NASIHAT 10 - DOSA YANG SANGAT BESAR

Sis Lin
6
NASIHAT 10 : DOSA YANG SANGAT BESAR | Baginda Rasulullah saw diceritakan tentang sahabat yang berperang lalu mengangkat pedangnya kepada seorang yang kafir. Saat dalam keadaan jatuh dan tidak berdaya lantas si kafir itu mengucap kalimah syahadah. Namun sahabat itu tetap memenggal musuh tersebut.

Kemudian sampai berita itu kepada Rasulullah, diminta sahabat iru bertemu Rasulullah. Bertanya Rasulullah kepada beliau, "Adalah kamu bunuh dia setelah dia mengucap kalimah syahadah?". Jawab beliau, "Dia mengucap syahadah kerana takutkan pedang aku dan hendak lari daripada pedang ini".

Kemudian Rasulullah kembali bertanya soalan yang sama kepada beliau. Beliau turut mengulangi jawaban yang sama dan diulangi itu sebanyak 3 kali.

Baginda Rasullullah memgulangi soalan itu supaya ingin memastikan orang yang mengucap kalimah syahadah itu mempunyai kehormatan darahnya dan tidak boleh untuk ditumpahkan sewenangnya.

Setelah ditanya 3kali dan dijawab dengan jawaban yang sama, lalu Baginda Rasullullah bersabda, maksudnya, "Apakah telah engkau belah dadanya dan sudah tahu isi hati orang itu benar mengucap syahadah kerana takutkan pedang kamu?". Terdiam sahabat itu setelah mendengar kata-kata Rasullullah tersebut.

Kemudian Baginda Rasullullah berkata lagi, "Pergilah engkau ke sana. Engkau tidak akan diampunkan oleh Allah swt. Kerana dosa yang paling besar setelah syirik kepada Allah swt adalah membunuh nyawa yang tidak berdosa lebih-lebih lagi nyawa orang yang beriman.

Bukankah dalam satu hadith Rasulullah iaitu maksudnya, "Saya diperintahkan untuk memerangi orang sehinggalah diucap syahadah".

Namun ada sahaja segolongan kumpulan cetek pemahamannya tentang hadith ini lalu berkata, "Saya diperintahkan untuk memerangi orang sehinggalah orang itu mengucap kalimah syahadah. Lalu sesiapa sahaja yang enggan mengucap akan dipenggal lehernya".

Ini jelas langsung tidak bertepatan dengan maksud hadith Nabi tersebut.

Berapa ramai orang Islam hari ini dek kerana tidak belajar dan cetek pemahamannya lalu menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasullullah seakan-akan memperjuangkan kesucian agama. Padahal merekalah yang sedang merosakkan agama ini, bahkan perbuatan ini boleh menatijahkan mereka ke neraka jahanam.

Ketahuilah, sesuatu ayat Al-Quran dan hadith itu perlu dibaca dan difahaminya mengikut keadaan, dan bagaimana kaitannya dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang lain.

Ini kerana setiapnya mempunyai keadaan-keadaan tafsiran tertentu yang ditujukan kepada golongan tertentu dan keadaan tertentu. Keadan itulah yang sangat penting untuk difahami.

Bukankah baru-baru ini berlaku di salah sebuah negara di barat, seorang yang mengaku muslim membunuh seorang yang kafir lalu membawakan dalil Al-Quran ketika ditangkap oleh pihak berkuasa.

Ini kerana gagalnya orang itu memperolehi cara memahami ayat tersebut dengan tepat dan betul.

Berusahalah untuk memahami ayat-ayat Al-Quran dan hadith mengikut apa yang diajar oleh Baginda Rasullullah supaya tepat pemahamannya. Bukan apa yang anda sendiri faham.

Jika mengikut apa yang anda faham, maka akan lahirlah setiap orang itu fahaman yang berbeza-beza. Tapi ini tidak akan berlaku jikalau kita merujuk kefahaman Al-Quran ini kepada yang berhak mentafsirkan Al-Quran ini iaitu Baginda Rasullullah, dan kemudian yang telah diperincikan oleh para sahabat dan ulama selepasnya.

Ketahuilah, orang yang membunuh seseorang lain yang beriman dengan sengaja, maka balasan pertama adalah akan diseksa dirinya ke dalam neraka jahanam. Dan balasan seterusnya adalah orang itu kekal di dalamnya dan juga dimurkai Allah swt serta dilaknat dan disediakan azab yang amat pedih oleh Allah swt.

Azab neraka jahanam itu sudah cukup dahsyat, inikan pula ditambah lagi kemurkaan Allah, dilaknat Allah, dan ditambahkan azab keatasnya. Hanya kerana ditumbangkan satu nyawa tanpa sebab yang benar.

Lihatlah hari ini, berapa ramai nyawa orang-orang Islam yang dibunuh begitu shaja dek kerana berbeza ideologinya.

Apakah nyawa yang hilang itu dibiarkan oleh Allah tanpa dipertanggungjawab ke atas sesiapa?

Atas nama Allah, percayalah bahawa setiap nyawa yang hilang itu pasti akan dipertanggungjawab di hadapan Allah kelak .


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 





P/S: Bayangkan juga, hukum memfitnah itu sama dosanya dengan hukum membunuh. Allahuakbar.
Tags

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!