Zaman Sis dulu, duit raya anak memang bila anak dapat aje duit raya, terus masuk bag Sis, then Sis asingkan dan masukkan ke dalam akaun bank Sis. Tapi tidaklah gunakannya. Sis tau berapa jumlah duit anak yang kita simpan, then bila ada keperluan yang anak nak guna atau beli, keluarkan aja dari bank jumlah yang duit anak tu jer. Bagi Sis lagi mudah.
Sebab dulu, agak terhad nak buat buku bank bagai ni. Dan tidak berapa terdedah dalam usaha penyimpanan bagi anak-anak, tak macam sekarang, macam-macam ada cara untuk kita nak simpan kemana duit anak tu. Nak dengan taknak je.
Perlu diingatkan bahawa duit raya anak adalah kepunyaan anak kita dan ibu bapa hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri.
Zaman sekarang? Jangan mimpilah nak pegang duit raya anak. Anak zaman sekarang dah pandai menyimpan sendiri, pandai mengira, kalau boleh 24jam nak kira duit raya hahahaha
Betul tak?
HUKUM GUNA DUIT RAYA ANAK
Hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak-anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik. Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah untuk menguruskan wang tersebut.
Tidak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah.
Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya.
“Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri. Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.” katanya.
CARA MENGURUSKAN DUIT RAYA ANAK YANG BETUL
• ASINGKAN
Pastikan duit raya untuk setiap anak korang diasingkan untuk mengelakkan percampuran duit raya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap anak kita mendapat jumlah duit raya yang sama (kerana biasanya orang akan bagi sama untuk setiap orang)
• TABUNG KHAS
Sepertimana tabungan biasa, pastikan setiap anak kita mempunyai tabung yang berlainan. Menyediakan tabung untuk anak kita dapat mengajar anak kita untuk rajin menabung dan dalam masa sama memudahkan pengurusan duit raya anak kita.
• SIMPAN DALAM BANK
Setelah habis raya, kira dan simpan duit raya anak kita ke dalam bank yang memberikan pulangan yang baik setiap tahun. Pastikan akaun tersebut dibuat khas untuk anak korang (dengan ibu / bapa sebagai penjaga), bukannya duit raya tersebut dimasukkan ke dalam akaun ibu bapa.
Imam Al-Syafie, Abu Hanifah dan Malik berkata: Tidak boleh seorang ayah mengambil harta anaknya kecuali pada kadar yang diperlukan. Ini berdasarkan hadis sesungguhnya darah kalian dan harta kalian haram.
Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin meletakkan 3 syarat membolehkan si Ayah atau Ibu mengambil harta si anak:
1- Ia tidak menimbulkan mudharat kepada si anak.
2- Ia bukanlah sesuatu yang anak itu perlukan.
3- Ia tidak diambil untuk diberikan kepada anak lain yang tidak memerlukan harta tersebut.
Kesimpulan:
1- Si Ayah atau Ibu boleh mengambil harta anak apabila dia memerlukan dan tidak menimbulkan mudharat kepada anak.
2- Oleh itu, boleh si Ayah atau Ibu mengambil duit raya anak apabila dia memerlukan wang tersebut.
3- Harta anak bukanlah milik mutlak si Ayah kerana jika ia milik mutlak pastilah Ayah mendapat keseluruhan harta selepas si anak mati, dan bukan sekadar 1/6.
Wallahua'lam.
Bagi Sis, antara tabungan terbaik adalah di Tabung Haji. Korang bebas untuk memilih di mana korang nak simpan duit anak korang. Anak Sis pun tiga-tiga Sis buatkan tabung haji sejak sekolah rendah. Walaupun agak lewat buat akaun tu dan tidaklah setiap bulan masuk dan simpan duit, at least dah ada tabungan tabung haji untuk hari tua mereka.
Alhamdulilah.
#SisSharing
P/S: Paling mudah korang buatlah akaun SSPN-i anak-anak. Pendeposit SSPN-i akan menerima manfaat kesihatan dan pengecualian cukai simpanan bersih sehingga RM6,000 setahun! akaun ini boleh dibuka menerusi online saja! Tak payah pergi beratur panjang-panjang di kaunter.
Perkongsian yang ohsem..
ردحذفAlhamdulilah, sebagai peringatan bersama @Sha .. #SisSharing
حذفgood sharing. dah ada anak nnt boleh prktikkan.
ردحذفAlhamdulilah..moga dipermudahkan dan sama-sama kita praktikkan ye @HamkaRosli
حذفseronok bila tengok anak-anak kecik gembira dengan duit raya masing2..tapi ibu bapa kena mainkan peranan juga untuk fahamkan diorang tentang kebaikan menabung..kalo tak, dibazirkan duit tu beli benda2 yang tak bermanfaat...
ردحذفApalagi, menabunglah di tabung pendidikan atau takaful yang di jamin pulangannya kann @Sunah hehehehe
حذفgood sharing :) baru tauuu
ردحذفhttp://mylittlestoryi.blogspot.com/
Alhamdulilah...sama-sama kita, ilmu baru @Littlexme ..
حذفada dengr berita bapk pukul anak sebb tak bagi duit raya..haishh..kit aibu bapa yang bertanggungjawab menyimpan duit anak..
ردحذفYerr @Nadia, ada berlalu, ada juga awal-awal dah bagitau, duit raya semua bagi Mak dan Ayahnya, (kawan jiran), bila anaknya tak bagi, habis di cubit budak tu huhuhu
حذف