ISTERI SELALU MERUNGUT DUIT SUAMI TAK CUKUP, JANGAN RISAU, YFS KAN ADA

Sis Lin
12
ISTERI SELALU MERUNGUT DUIT SUAMI TAK CUKUP, JANGAN RISAU, YFS KAN ADA | Buat para suami di sana, jika terbaca tajuk post ini, cepat-cepatlah bukak/klik dan baca post ni sebabnya YFS boleh membantu korang.

Tapi YFS bukanlah 'ahlong; atau pun 'pinjaman wang berlesen' tapi ianya adalah YFS Concept Store, sebuah kedai pakaian yang menawarkan harga jauh lebih murah dari harga biasa.

Sedia maklum, hari raya semakin dekat, sudah tentu banyak persiapan raya yang kena buat, dan tentunya masing-masing nak berjimatkan. Kalau boleh nak beli dengan harga yang murah tapi berkualiti.

Semestinya bagi orang perempuan ni nak baju baru bila beraya. Jadi pening kepala sang suamikan hehehe. Tak dapat kang, isteri merungut dan membebel hehehehe..


Jadi sebelum isteri tuan-tuan semua merungut duit tak cukup nak membeli pakaian tambahan, haa so bersiap sedialah nanti surprisekan isteri dan bawa dia ke sini ya, tentu isteri korang gembira punya.

Kalau korang masuk sini semestinya tidak akan pulang dengan tangan kosong, mesti akan membeli punya, sebab banyak harga diskaun  yang di tawarkan.

YFS Concept Store ada 32 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. So, korang bolehlah walk in di cawangan yang berhampiran tempat korang .


YFS Concept Store Raya sale 

Sejujurnya ini adalah kali pertama Sis masuk ke YFS Concept Store Jusco Tebrau,Johor ni, sebelum ni hanya lalu-lalu je, tapi sebab nak mencari baju raya tambahan, so Sis heret suami masuk sini.

Ternyata wowww ada sale laaa..

Sempena menyambut hari raya, YFS menawarkan harga yang mampu milik buat semua pembelinya. Harga diskaun sehingga rm20 dan juga free baucer rm50 dengan setiap pembelian rm200 ke atas, so bukan sikit-sikit punya murah, banyak murah woo..

Sis masuk sini pertama kali pun boleh meroyan membeli hahahaha. Design pakaian dia sangat up to date dan menepati citarasa terkini, tu yang Sis suka dan fesyen gaya muslimah pun ada.




Banyak Pilihan, Warna dan Saiz 

Baik pakaian wanita mahupun lelaki semuanya harga sangat berpatutan jika nak di bandingkan dengan kedai-kedai branded jenama sedia ada. Di sini pun banyak pilihan.

Saiz juga tersedia dari XS hingga ke XL bagi perempuan. Tapi XL dia pun besar. Sis pakai XL, pun nampak gedoboh hahaha, nak amik L masih tak konpiden hehehehe.

Tawaran 3 rm100 dan 2 rm100 tu cukup berbaloi dan ada juga tawaran harga berlainan tapi semuanya sangat jimat.




Harga Serendah rm20 

Pakaian lelaki yang di tawarkan dengan harga 2 rm100 untuk seluar slack, sangat berpatutan, kualiti kain pun bagus. Juga baju kemeja-T di jual dengan 2 rm70 sahaja. Banyak pilihan dan saiz yang ada.

Kalau anak bujang Sis memang kena beli kemeja-T berkolar tu, sebab memang kena pakai berkolar di dalam Politekniknya. so nanti Sis nak bawak dia ke sinilah berbelanja.

Benda ada murah, buat apa nak beli mahal-mahal.




Setandimg Dengan Jenama Lain 

Yer bagi Sis yang pertama kali ni nengok sama aje, ko beli mahal-mahal pakai pun sama, pastu kalau dah mahal nak bertukar banyak kali dah payah, so baiklah ko beli biasa-biasa macam ni, dengan harga rm39 gitu, ko boleh beli banyak!

So mana yang lebih berbaloi?

Kalau Sis takdenyalah cerewet, beli murah pun tak kisah, janji lawa kualiti bagus, banyak pilihan warna, saiz ada, so jangan banyak fikir, rembat aje beli. hehehehe. Sis memang tak cerewet. Sebab tu Suami tak kisahnya kalau kata Sis nak beli baju, dia tau standard kedai Sis macam ni jer hehehehe.

Nak malu apa boskurrrr...




YFS Concept Store Raya sale 

Dengan adanya YFS Concept Store Raya sale macam ni sekurangnya dapatlah membantu Sis dan juga anak-anak lebih berjimat dengan memilih pakaian berhari raya. Bukan kata hari raya sahaja, malah pakaian harian pun kami sekeluarga cari dan beli di sini.

Memang berbaloi.

Kalau korang yang belum pernah masuk dan membeli di sini, cubalah dan bezakan kebiasaan harga yang korang beli dengan jenama yang lain., pasti jauh beza lebih murah.

Jangan kata hakak tak payung arr..



Terima kasih YFS Concept Store 

Haa tengok, Emaknya shopping dulu sebelum anak. Jadilah kann beli 2/3 pasang buat tambahan baju raya, terima kasih Suamiku..hehehe 

Korang bila bila? Cepat sementara sale masih ada. 

Untuk maklumat dan info terkini berkenaan promosi dan sale, korang boleh ke :

Website : www.yfscorp.com
Facebook : YFS Concept Store
Instagram: @yfsconceptstore




P/S: Siapa macam Sis, kalau raya dah banyak hari, memang pergi beraya pakai blouse dan seluar aje? hehehe sila komen..

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ei cantik pulak lahhh blouse kuning tu!

    ردحذف
  2. Fuhh sale sana sini ... ni best ni kalau dapat gi shopping .. :)

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Tuan @Hasrul , sana sini sale sampai selepas raya pun hehehhee

      حذف
  3. assalamualaikum lin...cantik2 baju kat sni n seronoknya alahai pi soping raya kn..bila lah nak pi soping ni...

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...yer Mama cantik dan murah..berbaloi beli sini..

      حذف
  4. Best ni Sis..harga berpatutan.Boleh beli lebih buat salin-salin..

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr @PC, beli blouse pakai dengan seluar, kalau sopan dan okay, boleh buat pakai raya juga...

      حذف
  5. wahhh.. banyak jugak pilihan dekat sini.. harga pun berpatutan ^^

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr betul @Syahirah, murah semuanya...boleh singgah dan tengok nanti ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!