PEMBORONG KEREPEK DAN BISKUT RAYA DI KRIPEKS SDN BHD SENGGARANG BATU PAHAT JOHOR

Sis Lin
8
PEMBORONG KEREPEK DAN BISKUT RAYA DI KRIPEKS SDN BHD, SENGGARANG BATU PAHAT JOHOR | Kalau sebelum ni Sis ada kongsikan Sis membeli kerepek dan biskut raya di Kilang Kerepek Parit Laman Lapis, tapi kali ni untuk tahun ini Sis bertukar sikit, Sis dan Geng Sekolah ke Senggarang Batu Pahat untuk memborong kerepek dan biskut di Kripeks Sdn Bhd setelah nampak ada yang share di facebook, so kita cuba pergi tengok.

Kalau jarak tu, lebih dekat sikit tempatnya Kripeks Sdn Bhd ni dengan Parit Laman Lapis tu. Cuma bila dah sampai sana, tempatnya aje tidak sebesar seperti Kilang Parit Laman Lapis. Di Kripeks ni, hanya sebuah kedai dan memang khas hanya menjual kerepek dan biskut raya sedia ada sahaja. Tidak ada pembuatan kerepek atau pembungkusan secara 'live' atau jual 'panas' ..

Tapi masih okay, memang banyak pilihannya di sini. 

Pemborong Kerepek Dan Biskut Raya Di Kripeks Sdn Bhd Senggarang Batu Pahat Johor

Pemborong Kerepek Dan Biskut Raya Di Kripeks Sdn Bhd Senggarang Batu Pahat Johor

Kalau yang dah pergi Kilang Kerepek Parit Laman Lapis tu mesti rasa bezanya bila ada di sini. Bukan kata tak banyak tapi pilihan je tak banyak. Dan kalau nak bandingkan harga, sejujurnya Sis rasa Kilang Kerepek Parit Laman Lapis lebih murah sedikit di bandingkan dengan di sini. 

Tapi kalau memang nak membeli dan dah sampai, boleh aje, memang penuh sesaja kerepek dan biskut raya. Time Sis pergi ni kira awal lagi, baru seminggu puasa, so orang tidak berapa ramai, tapi kata pekerja di situ, mulai selepas 15 Ramadhan dan seminggu lagi nak raya, kedai akan penuh full house, dan pernah terjadi, kedai terpaksa tutup seminggu sebelum raya sebab kehabisan stok!

Perghh betul-betul memborong ni...

Pemborong Kerepek Dan Biskut Raya Di Kripeks Sdn Bhd Senggarang Batu Pahat Johor

Pemborong Kerepek Dan Biskut Raya Di Kripeks Sdn Bhd Senggarang Batu Pahat Johor

Beraneka jenis kerepek ada. Harga serendah RM 5.00 setengah kilo. Dan macam-macam jenis kerepek ada. Kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek pedas, kerepek sukun dan macam-macam lagilah. Rambang bijik mata nak pilih nak beli kerepek apa hahahha.

Pakaging dia pun ada yang setengah kilo dan juga ada yang sekilo, atau kalau korang nak pack 5 kilo pun ada. Bagitau ajelah, nanti mereka bungkuskannya. 

Pemborong Kerepek Dan Biskut Raya Di Kripeks Sdn Bhd Senggarang Batu Pahat Johor

Pemborong Kerepek Dan Biskut Raya Di Kripeks Sdn Bhd Senggarang Batu Pahat Johor

Biskut? Jangan cakaplah, beribu-ribu jenis biskut raya ada oii, pilih je laaa nak yang mana, design biskut apa. Dah macam pilih baju raya pulak design biskut dia hahahaha. Rasa korang memang tak boleh nak rasalah oii kan puasa hahahaha. Nasiblah kalau beli rasa kurang kat anak tekak, tapi Sis nengok semuanya sedap-sedap belaka. 

Harga pulak tak sama semua, ikutlah biskut dan jenis apa. Di sini semua biskutnya adalah homemade ya, yang di hantar oleh orang untuk di jual di sini, bukan biskut dari kilang . Comel-comel ko biskutnya hehehe. 

