SAHUR TELUR GOYANG DENGAN ROTI BAKAR PUN SEDAP !

Sis Lin
12
SAHUR TELUR GOYANG DENGAN ROTI BAKAR PUN SEDAP ! | Dah kata dah, makin hari semakin blur dan poyo nak masak apa. Anak-anak pun semakin liat mengeliat nak bangun sahur. Tapi kena juga paksa makan sahur, sebab ada yang bekerja, kang tak sahur, takde tenaga kang. Kalau tanya 'Esok nak sahur apa?', masing-masing jawab, 'apa-apa jelah Mak', tang apa-apa tu ler jadi masaalahnya..ermm Emaknya blur termenung malam nak tido mikir nak masak apa huhuhu..

Dan pagi tadi, di sebabkan juga semalam berbuka puasa di luar bukan di rumah, makanya dapur off, so tiada makanan semalam untuk di buka ke sahur. Dan kenalah masak pepagi Subuh yang hening hahahaha. No idea tapi bukak IG si Jofliam beberapa hari sebelum tu, terus teringat telur goyang yang selalu dia makan tuu, makanya terjadilah menu sahur pagi tadi, telur goyang bersama roti bakar hahahaha ..

Korang ada tengok tak IGs Jofliam sebelum ni, laaaa siapa Jofliam? Aishhh Suaminya blogger Cik Epal tu lerrr...kalau tengok IGs Jofliam, hari-hari dia bedal telur goyang dengan roti bakar ko sebelum puasa masa sarapan. Time puasa ni ada gak kadang dia makan telur goyang ni hahahaha. Cuma sejak ni dah jarang update telur, dia update video dia baju Lima Waqtu tu hahahaha..


Cuma roti aje beza, kalau Jofliam suka guna roti banggali putih tu, Sis ko bedal je roti Gardenia hahahaha. Pun kenyang...Licin gak makan anak-anak. 

Sejujurnya Sis ko tak pandai nak buat telur goyang macam ni sebelum ni. Yerr selalu aje tak menjadi, kadang Suami gelakkan Sis tau. Tapi sejak nengok Jofliam buat dan dia ajar macam mana nak dapatkan telur goyang yang cantik macam ni, barulah Sis fokus belajar dan try dan akhirnya yeahhhh!!! menjadi telur goyang Sis hahahahaha...

Korang pandai? Good! Yang tak pandai meh Sis ajarkan ea..ilmu jangan lokek, bukan boleh bawak mati, ye dakkk...

Resepi Telur Goyang Jofliam 

Bahan-bahan:

- Roti 
- Telur ayam 

Cara memasaknya : 

- Roti tu korang bakar dulu yer . 
- Sediakan periuk berisi air dan korang rebus dulu air dalam periuk sampai mendidih betul-betul dan air tu meletup-letup kata Jofliam hahahaha. 
- Kemudian korang tutup api 
- Then terus masukkan telur sebiji demi sebiji 
- Set kan timer 6 atau 7 minit 
- Timer siap, keluarkan telur.
- SIAP! kompom telur korang bergoyang! 





P/S: Puashati Sis ko menjadi telur goyang, nanti Suami balik, nak tunjuk eksen telur goyang Sis hahahaha...TQ Jofliam share ilmu secara live!! 


إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Cantik kejadian telur goyang tu sis...SA pun nak buat la nanti kat rumah sewa ..sahur kat umah sewa mmg simple je...

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr baru ini kalilah menjadi telur goyangnya @Suria..puashati...ikut cara Jofliam hahahahah

      حذف
  2. الردود
    1. Ooo anak kita tak kesah, janji bangun Sahur @Warisan ...

      حذف
  3. Ni lah bfast kita tiap jumaat sabtu sis sebab Pak Inche tak nak makan berat pepagi. Yg tak pandai makan telur goyang, Iman Fatiha, dia geli, hahahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo sama juga yer Kak @Seri...kita buat ni dah terlalu buntu otak mikir...kalau tak memamg makan nasi aje bebudak tu hahahaha ...kenapa Iman geli aaaaaa

      حذف
  4. Ainn jadi pandai buat telur bergoyangg tuu masa tgk story keknis. Set timer tu penting. Hahaahhaa. Takdelah dok tunggu lamaaa je depan telurr tuu. 😂😂

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha yang Kek Nis Sis ko konpius sikit, tak jelas, sekali tengok Jofliam ni, baru menjadi telur goyang i @Farahain hahahaha

      حذف
  5. gitu ceritanya... yelah..kadang tak tau menu apa lagi nak buat... pepagi kalau makan berat , mata pun jadi berat. ni pun dah mudah sediakan..

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerrr @Rohaida, begitulah jadi pandai sebab tengok IGs Jofliam hahahaha kalau blur, silalah buat untuk sahur hehehee

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!