RESEPI RAMADAN SERTA RAYA YANG SEDAP, CEPAT DAN MUDAH DARIPADA AYAM BRAND™ | Ramadan bakal tiba tidak lama lagi dan diikuti oleh sambutan Hari Raya sebulan kemudian. Sahur dan iftar sepanjang Ramadan, diikuti oleh sambutan Eid sememangnya dapat mengumpulkan sanak-saudara dan rakan-taulan untuk menikmati hidangan tradisional, di samping meneroka makanan baru yang enak. Bagi kebanyakan orang, hidangan istimewa adalah yang dimasak di rumah.
Ayam Brand™, terkenal sebagai produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet telah menghasilkan lapan resepi menarik. Ini termasuklah hidangan tradisional kegemaran ramai, selain resepi mudah dan cepat yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Resepi-resepi ini seimbang dari segi rasanya yang sedap dan pemakanan sihat.
Donburi sardin yang mudah dan sedap bersama nasi lemak hanya menggunakan enam ramuan untuk dihasikan. Masak nasi dengan santan Ayam Brand ™, air, daun pandan dan garam di dalam periuk nasi. Kemudian hidangkan dengan sardin Ayam Brand ™ di dalam minyak zaitun. Siap.
Anda pasti tidak puas makan sebiji bebola nasi perang tuna. Sediakan pada malam sebelumnya dan letakkan di dalam peti sejuk. Masukkan ke dalam oven untuk mencairkan keju dan membuatkan bahagian luarnya garing. Bakar, jangan goreng dan ia sedia untuk dimakan dalam masa hanya 10 minit.
Membuat Kek Ikan Thai mungkin kedengaran sukar, tetapi Ayam Brand ™ menjadikannya lebih mudah. Kisar semua ramuan seperti Ayam Brand™ Tuna di dalam air dan santan sehingga pekat, masukkan daun bawang dan ketumbar, kemudian buat bentuk bujur dan masukkan ke dalam peti ais.Selepas siap, layurkan dengan minyak masak kelapa Ayam Brand™.
Udang Masak Kunyit ialah masakan yang menjadi kegemaran banyak keluarga. Versi Ayam Brand dihasilkan dengan menggorengnya bersama rempah-ratus, pada masa yang sama mengekalkan rasanya yang sedap berkrim. Hanya memerlukan masa selama 15 minit untuk disediakan, hidangkan bersama nasi atau roti pita.
Roti Jala dengan Sardin akan memberikan rasa sedap sebagai sebahagian daripada hidangan Hari Raya anda
Manakala Coconut Cornflake Cookie dan Kuih Talam pula pasti memuaskan hati mereka yang gemarkan makanan manis.
Bagi Puding Roti dan Keju Tradisonal sempena Ramadan dan Raya pula, apa kata ubah resepi itu dengan Ayam Brand™ Coconut Milk dan kurma? Boleh disediakan dan dibakar dalam masa 25 minit, ia sangat enak apabila dihidangkan bersama ais krim atau sos coklat.
Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara.
Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mendapatkan lebih banyak resepi Ramadan dan Hari Raya.
P/S: kalau bulan puasa, stok sardin Ayam Brand dalam tin ler paling banyak di simpan selain Yeo's hehehe..senang ko, agak blur, campak aje sardin tu dalam kuali hehehehe. Janji masak.
Mudah,cepat,ringkas..bagus ni persediaan bila ada tetamu nak bertandng.
ReplyDeleteYerr @PC sangat mudah, mesti sedapkan, sebab dia guna Ayam Brand ...
Deleteperghhhh
ReplyDeletesemuanya buat sendiri? gila power
nampak sedap-sedap pula
baru tahu Ayam Brands nih boleh buat macam-macam rupanya
fuh...nasib tengok waktu dah berbuka
Hahahaha tak dan buat sendiri tu @Hans...itu contoh ajer
DeleteTapi kalau brand Ayam Brand ni kompom sedap kalau buat..boleh try nanti ...
Menarik dan nampak mudah. Boleh cuba nanti ni. Boleh buat meal plan raya dah ni guna menu ni. Terima kasih sis
ReplyDeleteYerr @Siti , boleh cuba nanti, mudah, simple tapi mesti kenyang ...
Deletesemua Nampak membangkitkan selera ni, Lin
ReplyDeleteYerr Kak @Seri, nak respeoi klik link tu yer...tengok macam senang ajerr
Deletewow..best2 resepi dia..:)
ReplyDeleteKannnn mudah dan senang ajeee nengoknya kan Cik @Nor ...
Deletemudah jee ejj.. nak buat lahh buka ni
ReplyDeleteIyerrr @Mimin, sonang ajer, nanti sila update yerr hehehe
Deleteayam brand ni memang terkenal dari kita kecik lagi kan... produk memang tip top
ReplyDeleteBetul @Rohaida, dan brand Ayam ni memang sedap, termasuklah Sardin dia kann, sos dia tu sedap...
Deleteroti jala dengan sardin tu pestimee tengok!
ReplyDeleteKhennnn...boleh cuba nanti @Sunah hehehehe
DeleteIni cara marketing 2019!
ReplyDeleteHari ini saya nak share satu strategi yang anda boleh gunakan jika anda nak jana duit tambahan dengan bisnes online pada tahun ini, 2019.
.
.
bit.ly/Artikelbloger
Terima kasih sudi singgah ya ...
Delete