RESEPI SAMBAL HITAM BELIMBING PETAI PALING SENANG MUDAH DAN SEDAP | Assalamualaikum semua, salam ramadhan yang ke 15. Sekejap masa berlalukan, esok-esok tau-tau je dah nak raya. Lagu raya pun dah berkumandang sana sini di shopping mall dan juga di radio. Semakin semangat nak raya gitu..
Dan ada lagi ke yang masih mencari resepi-resepi berbuka puasa? atau dah mula tak masak sebab sibuk buat biskut, menjahit tempahan baju raya, membuat kek lapis? Ye laa kalau dah sibuk, mestilah penat, dan tak larat nak memasak, makanya ke bazar ramadhan (PARAM) aje la kan.
Bagi Sis, ada on dan off nya memasak, tapi sejak-sejak ni memang dah mula memasak, undangan berbuka puasa pun ada yang Sis tolak. Nak habiskan masa berbuka dengan anak aje di rumah dan memasak sambil mengemas.
So korang masak apa harini? Untuk harini Sis nak kongsikan resepi paling senang gile rasanya hahahaha. Resepi segera tapi tidak semua orang nak buat hahahaha .
Sambal Hitam Belimbing Petai Paling Senang Mudah Dan Sedap
Sambal ni makan dengan nasi panas-panas perghh sedap sungguh. Tapi tidak ngajin nak membuat dan memasaknya. Makanya sewaktu keluar membeli kerepek bersama geng sekolah, ternampak sambal hitam belimbing petai paket ni. Kata ada sorang makcik tu, sedap katanya. So Sis beli dan mencubanya ..
Cumanya, Sis ni hantu petai, so kena beli petai dan tambahkan petai dalam sambal hitam tu, perghhh memang sedap terangkat woo..
Tak susah mana pun, cari sambal belimbing hitam petai macam ni, dan juga sebungkus petai, kalau korang taknak tambah petai pun tak apa, ikutlah suka. Dalam sambal tu memang dah ada petai, tapi...ermmm korang faham-faham ajelah, bukanlah petai sebesor petai tu, dah hiris kecik dan boleh di kira je petainya hahahah..
Sebab itu Sis beli petai dan tambahkannya lagi..barulah kawww...
Korang keluarkan sambal hitam belimbing petai tu, dan kemudian korang gaulkan bersama petai. Banyak mana petai, ikutlah suka korang yer. Kalau Sis.. kalau boleh nak masuk sebungkus tu hahahahha...
Gaul-gaul aje, tak payah masuk bahan perasa dah, dia memang dah sedap wooo.. Tunjuk kat Suami gambar ni dalam wahtsapp, dia terus balas dengan emoji --> 😭 hahaha sebab dia pun hantu petai hahahaha..
Then dah siap! Dah boleh makan dengan lauk pauk berbuka..Alhamdulilah, betul kata makcik tu, memang sedap..
Nak beli lagi, kemain jauh pulak di Batu Pahat hahahaha...Sis beli 2 paket aje. Dua-dua dah guna..makan colek-colek sikit-sikit, sayang hahahahaha...
Okaylah sekian untuk post harini, jumpa lagi post kemudian nanti..hehehehe
Harini dapur OFF hahahaha..
P/S: Kemain mahal harga baju raya tahun ni ek...huhuhu
ala sedapnya....ada tak yang takde petai..hahahahha
ردحذفAdaaa, yang sambal hitam belimbing aje @Sunah, takde petai, Sis je yang amik ada petai hehehehe
حذفalahai kenapalah akak tak minat makan sambal ni, nasib baik makan petai
ردحذفOoo ye ke Kak @Ina, biasa orang lama suka makans ambal macam ni heheheh
حذفkita pernah sekali buat sendiri sambal hitam ni, memang sedap tapi rasanya ada lagi sambal lain yang lebih sedap
ردحذفYerr Kak @Seri, kata kawan pun ada lagi sedap, tapi yang Lin dapat setakat ini, ini lee yang sedap hehehehe....
حذفhahahah sonang je sambal potai dia haa ya Allah mak potai pun feveret i juga!! HAHAHHAHA tp hari biasa i xmkn ye ahhaha sbb keje jumpa org so slelu weken laa bedal!!
ردحذفHahaha senangkan? Apalagi sila beli sambal hitam Kak Min dan buat yee @Sizzling hehehe
حذفSuka sambal hitam macam ni tp x suka letak petai..SA kalau sambal hitam memang akan goreng ikan bilis garing2 dan campurkan..bg crunchy2
ردحذفHahaha Sis kalau dapat, apa jenis sambal nak ku petaikan @Suria hahahaha
حذف