Pemborong Kerepek Dan Biskut Raya Di Kripeks Sdn Bhd Senggarang Batu Pahat Johor

Pemborong Kerepek Dan Biskut Raya Di Kripeks Sdn Bhd Senggarang Batu Pahat Johor

Sis perhatikan dan yang Sis beli adalah dua jenis biskut ni haaa...Gambar atas tu adalah Kuih Kapit tapi dah di designkannya menjadi seperti kuntum bunga ko, kemain lawaaa. Dalamnya ada di sumbat macam peanut kacang atau pun cokelat. Kreatif kan..

Dan gambar yang bawah tu, tu Tempe Pedas rangup, Sis beli untuk mencekik sendiri je sambil update blog memalam hahahaha. Sedap! Rugi beli sebotol..huhuhu Kalau korang ada ke sini, korang belilah tu, memang sedap. 

Pemborong Kerepek Dan Biskut Raya Di Kripeks Sdn Bhd Senggarang Batu Pahat Johor

Pemborong Kerepek Dan Biskut Raya Di Kripeks Sdn Bhd Senggarang Batu Pahat Johor

Bukan kerepek, dan biskut aje ada di jual, asam-asam pun ada, juga aneka kek lapis pun ada. Boleh pilih nak yang mana. Kekacang pun ada juga di jual di sini. Pakaging ada yang besar dan ada juga yang kecik. 

Dan ada juga makanan ringan lain yang di jual. Yelaa kadang time raya, ada Emak-Emak (Emak Sis le tuu) kita ni suka paket kecik-kecik bagi jajan beserta duit raya dalam satu bekaskan?, so kat sini pun ada jual jajannya. 

Pemborong Kerepek Dan Biskut Raya Di Kripeks Sdn Bhd Senggarang Batu Pahat Johor

Pemborong Kerepek Dan Biskut Raya Di Kripeks Sdn Bhd Senggarang Batu Pahat Johor

Dan yang bestnya, kat sini ada jual Pisang Keju tu haa hehehe. Sebelum ni kalau nak makan Sis beli atau kirim kawan yang pergi Bandung, tapi kat sini ada jual ko, apalagi belilah 2 paket buat makan sendiri, anak-anak kemain suka hehehehe. 

Juga Dodol pun ada juga. Korang nak dodol segitiga ada, dodol daun ada, dodok bekas ada, dodol bungkus pun ada..pilih je lerr..


So kalau belum membeli kerepek dan biskut untuk hari raya, silalah datang ke:

Kripeks Sdn Bhd.
(100% pemilik melayu)
(100% pekerja Muslim).

Alamat : KG SERI DALAM 83200 BATU PAHAT JOHOR.
(google maps SK SERI TIMBUL SENGGARANG JOHOR).

Di buka setiap hari dari 8pagi hingga 12malam.

Untuk elakkn beratur panjang untuk memilih dan membayar, korang datanglah selain hari sabtu dan ahad ye.. *Bayar guna Cash/debit/kredit pun boleh .

Facebook : Kripek's 


Selamat bersoping !


P/S: Sis memang beli makan sendiri dulu je, untuk raya macam biasa, Suami yang urus hahaha, kang beli sendiri, dia membebel tak sudah huhuhu..

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. parit Lapis Laman tu tempat keluarga PC dan mertua selalu beli kerepek sis..tak kiralah untuk makan sendiri ke..untuk majlis ke atau untuk raya..kat Parit Lapis Laman tu ada dua tempat..bila PC balik kampung..situlah tujunya beli kerepek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo dah dekatlah tu @PC ...senang kalau dah tau nak tuju..tahun lepas Lin ke sana, tahun ni je bertukar angin hehehehe

      Delete
  2. assalamualaikum lin...wah !! banyaknya kalau turun BP boleh singgah sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mama @Maszull...yee Mama, kalau ada lalu singgahlah, macam-macam ado...

      Delete
  3. macam pernah singgah masa ikut jalan dalam dari jay bee ke batu pahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la tu Kak @Ina, memang jadi tumpuan ni tempatnya, kalau tak raya pun ada je orang datang membeli...

      Delete
  4. Waa...kalau slalu full house time dkt Raya, ertinya better beli awal. Kalau akak msk kedai tu, mesti rasa nak pengsan sbb akak ni minat kerepek - totally overwhelmed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Zurainny, dengarnya seminggu sebelum habis memang full dan kalau dah takde stok, terus dah tutup dah...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!