MAKAN SEBANYAK TU HANYA RM126.00 DI LC CATERING

Sis Lin
14
MAKAN SEBANYAK TU HANYA RM126.00 DI LC CATERING | Yerr sebanyak tu haa hanya bayar rm126, kecuali burung puyuh goreng tu ya. Menu ni pakej untuk makan 3/4 orang tapi Sis datang masa tu bertiga bersama Suami dan juga anak Sis,Yana.

Yang lagi 2 orang tu berjimba di Legoland hahahaha. Kebetulan anak Sis,Yana nak belanja Emak dan Ayahnya, so Suami kata kita makan di LC Catering ajelah, sebabnya dah lalu arah sana, so pilih yang dekat-dekat aje sebab takut tak sempat nanti, tempat makan penuh.

Sis terus ke LC Catering dulu sebelum pusing-pusing bandar. Datang dan order dulu. Sekali bayar deposit. SIs tengok daN belek menu, anak kata amik yang set ajelah, semua ada. Tapi Sis teringin nak makan burung puyuh, so order buat tambahan.

Lepas dah order kami pergilah berjalan pusing-pusing bandar. Entah apa yang Suami Sis cari pun tak tau, masuk kedai ini masuk kedai itu, semua takde yang kenan katanya. Hahaha apalagi baju raya Isteri dialah hahaha. Kan dah kata baju raya Sis Suami yang settlekaN, so ikut suka mata dialah. Fesyen apa pun tak taulah, tunggu aje lah .

[Baca juga]: Baju Raya Bertemakan Makanan Malaysia 

Dah pusing-pusing nengok jam dah jam 6.45pm, so terus aje ke Lc Catering. Sampai aje, waa dah siap dah semua menu atas meja, orang plak dah full dah.

Sekali nengok, makk aii gulp!


Terbeliak mata Sis, anak Sis dan Suami Sis hahahaha, punyalah banyak, nengok menu macam tak banyak je lauknya hahahaha. Boleh habis ke ni makan bertiga kata Suami hahaha..

Set ni 3/4 orang makan dengan harga RM 126nett . Puas hati ko, berbaloi dan semua sedap!

Antara menunya:
Ikan Siakap stim limau
Tomyam Campur
Sayur kailan asin
Udang goreng tepung
Sotong goreng tepung
Tauhu jepun masak apa ntah
Buah-buahan
*ikan dan sayur korang boleh pilih nak ikan atau sayur apa dan juga nak masak apa.

Minuman pun banyak jenis, Sis minum kedondong asam boi, anak Sis Jus Epal dan Suami Ais limau. Juga mereka akan letak ais jelly kelapa dan juga pepes. Sedap tau pepes kat sini.

Kalau koranglah RM 126 tu berbaloi ke tidak? Okay ke tak? ermmm...
Bagi Sis okay je, selamat juga habis semuanya hahahaha. Kami makan slow-slow, dah selesai solat pun makan lagi, bergilir ke surau sebab nak jaga meja hahahaha..

Selepas makan ....


Beginilah selalu terjadi bila selepas makan..mengenang nasib perut memasing hahahaha..Aishhh nak nyesal pun tak guna, sendiri mau ingatlah hahahaha..

Tapi Suami kata tak pe makan habis, jangan membazir, kalau membazir amalan syaitonnn katanya ngekek gelak dengan anak. Tapi boleh tahan juga Suami Sis ko makan haritu, mungkin sedap kot, kena kat anak tekak dia, biasa jarang dia nak makan tomyam tu, haritu bertambah dia makan.

Ke sedap sebab free, anak belanja kakakakah ...alhamdulilah ..

Korang kalau nak cuba, pergilah, ada banyak set boleh cuba.




P/S: Harini dapur off juga, ada event nengok wayang woo ini petang..bye..
Tags

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ahhahahahaa that feeling bila lepas makan is no joke XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaah kan @Ray, lepas makan gosok perut hahaha

      Delete
  2. serius kak, murah sangat tuh kak... dhla penuh meja, portion pun banyak... mmg berbaloi2 dengan harga tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerrr @Norhidana, pergilah makan sana, makanannya pun sedap semuanya ...

      Delete
  3. assalamualaikum lin...mmg byk makanannya ni tapi berbaloi la dgn harganya kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...yer Mama, banyak, harga murah dan sedap ..

      Delete
  4. Murah tu sis..kalau kat KL tak dapat de harga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kawan cakap, kalau kat KL mau-mau dekat rm200 lebih macam ni, saiz ikan pun besar @Suria ..

      Delete
  5. murah ek.. syahdu gak rupa lepas makan tu kahkahkah

    https://herneenazir.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah tang last tu, bukan syahdu lagi, murung terus oii @Hernee hahahaha

      Delete
  6. Serius murah, berbaloi2 tu sis, boleh masuk list hujung minggu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaaa, ramai kata mahal Kak @Seri, nak murah macam mana pun tak tau lee derang ni kan...

      Delete
  7. mak aiiii, banyak tuuuu! RM126 memang berbaloi-baloi lerrr sis uikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, ada rezeki jom kita makan sini yer @Sunah ...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!