Udang, Ikan dan juga Sotong Bakar .
Dan tidak lupa juga bahagian Ulam Ulaman dan juga Sambal-sambal. Pelbagai jenis ulam ulaman dan aneka sambal yang boleh korang nikmati. Dan kalau korang taknak makan nasi, ada juga warung Laksa Johor, dan juga Pasta dan Spageti. Pilih aje dan semua ada di sana.
Untuk bahagian pencuci mulut atau kuih-kuih tradisional, juga di hidangkan Rojak Buah, aneka buah-buahan, dan juga bagi peminat durian, korang boleh nikmati Serawa Durian dan juga Durian Goreng. Kuih-kuih tradisional melayu juga banyak pilihan yang di sediakan, antaranya: Onde-onde, Bingka Ubi, Tepung Talam, Kuih Lapis atau hidangan aneka jenis Kek dan juga Puding Custard.
Yang sukakan hidangan pencuci ala English style, juga ada Butter Pudding, Apple Crumble, dan juga aneka Bubur, termasuk Bubur lambuk. Bubur lambuk dia sedap! Memang sedap, jujur Sis kata.. korang cubalah...sebab sedap itu subjektif hehehehe..
Untuk pilihan minuman, pengunjung boleh nikmati Teh Tarik Special dan juga Sirap Selasih dan juga minuman panas dan sejuk yang lain juga.
Jadi tunggu apalagi, masih tercari tempat nak berbuka puasa? Apakata mai le ke sini dan mencuba hidangan buffet ramadhan di GBW Hotel ini. Harga pun tidak terlalu mahal, mampu beli. Untuk info, korang boleh baca di bawah ini ya..
Buffet Ramadhan GBW Hotel 'Rempah Ratus Ramadhan'
9R, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor
Buffet Ramadhan : Medini 2, Level 7
Harga: RM92.00nett dewasa
Harga: RM45.00 nett untuk kanak² (6-12 tahun ke bawah) & warga emas/citizens berumur 60 & ke atas.
Baucer juga boleh di beli di Lazada : https://www.lazada.com.my/…/one-person-rempah-ratus-ramadan…?
Untuk tempahan : HQ +607 221 6666
Mr. Ismail : +6012 7508067
Mr Syahmi : +6016 710 0048
Ms. Aiza : +6016 723 3558
Ms. Urfa : +6016 710 0073
Email : sales@gbwhotel.com.my
Whatsapp us at https://whtsp.co/GBW-Hotel
Facebook : https://www.facebook.com/gbwhotel
Instagram : https://www.instagram.com/gbwhotel/
assalamualaikum lin...aja terliur bila masuk sni tengok gambo makanan ni...
ردحذفWaalaikumusaalam Mama @Maszull.. kann Mama, time puasa nengok semua sedap, tapi memang semuanya sedap hehehe
حذفNasi hujan panas ni PC suka tengok sebab warna warni..hihi..itu satu daya tarikan nak makan..macan biasalah..bila ada sahabat blogger kongsi macam ni fokus PC dessert..
ردحذفYerr @PC ..dan sedap sangat kambing biryani dia...hehehehe PC memang suka dessert ek..hehehe
حذفterbayang keenakannya...
ردحذفSama kita, terbayang-bayang kesedapannya lagi Kak @Seri ...
حذفsedap2 jugak menu kat sini kann...suka satay dan kambing dia....laksa johor dia pulak terlampau pedas buat ku..hahaha
ردحذفYerr @Sunah, sejujurnya memang Sis suka sangat bubur lambuk dia tu, sedap pada anak tekak Sis, sampai 2x ku tambah makan hehehe
حذف