USAH MEGAH DENGAN REZEKI. HARUS DIINGAT KEJAYAAN DAN KEMEWAHAN HANYA SEMENTARA | Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: "Barang siapa yang melepaskan seorang Mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan kiamat.
Barang siapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barang siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah SWT sentiasa bersedia menolong hamba-Nya selagi mana dia suka menolong saudaranya."
Ada tiga cara untuk membantu keluarga dengan sikap dan amalan terpuji antaranya :
memperbanyakkan syukur, sentiasa menyambung silaturahim dan bertawakal.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."
(Surah Ibrahim, ayat 7)
Nikmat Umat Bersyukur
Setiap detik kita menggunakan nikmat kurniaan Allah SWT tetapi amat sedikit yang menyedarinya, apa lagi untuk mensyukuri kurniaan itu. Sesungguhnya Allah SWT pemberi nikmat menjanjikan tambahan nikmat kepada mereka yang bersyukur dan azab seksa bagi yang kufur.
Mungkin selama ini kita menjalani kehidupan tanpa ada rasa syukur atau hanya bersyukur sedikit sahaja. Manusia sering merasakan apa yang dimiliki adalah hasil usaha dan menjadi hak mutlak mereka, kerana itu apabila sesuatu keinginan tidak dapat dicapai atau diperoleh, kita mudah berasa kesal.
Mungkin juga kecewa lalu menyalahkan takdir dan mencari kesalahan orang lain. Itu akibat kurangnya rasa syukur dalam diri.
Pentingnya menyambung silaturahim dengan cara ziarah-menziarahi dan memberi hadiah.
Amalan sebegitu perlu dilakukan secara berlemah-lembut, berkasih sayang dengan wajah berseri. Silaturahim juga menyebabkan seorang hamba tidak akan putus hubungan dengan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Satu lagi amalan terpuji dalam membantu keluarga ialah memiliki sifat tawakal, penyerahan hati serta seluruh jiwa dan raga kepada Allah SWT terhadap semua yang berlaku. Tawakal tidak berlaku dengan hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT tanpa sebarang usaha.
Usah Megah Dengan Rezeki
Selepas mengecapi kejayaan, kita dituntut supaya tidak bermegah. Harus diingat kejayaan dan kemewahan hanya sementara. Allah SWT Maha Berkuasa dan mampu menariknya semula bagi insan yang tidak mensyukuri segala pemberian-Nya.
Yakinlah, segala perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Jika Allah SWT memberikan selain daripada apa yang kita pinta, berlapang dada menerima takdir Allah SWT itu. Ingat, Allah SWT menjanjikan pertolongan kepada hamba-Nya yang bertakwa.
#SisSharing
P/S: Dah ucap alhamdulilah? ...
Namun seringkali segelintir manusia lupa..semua yang ada depan mata ada yang punya.Bila-bila masa boleh diambil semula.Sekelip mata.
ReplyDeleteYer @PC, kadang riak tanpa sedar...moga kita tergolong dalam golongan yang selalu bersyukur..
Deletealhamdulillah ala kulli hal...
ReplyDeleteAlhamdulilah @Sunah ...
Delete