RESEPI KETAM BUTTER TELUR PALING SENANG DAN SEDAP SANGAT

Sis Lin
12
RESEPI KETAM BUTTER TELUR PALING SENANG DAN SEDAP SANGAT | Yerr sedap sangat! Kenapa cakap sedap? Sebab resepi ni Sis yang godam ikut suka hati Sis, so bila terjadi hasilnya, sendiri masak sendiri pujilah. Nak tunggu korang puji? Lagi kata 'perasan' adalah hahahaha..

Rata-rata di sini ramai Emak-emak yang pandai masak resepi butter ni, tak kisahlah ketam ke, udang ke, ayam ke, tapi memasing ikut masing-masing punya citarasa. Bagi Sis ini kali terbuat resepi sendiri gara-gara nakkan kuahnya ada 'sesuatu' yang lain dari yang lain. 

Apakah 'sesuatu' itu? Yeee Sis tambah 'telur' dalam kuahnya. Pecahkan telur, bukan telur sebiji hahaha. Senang dan mudah aje. Permulaan cara memasak, sama je dengan yang lain-lain tapi bab pecahkan telur je yang lain. 

Korang nak cuba ke resepi Sis ni? Okaylah Sis masukkan resepi, kot kalau korang nak cuba ye cuba. Tak sedap itu tekak memasing ye.

Sedap itu 'subjektif' kalau di tekak, tapi Sedap itu 'keyword' bagi tajuk masakan hahahaha..
Tak faham? Abaikan ...


Resepi Ketam Butter Telur 

Bahan-bahannya : 

- 3 ekor ketam (di bersihkan dan di kerat dua, cengkerang tu jangan buang, cuci dan bersihkan je)
- Selabu bawang besar (di cincang)
- 5 ulas bawang putih (di cincang)
- 5 tangkai daun kari 
- sebatang lada merah (di buang biji dan di cincang)
- sebatang cili padi hijau di cincang
- 2 biji telur 
- 1 tin susu cair
- 3 sudu butter/marjerin

-Bahan perasa

Cara memasaknya: 

- Panaskan kuali dan masukkan butter/marjerin
- Setelah butter cair, masukkan bawang putih, bawang besar, lada merah dan juga cili padi hijau yang telah di cincang. 
- Setelah itu masukkan daun kari dan gaul sampai wangi.
- Ketepikan bahan-bahan tu di tepi kuali dan Pecahkan telur ke dalamnya. Biarkan sekejap
- Kemudian bila telur hampir masak, gaulkan dan hancur-hancurkannya dalam kuali
- Masukkan ketam dan terus masuk satu tin susu cair .
- Gaul sebati dan masukkan sedikit lada putih atau bahan perasa lain. Nak sedap jangan masuk garam, ianya akan buat rasa butter tu kurang sedap. Masuk secubit okaylah.
- Setelah ketam masak dan kuah butter menjadi pekat, tutup api dan hidangkan .
- Dan bolehlah korang makan bersama lauk-lauk yang sedia ada yer. 


Meriah tak meriah woo...hehehehe Menu banyak gini Sis masak sewaktu Emak dan adik Sis berbuka di rumah baru-baru ni. Ketam tu pun Sis masakkan khas untuk si Mia tu, dia paling suka dan kesukaan dia menu ketam. Sampaikan nak perabiskan di jilat-jilatnya ketam tu, alahaiii..

Nanti ada rezeki jumpa ketam Ayyom masakkan lagi ye Mia..


Menu lain tu ada, Sayur Kobis Goreng Sotong, Ikan Pekasam, Tauhu Sumbat, Ikan Kerisi Masak Lemak Eina Azman, dan juga Sambal Hitam Belimbing Petai..Sungguh menyelerakan..
Dan ada juga Sis rebuskan Tihani Cikang untuk minuman berbuka puasa petang tu . 

So korang Ketam Butter tu kalau nak cuba, silalah. 

Kenapa Sis letak telur? Sebab susah nak dapatkan ketam ada telur, so pecahkan telur sebagai penganti telur ketam dalam kuahnya, walaupun rasa tak sama dengan telur ketam, janji adaa le ala-ala telur ketam dalam kuahnya.. Bila makan semua ingat telur ketam hahahaha..

Bijak tak? hehehehe...
Macam sama dengan salted egg cuma ini telur ayam pecah, bukan telur asin ya. hehehe






P/S: Iftar harini Sis nak masak Nasi Lemak Sambal Sotong, Ikan Goreng dan juga ada Peria Goreng Rangup ...alhamdulilah ..


Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kombinasi bahan-bahan kuah tu..dengan air ketam tu sendiri membangkitkan rasa hidangan.Wow sangat...Ya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @PC, rasa butter dan daun kari tu je dah rasa sedap...sebab tu Sis tambahnya telur bagi kuahnya ada ala-ala telur ketam, sedap sangat!

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulilah....rasa pun woww sangat Cik @Nor ..

      Delete
  3. Assalam Lin.. dapnya Lin.. ni resepi kita pernah try dulu2, hampir sama. kita tak guna lagi rsepi ni sebab tak suka tekstur sos yang ada telur, heehe..

    https://sariyusa.blogspot.com/2014/05/lobster-yang-ohsemmm-masak-butter-lagi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kak @Seri.. Ooo tu laa, Lin mencuba letak telur Kak, sebab biasa ketam beli ada telur, ni takde so cuba pecahkan telur, alhamdulilah nasib semua suka...dengan Mia sekali mencari telurnya hehehe..

      Delete
  4. Silap la tgok time ni..terus lapar perut..aduhai..dh la baru mula puasa semula hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sian @Suria hehehe...nanti cari ketam dan try ya..

      Delete
  5. sedapnyaaa sis.. kena cuba ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila cuba, nanti masakkan untuk Mama @Farah tu..hehehehe

      Delete
  6. perghhh hebatnyeee cipta resepi! bole jadi masterchef seterusnya! hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha setakat pecah telur ajee oii @Sunah oii...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!