CANTIK, ANGGUN BERGAYA DI HARI RAYA BERSAMA BUSANA JAMILAH | Pejam celik pejam celik, tinggal baki lebih kurang setengah bulan aje lagi untuk kita sambut rayakan? So korang dah siap ke persiapan dan keperluan raya? Buat kuih, mengemas rumah, mengecat dan menukar langsir baru? Ke tukar kereta baru? Eh pun ado hehehehe.
Dan paling utama, dah beli ke baju raya?
Sis? Sejujurnya satu pun tak siap dan bersiap lagi hehehe. Macam seperti tahun-tahun sudah dan seperti biasanya, semuanya di ketuai oleh Suami, makanya semua menunggu aje 'signal' darinya hahaha. So Sis ko duduk dendiam sudah! Tapi geram juga nengok orang soping baju raya sana sini. Tengok design semua kemain lawa lagi.
Harap korang tinggalkan sedikit untuk Sis ya ..hehehe
Dan Sis perhatikan tahun ini banyak design kain lace kan? Cantik-cantik. Kebetulan juga sewaktu Sis ke Plaza Angsana, Sis singgah di Busana Jamilah yang terletak di tingkat 4, L4.3 berhadapan Umobile. Ternyata memang banyak design kain lace kurung dia ada. Kebaya pun ada.
Melangkah masuk, mata dah terkebil-kebil tengok baju-baju raya yang di pamerkan. Semua cantik-cantik dan ada juga jenis Lace. Dan yang menarik perhatian Sis, kebanyakkan baju yang di jual di sini ada gandingan pasangannya dengan anak perempuan, so senanglah nak matching sedondon kan? Cute sangat tau ! Pakkal takde anak kecik tau!
Sempat juga Sis bertanya kepada ownernya Puan Jamilah, kebetulan ada di kedai, mutu kain lace tu dan cara penjagaannya. Menurut kata Puan Jamilah, semua kain dan lace ni semua di import dari luar negara dan kualiti kain lace tu terjamin bagus. 'Bergetah' dan tidak mudah koyak dan reput. Memang benar, Sis sendiri pegang dan cuba, memang ternyata kainnya bagus. Tidak sesetengah kain lace, pakai aje, kemudian cepat reput bila di cuci.
Bukan cerewet tapi biarlah 'Alah membeli, menang memakainya'. Ye dakk? .. Korang lihat saja pada ketelitian pada kain lace juga aksesori yang di gunakan, semua lace kualiti bagus.
Nampak tu, comelkan. Untuk koleksi Amelda Kurung, Carmela Kurung dan juga Ezara Kebaya, ianya di datangkan sekali sedondon dengan si kecil. Terdapat pelbagai pilihan warna dan saiz yang ada. Dan juga bukan ibu dan anak sahaja yang ada, si Ayahnya pun ada juga warna sedondon untuk di pakai bersama atas nama brand Kacax .
Di Busana Jamilah ini juga ada pilihan kurung yang lain, jika korang taknak pakai lace lah. Tapi serius cakap yang lace tu memang cantik. Berkenan sungguh Sis. Hehehe agak-agak berlace kah kita di pagi raya? Tungguu...Hehehehe.
Sis suka betullah Busana Jamilah ni, dia paling banyak warna pilihan yang ada. Warna dia pun memang lain dari yang lain. Tak susahlah nak mencari kalau nak sedondon dengan tema di pagi raya. Tak payah banyak kerja nak merayap sana sini, dari baju Emak, anak perempuan, anak lelaki hingga ke Ayahnya, semua ada.
Dan untuk lelaki pula, ada juga di jual sekali baju Kurta atas nama Kacax, dan ianya adalah sama juga ownernya, cuma Butik Kacax berada tingkat 3. Pelbagai pilihan juga ada. Yelah korangkan suka pakai sedondon, so senang nak matchingkan dengan Ibu dan anak-anaknya, tak gituu..
So korang apalagi, kalau belum beli dan soping raya tu, mailah singgah di Busana Jamilah ya. Pelbagai pilihan baju ada.
Dan kalau korang malaslah nak naik ke tingkat 4, Busana Jamilah juga ada buka 2 booth tingkat 3, Lot 45 & 46 bersebelahan dengan Butik Cheza, Butik Everaph dan juga di aras bawah, Lot 27 & 28 berhadapan Habib Jewel.
Haaa dan paling best sekali, jika korang berbelanja lebih dari RM 100, korang berpeluang memenangi percutian bersama keluarga dalam peraduan Buy & Fly anjuran Busana Jamilah dan juga Butik Kacax. Peraduan ini berlangsung dari 1 April sehingga 15 July 2019. Banyak lagi masakan, so mai le datang membeli di sini ya.
Untung nasib beli baju raya dapat pergi bercuti kan...jommlah kita !!
Akhirnya ... kalau Sis sudah, korang bila lagi? hehehehe.. Jangan tunggu lama-lama, nanti raya pun tiba hahaha... Korang boleh terus walk in ya.
Baju yang Sis fitting/pakai tu adalah Baju Kurung Amelia . Cutiing dia cantik sangat dan kainnya pun sedap pakai. Ada macam-macam warna dan saiz. Sis amik saiz XL hahahaha. Bior besau jangan ketat sendat, tak gituu...
Busana Jamilah
Tingkat 4, L4.3
Plaza Angsana JB Mall
81200 Johor Bahru
Atau
Layari laman web :
Facebook : Busana Jamilah
Instagram : @busanajamilah
Whatsapp Promo Code : https://bit.ly/2WkSQbw
Dan korang kalau membeli secara online dan guna promo code yang Sis bagi tu, korang akan dapat diskaun sehingga 20%. Sah laku sehingga 27hb Mei ini sahaja.
Happy shopping korang !! ...
P/S: Tunggu Suami balik, nak bawak balik datang ke sini hehehe. Kurta anak lelaki pun Sis dah beli, semestinya Kacax di Hari Raya hehehe.
Comelnyaaa sis pakai baju tuuuu!
ReplyDeleteBerkenan pulak kita nengok kaler mint sedondon sekeluarga tu!
Hahahaha alaaa malulah kitaaa...
DeleteKannn warna tu tengok depan-depan lagi cantikk @Sunah..dalam gambar lain sikit...
pelbagai pilihannya.
ReplyDeleteIyerr, pelbagai pilihan ada di Busana Jamilah ni @Warisan Petani ...
Delete