NASIHAT 7 : SIAPA HAMBA ALLAH YANG KUAT | Kata Baginda saw, 'Bukanlah orang yang kuat itu ialah mereka yang bergusti. Akan tetapi orang yang kuat itu adalah mereka yang mampu mengawal nafsunya ketika marah serta memaafkan orang yang berbuat salah kepadanya'. Maka dapat difahamilah bahawa walau macam mana hebat sesaorang itu bergusti sehingga tiada yang mampu mengalahkannya, itu bukanlah ukuran sebenar kuatnya orang itu.
Namun lihatlah bagaimana keadaan dirinya tatkala berasa marah, sejauh mana mampu dirinya mengawal nafsu.
Tidak cukup dengan itu, sejauh mana mampu dirinya memberi kemaaafan kepada orang lain. Ini kerana terkadang sesaorang itu mampu menahan marahnya, namun belum tentu memberi kemaafan kerana masih tersimpan rasa marah dalam dirinya.
Oleh sebab itu, mereka yang memberi kemaafan itu, sebagai tanda yang benar-benar sesaorang itu mencabut rasa marah itu daripada hatinya dan tiada dia menyimpan sebarang dendam.
Hal sebegini, secara teori ia mudah diungkap. Namun secara praktikalnya yakni andai ia benar-benar dilalui oleh diri kita, barulah diketahui bagaimana keadaan diri kita. Namun, sepertimana pernah saya ingatkan, hidup ini seumpama madrasah yang perlu untuk diri kita terus berlatih dan belajar daripada realiti kehidupan. Kerana sesungguhnya apa sahaja yang dihadapi dari sebarang kejadian dan keadaan ini, mengundang kepada reaksi kita. Jikalau kita terbimbang dengan ayat-ayat seumpama ini, barulah kita mampu belajar daripada apa sahaja yang dilalui dalam kehidupan ini.
Untuk tidak menyikapi sebarang permasalahan lebih daripada sepatutnya, yakni perkara yang kecil hendak disikapi secara besar, maka untuk mengelak daripada ini, kata pepatah arab, 'Ubati luka itu dengan kadarnya'. Luka yang kecil, tidak perlu dibalut seperti luka yang besar. Maka begitu jugalah kita apabilamenghadapi masaalah dalam hidup ini.
Tanganilah ia sesuai dengan keadaan. Masalah yang kecil usah menyelesaikan sesuatu permasalahan melainkan dimulai dengan memaafkan orang lain. Tidak ada orang yang suka memberi maaf kepada orang lain kecuali orang itu yang paling banyak mendapat maaf daripada Allah swt.
Ketahuilah, sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang berbuat baik kepada orang lain. Jikalau tadi kita telah mendengar bagaimana Allah ingin endidik kita untuk mengawal nafsu, kemudian memberi maaf kepada yang lain, lalu kini Allah ingin menyucikan pula hati kita supaya banyak berbuat baik kepada orang lain.
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Seandainya kita ini orang yang berubat hati dengan Al-Quran Al-Kareem, maka tidak ada orang lebih bahagia daripada kita dalam hidup ini.
Namun jikalau kita menjadikan Al-Quran itu sekadar bacaan di bibir sahaja, bukan untuk dihayati dan diambil pedoman dari sisi Al-Quran itu, maka ketahuilah, kita merugikan diri sendiri yakni dengan menjauhkan diri kita daripada kebahagiaan yang sebenar.
Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri
P/S: Bagi diri Sis, sentiasa memaafkan SEMUA orang kecuali seorang J****..Tidak akan ku maafkan atas segala perbuatannya 'secara diam' !! Siapa? Hanya Allah Maha Mengetahui ...
Nak redakan marah dan memaafkan itu mudah....menjadi hambar untuk redakan marah dan memaafkan bila jenis yang acah-acah tak bersalah walau tahu dia tengah buat salah..tengok pura-pura dia tu yang buat luka kita semakin dalam.
ReplyDeleteYerr @PC memaafkan mudah, tapi luka yang berparut tu takkan pudar ...
Deleteterima kasih atas perkongsian. kak dapat ilmu baru harini ^_^
ReplyDeleteAlhamdulilah, sama-sama @Umi ..
Deleteuih... mesti dia buat salah besar ni..
ReplyDeleteTersangat besar kesalahannya buat diriku @Rohaida...dan takkan Aku lupakan ...
Deletegood morning read. thnk youuuuuu
ReplyDeleteMorning @Ray ...welcome .. :)
Deletesetuju lah kak, mengawal nafsu, mengawal marah , memaafkan semua org , meredha kan apa yg org buat pd kita... tak mudah... mmg perlukan kekuatan
ReplyDeleteYerr @Norhidana...bukan mudah mengawal marah jika tiada kekuatan tapi memaafkan memang mudah ...
Deletememang susah nak bersabar.. kalau boleh rasa nak tumbuk je org2 yg pentingkan keluarga sendiri di ofis ni.. nasib baik dpt tahan sabar.. nak mudahkan isteri, orang lain yg terpaksa buat kerja..
ReplyDeleteHahaha Sabar @Ejulz sabar hahahaha Akak ko plak emosi mendengarnya hahahaha
Delete