CARA BUAT SUSU KURMA PALING SENANG YANG SEDAP UNTUK SAHUR

Sis Lin
11
CARA BUAT SUSU KURMA PALING SENANG YANG SEDAP UNTUK SAHUR | Seperti yang kita tahu, kurma memang mengandungi terlalu banyak khasiatnya. Ia dapat meningkatkan tenaga dalam 30 minit selepas memakannya. Sebab itulah umat Islam amat dianjurkan memakan buah kurma terlebih dahulu semasa berbuka puasa. Tapi kenapalah Sis ko suka berbuka dengan minum air sejuk dulu entah hahahaha. 

Sis ni jarang benar nak minum susu, lagi pulak kalau dah di campur dengan kurma macamni. Oats? Nestum? Haaa ko jangan minum depan Sis, ada kang termuntah Sis depan ko. Tak tau kenapa, benda-benda lembik macamtu tak boleh masuk dalam tekak sebab Sis ko nengok macam .....

Tapi sejak-sejak ni, Sis kan suka beli Susu Farm Fresh tu, dia ada Susu Kurma juga. Dan sejak minum Susu tu, perut ada rasa kenyang. Ermm bagus kan. Dan terus rasa, kalau buat sendiri lagi senangkan. Tapi bilanya nak buatnya tu hahahaha. Kalau beli je Farm Fresh tu, terus je telan hahaha. 

Makanya Sis ko nak cuba nanti, tapi bukan sekarang. So gigih Sis ko gugel cari resepinya untuk simpan resepinya di sini dulu. Nanti senang nak buat, just bukak blog sendiri. Tunggu Sis buat, Sis share pulak ya. 

Terima Kasih Sirap Limau. Mohon halal Sis copy ya . 
Jom kita baca . 

KURMA & SUSU, GABUNGAN MAKANAN TERBAIK UNTUK ATASI LETIH

Kurma terkenal sebagai ‘superfood’ nombor satu di dunia. Pelbagai buktinya telah dilaporkan melalui jurnal dan kajian ilmiah. Lebih-lebih lagi apabila dicampurkan dengan susu, maka segala khasiat susu dapat bergabung dengan kurma. Selain itu, ia turut menambahkan kesedapan minuman ini.

Kurma bersifat anti-kanser dan kaya dengan pelbagai vitamin serta mineral yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.

Antara lain khasiat kurma adalah mencegah sembelit, masalah kekurangan darah yang kerap dihadapai oleh ibu mengandung atau yang baru lepas bersalin.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma juga adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

Susu pula mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, menguatkan badan, serta membantu pembentukan tulang. Pengambilannya membantu proses penyerapan vitamin dan mineral dengan lebih berkesan. Sebab itulah ia merupakan gabungan terbaik bersama kurma!

Malah, ada yang mendakwa mereka yang dahulu sering mengalami gastrik kini sudah dapat berpuasa kerana mengamalkan minuman jus kurma susu.

Ternyata, bukan saja ibu mengandung dan menyusu badan boleh menikmati minuman ini, tetapi ia amat sesuai untuk semua peringkat umur termasuklah anak-anak, agar lebih bertenaga sepanjang bulan Ramadhan.

Cara Buat Susu Kurma Paling Senang Yang Sedap Untuk Sahur

Berikut perkongsian untuk anda yang nak cuba buat sendiri jus susu kurma sedap gila ini di rumah:

Bahan-bahan : 
  • 7-10 biji kurma  (boleh ikut suka anda nak guna kurma jenis Ajwa, Barhi, Medjool, Noor atau apa-apa sajalah. Nak campur pun boleh)
  • 1 cawan air kosong
  • 2 cawan susu segar  (full cream atau low fat - mengikut citarasa)

Bahan-bahan Tambahan : 
  • Madu
  • Oat
  • Kacang badam / gajus
  • Kismis
  • Buah tin
  • Pisang
  • Serbuk milo / koko / kopi
  • Serbuk kayu manis
  • Ketulan ais
  • Aiskrim vanila

Cara Membuatnya : 

1. Belah kurma dan keluarkan bijinya, belah kurma dan buang biji

2. Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, boleh gantikan air kosong dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit.

3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar.

4. Kisar sehingga hancur.

5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus. Kemudian dah bolehlah dihidangkan

Okay, siap sudah resepi yang amat senang dan menyihatkan. Tidak ada gula tambahan dan anda sendiri mengenali setiap bahan yang digunakan. Jika anda guna kurma yang lembut dan manis, rasa milkshake ini akan menjadi lebih 'kick'! Kalau anda mahu cuba untuk bereksperimen, bolehlah tambahkan bahan-bahan tambahan seperti di atas untuk variasi yang lebih menyelerakan.


P/S: Save dulu resepinya. Nampak senang sangat, rajin tak rajin je, kalau tak rajin, Sis ko order aje laaa Farm Fresh tu lagi hahahaha. 

إرسال تعليق

11تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. PC kurma mix dengan susu lembu belum pernah cuba kalau tak silap..tapi kurma mix dengan susu kambing dah banyak kali juga buat..

    ردحذف
    الردود
    1. Oooo susu kambing pun boleh ek...nak cuba yang susu lembu ni haaa dulu @PC..harap-harap boleh telan hahahaha

      حذف
  2. Dilah dah 4 thn memang sahur ni je sis.. buat susu kurma sendiri.. blend 3/5 biji kurma ngan air filter + oat + protein. dah blend baru masuk susu yg sejuk.. minum ni setiap hari.. takyah sahur nasi ngan lain2.. memang kenyang dan bertahan lama sampai petang. kalau sahur nasi awal pagi perut dah bunyi.. haha

    ردحذف
    الردود
    1. Sis ko ni nak telan susu putih tu agak erkkkk...tapi bila anak minum susu kurma yang siap tu Fresh Farm, dan Sis try, jadi kenyang sikit perut tu, tu yang ingat nanti nak buats endiri je @Dilah, so semua boleh minum kannn..

      حذف
  3. awal puasa haritu dah try buat, cuma lupa pulak nak rendam utk bagi dia lembut dan senang hancur bila blend nanti..hihi

    anak2 sibuk je mintak nak minum susu kurma.. ^_^

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo anak-anak suka ya @Dilah, nanti bolehla buat dan rendamkan dulu, lembut nanti kurmanya ...

      حذف
  4. Lau kita kukus jer kurma tu bole tak???bab kurma yg ade kat umah ni yg jenis lembut tuu...

    ردحذف
  5. tahun 2021 ni x buat susu kurma ke cikkak lin? ke order fresh farm yg dh siap.. hehehe

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!