SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN - MARHABAN YA RAMADHAN

Sis Lin
10
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN - MARHABAN YA RAMADHAN | Alhamdulilah hari pertama 1 Ramadhan 1440H. Korang Sahur ke pagi tadi? Ada yang terlajak ke? Sahur apalah tu yer. Biasa awal hari pertama ni mesti meriahkan meja, esok-esok dah mula semua tak lalu makan hehehe. Tapi macam mana sekalipun tetap kena sahur, agar badan tidak letih dan lapar di siang hari, walau dengan seteguk air. 

 Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 


Tips Sahur Supaya Anda Tidak Lapar, Dahaga dan Lesu Sepanjang Berpuasa

Walaupun sahur dilakukan di awal pagi namun ia bukan bermakna anda tidak perlu prihatin mengenai pemakanan korang. Kebanyakan individu akan menjamah makanan yang berbaki semasa berbuka tadi tidak kurang yang akan keluar ke restaurant untuk menikmati juadah di restaurant 24 jam.

Adalah amat penting untuk korang memastikan makanan yang di makan semasa sahur masih elok dan tidak tercemar dengan kuman yang boleh menyebabkan keracunan makanan! Dalam keadaan mengantuk dan mata separa terbuka, pastikan deria berikut masih berfungsi dengan baik:

1) BAU - jika makanan telah mula berbau "lain macam" elakkan mengambil risiko.

2) LIHAT - Lihat struktur makanan, adakah warna makanan telah berubah? adakah makanan kelihatan melekit dan berlendir?

3) RASA - Jika rasa makanan telah berbeza berbanding sebelumnya, seperti berasa masam dan pelik, jangan makan.


Tips Sahur Supaya Korang Tidak Lapar, Dahaga dan Lesu Sepanjang Berpuasa

Bagi memastikan tubuh korang kekal segar dan bertenaga sepanjang hari, boleh amalkan tips berikut:

1. Mulailah sahur dengan meminum segelas air kosong.

2. Buah-buahan adalah menu yang baik untuk sahur dan juga untuk berbuka. Buah-buahan mengandungi garam mineral serta viramin yang memberi kesegaran pada tubuh.

4. Pilihlah karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti kerana akan membuat gula darah stabil sepanjang hari.

5. Kurangkan pengambilan makanan yang manis.
Makanan yang manis akan membuat korang cepat lapar. Makanan yang mengandung banyak gula akan membuat tubuh merembeskan insulin dengan cepat di awal pagi dan menyebabkan korang cepat berasa lapar.

5. Perbanyakkan pengambilan makanan berunsur protein  seperti tempe, tahu, kacang-kacangan dan daging atau ikan. Bagi memperlbagaikan pilihan, boleh cuba roti gandum dengan telur rebus dan daging bakar, pasta dengan keju, brokoli rebus, dan ikan tuna, kentang panggang dengan brokoli, keju, serta sup panas.

6. Hindari makanan bergoreng dalam menu sahur. 
Makanan yang digoreng menyebabkan ikatan oksigen berkurang sampai 20 %. Ini dapat menimbulkan rasa mengantuk sepanjang hari.

7. Sempurnakan sarapan sahur dengan makan makanan yang mengandungi magnesium dan potassium.Contoh makanan adalah pisang, jeruk, dan kacang almond. Zat ini membolehkan korang untuk lebih bertenaga sepanjang hari.

Sumber http://www.azhafizah.com






P/S: Macam biasa Sis kalau hari pertama buka puasa akan berbuka di luar bersama anak-anak semua. Saat ini adalah pembuka dan bagi semangat sikit walaupun semua dah tua bangka hahahaha. 


إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Biasanya sahur ni..makan yang paling ringkas tapi boleh tarik selera...hehe..setuju Sis..nak sahur perlu lebih teliti memilih dan periksa makanankan.

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr @PC, kadang takut nak makan yang bebukan juga bila dah 3/4 hari puasa sebab kadang lauk yang di Bazar tu takut di guna balik...makanya kenalah hati-hati..
      Di rumah pun kena berjaga-jaga juga kan...

      حذف
  2. mekasih utk tips tu kak, dana time sahur selalu akan masak 1 jenis lauk yg simple je, almaklum bersahur pun ber2 je... berbuka je jd 3 org sbb si aiyan mesti berbuka sekali walaupun tak puasa hehehhe...

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr @Norhidana, masak sedikit lebih elok, boleh elak dari makanan yang tak sihat kan...

      حذف
  3. Selamat berpuasa Dan selamat beribadah ye

    ردحذف
  4. sejak tahun lepas, sahur makan oat je...cepat sikit kurus..hahahahah

    ردحذف
    الردود
    1. Erkkk boleh plak ko tahan yer, Sis ko sebab tak boleh nengok aot tu @Sunah hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!