KORANG TAU TAK? JONKER WALK MELAKA HANYA BUKA HARI JUMAAT, SABTU DAN AHAD SAHAJA

Sis Lin
6
KORANG TAU TAK? JONKER WALK MELAKA HANYA BUKA HARI JUMAAT, SABTU DAN AHAD SAHAJA | Haaa mesti korang klik post ni sebab korang tak tau dan nak tau kan? Hehehe. atau setelah baca post ni baru korang tau kan? Hehehe takpe tidak jadi satu kesalahan pun jika korang baru tau, sebabnya...Sis ko pun baru tau gak hahahahaha. 

Bulan lepas, Sis bersama Sunah dan juga Farahain@Ain ke Melaka, menerima undangan media untuk menyaksikan Teater di Encore Melaka. Kalau yang sedia tau, mesti ada yang tau kan, ini adalah kali kedua kami bertiga menonton teater ini. Pertama sewaktu kami mengikuti Tourism Malaysia, dan kedua, kami terima undangan mewakili blog kami. Alhamdulilah bukan murah-murah punya tiket woooo..dan siapa yang dah tengok mesti tau kehebatan persembahannya!! 

Puashati walaupun datang dari Johor ke Melaka!!.


Berbalik pada tajuk tu, yerr kami bertiga plan dari Johor lagi, sampai Melaka terus check-in, then rehat-rehat, petang tu baru keluar terus ke Encore Melaka, then malamnya nak merambu melepak di Jonker Walk. Tapi....selepas habis teater dan selepas kami makan malam, kami pun ikutlah waze untuk ke Jonker Walk, dan sampai di tempat yang kami rasa dan terfikir 'Eh ini bukan ke laluan Jonker Walk? Apasal lenggang giler ni?' ....dan dengan konpidennya kami bertiga, tengok jam 'Oh baru jam 8.30pm, awal lagi belum bukak' ...Oooo so okaylah kita balik hotel dulu rehat-rehat, memalam sikit baru keluar. 

Sampai Hotel, ada rasa tidak puashati, macam tak percaya kenapa jalan begitu lenggang sekali di bandaraya Melaka ni. Padahal malam masih muda, ermm pelik kann..

Akhirnya si seketul Sunah pun mengugellah Jonker Walk hahahaha. Tiba-tiba dia gelak macam hantu raya hahahahah...terus kata 'Weii korang Jonker Walk buka Jumaat Sabtu Ahad ajelah' hahahahaha..

Sis dan Farahain terus erkkkkk...ayat si Ain biasalah 'Seriuslah?!" hahahahaha..

Sis ko mampu gelak dan tak puashati gugel juga nak tau hahahaha sekali 'Iyerr lerr' hahahahaa...

Makanya....melepeklah kami hanya di hotel dan menonton Drama Nur2 di dalam bilik penuh dengan emosi hahahaha. Bila ada geng menonton, haaa gitulah...dah rasa macam nak masuk dalam tv rasanya hahaha..Dak Ain je yang tak layan, sibuk dengan Drama Kekasih paksa Rela, orang dah tak rela dia merelakan hahahaha... rindu Belitung ke tu? hahahaha..


Dan begitulah...makanya korang kalau nak ke Melaka dan Jonker Walk, kenalah datang pada hari Jumaat, Sabtu Ahad yer. Eh tapi seriuslah cakap, korang datang hari weekdays, Melaka lenggang gilerr. kami datang haritu Rabu & Khamis, serius jalanraya lenggang termasuk di bandarnya. Kedai makan pun banyak tutup awal dan tidak buka. Apakah mereka buka malam sahaja atau buka Jumaat, Sabtu Ahad juga? Memang pelik. ...ermmm

Tengok aje gambar kami, seketul orang pun takde dalam gambar, hanya kami bertiga je, memang senang nak berOOTD hahahaha..


Esoknya pun kami naik Cruise pun yang ramai hanya bas-bas pelancung aje, tidak ada pun warga Melaka. Aishhh sangat serius, kami memang pelik bin ajaib. Kami bertiga pun dah macam pelancung yang melencung hahahaha..dah macam Melaka kami yang punya hahaha cuma...adeii Melaka so hot and spicy oii!!

So lepas ni dah tau, kenalah datang hari 3 tu, Jumaat Sabtu Ahad, barulah meriah Melaka hehehe. Dan rezeki juga, kami dapat jumpa blogger Melaka iaitu Kak Azura Rahman atau nama blognya Cerita Kak Z sebelum menonton teater haritu, selalu berchat di FB aje, kali ni dapat jumpa walau sekejap di Hotel kami. Tepi pool lagi hahahaha..cuma takde BBQ ajer..


Terima kasih Kak Zura, siap bawakkan kami roti boy lagi..rezeki kami dapat merasanya. Ada rezeki kita jumpa lagi ya ..

So dah tau kan? Hehehehe jangan jadi macam kami ya hahahaha 

Jonker Walk Melaka 

Alamat : Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka.
Nombor Telefon : 06-284 8282
Waktu Operasi : Jumaat – Ahad ( 5:00 p.m – 12:00 a.m )






P/S: Bukan nak beli apa sangat pun, tapi kalau ke Melaka kalau tak singgah Jonker Walk memang tak sah! Betul tak? Hehehee ...lepas ni dah tau, so noted la hehehehe...


إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. best nya. dah lama tak ke melaka. last ke melaka tahun 2008 dulu. tu pun sebab study kat uthm johor. hahahahhaha

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr @Umi , Melaka memang tempat kesukaan Sis kalau berjalan tapi tu ler, anak-anak dan Suami tak suka sebab jem hahahaha

      حذف
  2. hahahahah baca sekarang pun masih tergelak2 lagi...wakakakkaka

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe @Sunah...lawak sungguh rasanyaaa...hahahaha

      حذف
  3. last ke melaka 3 tahun lepas...

    ردحذف
    الردود
    1. Waaaa lamanyaaaa....jom le ke Melaka @JMbelog hehehehe

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!