NASIHAT 6 : KAMU BERDUSTA

Sis Lin
4
NASIHAT 6 : KAMU BERDUSTA | Satu hadith menceritakan, suatu ketika di akhirat kelak, dipanggil orang alim lalu ditanya oleh Allah, apakah yang mereka buat di dunia? Kemudian mereka menjawab bahawa mereka telah belajar dan mengajar demi keredhaan Allah. Begitu juga jawaban daripada mereka yang membaca A-Quran iaitu mereka telah membaca Al-Quran demi keredhaan Allah. 

Sesudah itu, Allah menjawab kepada mereka bahawa sesungguhnya mereka berdusta dan kemudian para malaikat juga menjadi saksi berkata, benar mereka berdusta. 

Di akhirat nanti, kedudukan para alim ulama ini cukup-cukup hebat sehingga diletakkan oleh Baginda Rasullullah saw kedudukan para nabi-nabi dan ulama berbeza hanya satu darjat sahaja. Begitu juga jikalau ditimbang pena darah ulama dan pena darah syuhada', maka berat pena darah ulama. 

Sehingga jikalau para syuhada' tahu kedudukan ini di akhirat kelak, mereka ingin kembali di dunia dalam kalangan para ulama. 

Namun harus diketahui juga, seiring dengan kedudukan tinggi ini, ternanti juga sesuatu hukuman yang paling berat yakni bagi mereka yang tidak menghargai ilmu yang diberikan Allah swt. Mereka sebegini akan dicampakkan ke neraka sebelum manusia-manusia lain. Ketahuilah Allah swt maha mengetahui akan isi hati sekalian orang yang alim dan qari iaitu orang yang membaca Al-Quran.

Kata Allah swt kepada sebahagian mereka, kamu belajar dan mengajar kepada orang lain itu supaya kamu diketahui, dan dipuji oleh orang lain bahawa kamu berilmu, dan telahpun kamu dapati itu ketika di dunia. 

Begitu juga kepada orang yang membaca Al-Quran. Mereka membaca Al-Quran itu supaya orang memuji keindahan suara mereka, dan telahpun didapati itu ketika di dunia. Demikian juga orang mati syahid. Mereka berjuang supaya orang mengatakan mereka seorang pahlawan dan pemberani, lalu telah pun didapatinya di dinua dahulu.

Tidak terlepas juga orang yang dermawan. Menderma supaya orang menyebut dan memujinya, dan telah pun didapatinya di dunia dahulu. Lalu, kesemua mereka yang sedemikian dicampakkan oleh Allah ke neraka. 

Apa yang difahami, bukan sahaja pada mereka sahaja yakni orang yang alim, qari, syuhada', dan penderma, bahkan apa sahaja dari sesiapa sahaja yang beramal soleh lalu dinisbahkan niatnya tidak ikhlas kerana Allah. Maka tidak akan dapat apapun nanti di akhirat kelak. 

Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Allah yakni mengharapkan ganjaran daripada Allah, hendaklah beramal baik dan sesekali jangan menyekutukan Allah dengan apa sahaja daripada amal baiknya itu. 


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 





P/S: Salam Jumaat buat semua..hari ni Sis ada last event sebelum melangkah ke Ramadhan...aishh selagi tak Ramadhan, selagi tu makan lerr apa lagikk hahahaha .. 😜


إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Allahuakbar.Kadang kita dah rasa cukup menjaga...tapi hati lain geraknya.Hati yang tidak dapat diselindungi dariNya..subhanaAllah.PC takut..takut sangat..terutama takut riak dan paling takut tak ikhlas kerana besar kesan keikhlasan tu.Moga PC sentiasa berpeluang perbaiki niat dan diri.
    Salam Jumaat Sis.

    ردحذف
    الردود
    1. Yerrr @PC, samalah kita, kadang berkata sekadar untuk peringatan, tapi takut tersalah kata, jadi riak pada diri kann...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!