PENGALAMAN MENONTON TEATER SEJARAH DI ENCORE MELAKA | Pertama sekali, Sis ingin menyatakan bahawa secara jujurnya, Sis tidak pernah mengetahui sebelum ini ada tarikan persembahan ala-teater yang canggih di Melaka. Sis memang kagum giler bila kali pertama bersama Tourism Malaysia menjejakkan kaki ke panggung teater Encore yang terletak dekat Impression City di Kota Syahbandar. Dan bila dapat undangan kali kedua ke sini, lagi rasa teruja, nak fokus sepuas-puasnya!! Sebab tu kali kedua ni kurang sikit gambarnya.
Negeri Melaka tidak pernah sunyi daripada daya tarikan menarik untuk dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara. Juga Melaka adalah destinasi percutian yang cukup diminati dan terkenal dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara. Cuma satu aje yang kadang menjadi sesetengahnya kurang gemar ke Melaka adalah di sebabkan kesesakan lalu lintas keadaan sesak di Melaka.
Baru-baru ini Sis berpeluang sekali lagi bersama 2 lagi geng blogger Sis iaitu Sunah dan Farahain ke Melaka untuk menonton pentas teater di Encore Melaka ini. Teater ini terletak di lokasi paling terkenal di Melaka, iaitu di tepi pantai di Kota Melaka, 3.5km dari Jalan Jonker, di No. 1, Jalan KSB, Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka. Ia merupakan projek pembangunan pelancongan dan kebudayaan berintegrasi terbaharu daripada Yong Tai Berhad.
Bangunan putih yang dihiasi dengan dinding luar diperbuat daripada lampu LED dan jubin porselin itu dibina oleh syarikat Yong Tai Berhad, sebuah syarikat tempatan yang berperanan membangunkan kawasan tersebut. Ruang teater ini mampu menempatkan 2,000 penonton dalam satu-satu masa dan sudah pasti sepanjang pementasan itu, pengunjung akan terhibur dengan aksi koreografi dan permainan cahaya yang dicipta menggunakan teknologi digital
Menggunakan lebih 200 artis dan krew penerbitan, persembahan teater Encore Melaka, antara empat siri pementasan Impression, bukan teater biasa. Ia menjanjikan pengalaman berbeza dengan teknologi tempat duduk berputar sambil menggunakan empat pentas bagi menzahirkan senario lebih dramatik.
Malah, penonton dijanjikan kepuasan maksimum tatkala dihiburkan dengan persembahan teater secara langsung selama lebih 70 minit tanpa henti, seolah-olah sedang menyaksikan tayangan filem di pawagam.
Dah boleh bayangkan tak? Sambil menonton teater, panggung tu bergerak 360' tanpa kau sedar hehehehe..
Bermula dengan sejarah kewujudan Melaka, penonton dibawa menelusuri sejarah panjang kewujudan dan keharmonian masyarakat majmuk di bumi bertuah ini. Babak demi babak, para penonton terpesona dengan pertunjukan malam itu. Persembahan bermula dengan kisah Parameswara, putera raja dari Sumatra dan pohon Melaka serta kisah Laksamana Cheng Ho yang diiringi dengan paparan visual luar luar biasa kapal-kapal belayar dan pukulan gendang penaik semangat.
Tidak hanya itu, para penonton menyaksikan kelembutan para penari menarikan tarian Baba Nyonya. Ada juga tarian air yang menarik mengiringi kisah sang ibu yang tak habis-habis kata 'Aku akan Bersalin!!' dan rasa cintakan Melaka oleh orang penduduknya.
Di babak penghormatan kepada para artisan Melaka, para pelakon dan penari turun ke ruang penonton dan sekaligus menjadikan mereka semua sebahagian daripada pertunjukkan malam itu. Siap dapat gula gula kelapa Melaka . Pementasan ini ditutup dengan 200 orang pelakon dan penari mengucapkan selamat jalan kepada semua penonton.
Korang bayangkan, di atas pentas yang besar dipenuhi air macam kolam dan jatuh pula dari atas air seakan hujan dan seakan air terjun di dalam panggung berkenaan. Memang part ni sangat teruja. Berkocak-kocak bunyi air saat mereka semua berlari hehehehe.
Teater ini dipersembahkan sebanyak dua kali setiap hari Isnin hingga Sabtu iaitu pada pukul 5.30 petang dan 8.30 malam manakala pada Ahad, ia dipertontonkan pada pukul 2.30 petang dan 5.30 petang. Ia merupakan pementasan pertama siri Impression yang diadakan di luar negara China dan menjadi persembahan ke-10 bagi siri tersebut.
Kemudahan yang disediakan di Encore Melaka ni memang terbaik seperti ruang parking yang besar dan tandas awam percuma, juga ada kedai cenderamata, malah suraunya pun sangat besar, sejuk dan selesa untuk solat.
Selesai menonton tetater, korang boleh cepat-cepat keluar dan pergi ke tepi belakang bangunan sana, untuk melihat matahari terbenam. Cuma hati-hati keadaan sekeliling (under constraction), jangan sampai kau yang terbenam yer. hehehehe.
Sewaktu menonton bersama Tourism Malaysia |
Bersama geng blogger Sunah & Farahain |
Oh ya, di luar juga selesai aje teater, para pelakon yang seramai 200 orang tu akan berada di luar bangunan, masa ni korang bolehlah bergambar dengan mereka sebagai kenang-kenangan.
Jadi apa lagi, jom ajak kawan-kawan dan keluarga korang ke Melaka dan singgah di Encore Melaka ni yang terletak kurang 5 kilometer sahaja dari bandaraya Melaka.
Waze je Encore Melaka, confirm jumpa!
Untuk pembelian tiket, sila layari https://encore-melaka.com/ticketing
Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://encore-melaka.com
No. Phone : +606 270 7777
Facebook : encore.melaka
Instagram : @encore_melaka
Terima kasih Tourism Malaysia dan juga Terima Kasih Encore Melaka !!
P/S: Kalau nak datang sini pastikan korang pakai pakaian yang berwarna atau dengan kata lain jangan pakai baju putih sebab takut tenggelam pula dalam gambar sebab tempat ni kan dah memang putih.
Bestnya boleh tengok persembahan secara langsung. Boleh masuk list tempat untuk jalan2 ni. BTW, Selamat Menjalani Ibadah puasa kepada sisLin sekeluarga!
ReplyDeleteYerr sangat best dan terujaaa...nanti boleh ke sini menontonnya Tangan @Gebu ..
Deletebestnya...kalau selalu diadakan pertunjukkan teater mmacam ni bagus kan...jadi tarikan untuk ppelancong luar
ReplyDeleteYerr @Suria, tapi tu lerr, walaupun tiket mahal, tapi bila dah tengok, kompom puashatinya...
Delete