LANGKAH KESELAMATAN MENINGGALKAN RUMAH KETIKA MUSIM PERAYAAN | Apabila tibanya musim perayaan ataupun cuti-cuti panjang sudah tentu ramai yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman atau melancong. Tak kiralah balik kampung jauh ke atau pun kampung dekat ke?
Macam Sis Kampung Melayu ajer hahaha..tapi tiap kali nak keluar meninggalkan rumah memang akan berhati-hati, lebih-lebih lagi Suami Sis, memang akan di periksa satu-satu, walaupun rumah ada guard tapi sendiri mau ingat ar.
Biasa yang mengundang jenayah ni siapa? Cuba tanya diri sendiri ...
Oleh itu, bagi korang yang akan meninggalkan rumah masing-masing sewajarnya mengambil beberapa langkah supaya rumah korang bebas daripada segala kejadian yang tidak diingini.
Rasanya ramai juga dah balik kampungkan? Sebab cuti sekolah dah bermula sejak Jumaat lepas lagi, mestilah masing-masing dah berkampung di kampung memasing. Seronoknya rayakan!!
Tapi ingat tau, bagi mereka yang akan pulang ke kampung, amik langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah masing-masing okay.
Antaranya terdapat beberapa tip ringkas untuk menghindari kemalangan khususnya kebakaran sepanjang kita berada di kampung atau pergi bercuti. Beberapa hari sebelum bercuti seharusnya kita membuat langkah-langkah keselamatan bagi memastikan rumah serta harta benda yang di tinggalkan berada dalam keadaan selamat dan teratur.
Palam (Plug) Peralatan Elektrik - Soket
Sebelum keluar rumah hendaklah dipastikan setiap palam (plug) peralatan elektrik dicabut daripada soket bagi mengelakkan berlakunya kebakaran yang berpunca akibat litar pintas. Boleh dikatakan sebahagian besar kejadian kebakaran di negara ini disebabkan litar pintas.
Kita tidak boleh sesekali mengambil mudah tentang perkara ini sebaliknya perlu sentiasa peka bagi mengelakkan berlakunya kebakaran akibat daripada faktor tersebut.
Alat-Alatan Mudah Terbakar
Selain itu, pastikan juga alat-alat mudah terbakar seperti tong gas, kerosin dan mancis disimpan di tempat yang selamat. Sebaik-baiknya kepala tong gas ini hendaklah ditutup.
Langkah-langkah ini juga bertujuan mengelakkan kemungkinan berlakunya kebakaran. Keprihatinan terhadap keselamatan bahan-bahan mudah terbakar ini boleh mengelakkan kita kerugian berpuluh ribu ringgit akibat kebakaran.
Pintu Dan Tingkap Dikunci Dan Dimangga
Bagi mengelakkan kecurian pula, kita hendaklah memastikan setiap tingkap dan pintu dikunci dengan mangga kunci yang tidak mudah dipecah atau diumpil.
Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan mangga kunci dipasang di tempat yang kemungkinan mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang termasuk juga pintu besi hadapan dan belakang rumah.
Maklumkan Kepada Jiran Terdekat
Kita juga perlu memaklumkan kepada jiran yang tidak ke mana-mana supaya memerhatikan keadaan rumah sepanjang tempoh bercuti. Berikan juga nombor telefon yang mudah dihubungi.
Jika berlaku sesuatu mereka boleh menghubungi kita secepat mungkin.
Barang-barang Berharga
Barang-barang berharga seperti barang kemas, wang tunai, koleksi jam mewah, komputer riba dan tablet hendaklah dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat.
Tanggungjawab terhadap keselamatan rumah dan harta benda yang di tinggalkan semasa bercuti amatlah penting.
Laporkan Kepada Polis/Guard
Laporkan juga ketiadaan kita di balai polis berhampiran serta pihak pengawal sekiranya rumah kita mempunyai khidmat kawalan berpagar.
Dengan perancangan yang rapi kita tidak perlu bimbang tentang keselamatan rumah apabila pulang bercuti ke kampung atau melancong ke mana-mana lokasi menarik. Malah melalui langkah-langkah yang diambil ini akan membuatkan percutian kita akan lebih selesa dan tenteram.
P/S: Rasa macam badan tak sihat. Demam rayakah ini? Huhuhuhu ..
Betul sangat Sis..kena periksa satu per satu..Lagi satu babah mama selalu pesan..nak keluar rumah jangan tergesa-gesa nanti lupa banyak perkara..periksa berkali-kali pun tak apa..mana tahu ada yang terlepas pandangkan..biasanya kalau PC dan buat semua..en suami akan double check dan begitulah sebaliknya..selebihnya tawakkal.
ReplyDeleteYerr @PC , samalah dengan Suami Sis, sebelum keluar habis satu rumah dia rondanya...selagi tak puashati, selagi tu le dia tanya dengan anak-anak semua ...
Deletebetul tu kak... semua perlu di periksa, bkn blh tingal gitu je... bgtau kt pak guard pun benda paling utama, sbb tu barang2 semua akan di angkut ke kereta awal2 supaya tak kelam kabut
ReplyDeleteBetul @Norhidana, kalau rumah berguard pun tak jamin selamat, musibah di mana-mana, kita sendiri kena alert untyk keselamatan rumah kita ...
Deletebab ni ramai yang terlepas pandang. pada yang balik kampung, sentiasa periksa dalam dan luar rumah, takut juga kalau terlepas pandang bahaya menanti pulak ..
ReplyDeleteKann @Wani, sendiri mau ingat..kadang rasa dah semua okay, tapi ada aje yang terlupanya, makanya kena periksa betul-betul ...
Delete