Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio serta televisyen.
Gambar di ambil depan rumah Mak, Masjid Bulatan Kampung Melayu |
Sebanyak 29 tempat dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu :
Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara,
Melaka; Teluk Kemang,
Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor.
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong,
Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh,
Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Kedah.
Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Geliga di Kemaman, Pulau Perhentian di Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
Bukit Peraksi di Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram di Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak di Kota Bharu, Kelantan.
Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis.
Esplanade Luak di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu di Bintulu, Sarawak; dan Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan serta Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan, Sabah.
Sumber : Bernama
P/S: Semakin terasa bahang Syawal... korang dah berapa peratus siap persiapan raya? Sis? 30% jer, ko ngase?
Tertunggu2 pengumuman anak bulan kelihatan atau tak walaupun dah tau tarikh raya, hehehe
ReplyDeleteHahahaha kannn Kak @Seri, tapi pernah terjadi dulu kan, harini umum, esoknya raya, haruuu riuh satu rumah hahahaha
DeleteTak buat persiapan apa pun lagi Sis..disebabkan cuti raya cuma dua hari..jadi mood pun lain macam..selalunya dapat cuti seminggu..takpelah..rezeki segitu..alhamdulillah.
ReplyDeleteHuhuhu samalah kita @PC, Sis pun masih dalam 30/40% jer, ni hujung minggu baru nak settlekan kemas rumah ...
Deletetengok kat tv jelah sis lin, senang kan hehehehe
ReplyDeleteIyoo sambil ngadap kukis raya sebalang kan Cik @Lily hehehehe
DeleteTeringat kecik2 dulu, time ni la semua kumpul depan TV nak dengar pengumuman raya...nostalgia betul...
ReplyDeleteKita 15% je...hahahahhahahah
Hahahaha kannn, bersila semua depan tv sambil pegang daun ketupat @Sunah hahahaha
Delete