Dan baru Sis tau ooo Yoodo itu adalah rangkaian Telko baru di bawah nama Celcom.
Apa Itu Yoodo?
Yoodo ni macam yang korang sedia maklum, ianya telko baru di Malaysia dan cuba menawarkan kebebasan maksimum kepada pengguna untuk memilih dan mengubahsuai sendiri pelan mudah alih mengikut keperluan tanpa terikat dengan kontrak dan komitmen.
Jelas kat sini Yoodo sangat berpotensi untuk memberi kesan baik kepada pengguna di Malaysia kerana mereka cuba memberitahu telko yang lain agar tidak sesuka hati mengawal pengguna mengikut kehendak mereka semata-mata.
Senang nak faham, korang guna data mengikut keperluan yang kerap korang guna aje. Kalau korang rasa tak gunakan sesuatu apps tertentu tu, haa korang boleh turn off sahaja. Gitu! Bagus tak bagus.
Tiada Kontrak Dan Caj Tersembunyi .
Berbeza daripada pembekal perkhidmatan mudah alih yang lain di pasaran, Yoodo menawarkan pakej panggilan, data, mesej serta kandungan yang boleh diubahsuai sepenuhnya mengikut keperluan korang dengan lebih 1,000 kombinasi unik. Korang boleh mengubah, menambah atau mengurangkan kuota dalam pakej Yoodo pada bila-bila masa menerusi aplikasi Yoodo.
Untuk pengetahuan korang, melalui Yoodo, korang boleh mendapatkan pakej data 5GB pada harga RM30 sebulan, dan ia boleh ditingkatkan sehingga kepada 100GB. Ini termasuk juga untuk panggilan suara dan SMS. Yoodo turut menyediakan pakej tambahan seperti 10GB data khusus untuk YouTube pada harga RM20, atau 5GB data untuk Facebook atau Instagram pada harga RM10 sebulan.
Jika dibandingkan, kebanyakan telko mengenakan syarat dan kontrak untuk langganan pelan, tetapi tidak terjadi di Yoodo. Malah, Yoodo membolehkan korang membatalkan ataupun mengaktifkan semula pelan tanpa sebarang caj sembarangan. Bestkan?
PUBG Mobile International Championship
Baru-baru ini Sis dan rakan media dari Johor berpeluang bertemu dan duduk semeja bersama Head of Yoodo Malaysia, Mr Chow Tuck Mun sewaktu berlangsungnya battle PubG Mobile International Championship di Paradigm Mall. Sebanyak 256 kumpulan dari 1000 pemain dari seluruh negara bertarung secara live bagi merebut plan mudah alih Yoodo secara PERCUMA selama setahun yang bernilai hampir rm60,000. Dan Yoodo adalah penaja rasminya.
Mengikut kata Mr Chow Tuck Mun, Yoodo adalah telko digital pertama yang terlibat secara terus dengan PMNC dengan kerjasama bersama Tencent Mobile, dan merupakan telko pertama dalam Malaysia yang menawarkan pembelian data tambahan untuk PUBG Mobile di Malaysia.
Kerjasama bersama Tencent games dalam dunia e-sukan ternyata memberi peluang besar kepada pemain-pemain. Seperti tahun lalu, pemenang bagi acara PMNC iaitu Gank FTY diberi peluang dan sokongan penuh Yoodo bagi menjadi pasukan kompetitif untuk permainan PUBG Mobile dan kini secara rasmi digelar sebagai Yoodo Gank.
Usaha Yoodo untuk mengembangkan e-sukan ini juga memberi peluang untuk mencari pemain e-sukan di Malaysia terutama pada yang mencari pendapatan melalui permainan digital.
Main PUBG Mobile Secara PERCUMA Dengan Yoodo
Kepada kaki e-gamers kat luar sana kalau korang gunakan Yoodo ni. Ia akan berikan sehingga 20GB free data setiap bulan. Yerr secara PERCUMA! Betul! Tak percaya ke?
Caranya korang boleh pilih sahaja pilihan PUBG Mobile yang ada dalam applikasi Yoodo tu dan secara automatik ia akan aktif dalam akaun korang. Then korang boleh main sepuas-puasnya.
Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai PUBG Mobile National Championship (PMNC), sila layari: www.yoodo.com.my/pmnc2018/.
Cara Daftar Yoodo
Senang sahaja, boleh terus daftar online, nanti pihak yoodo akan hantar simkad secara percuma. Bila dah sampai simkad, terus aktifkan simkad tersebut dan terus guna.
Atau daftar melalui e-sim iaitu tanpa simkad tapi ini hanya terdapat pada telefon bimbit tertentu sahaja.
Nak kekalkan nombor lama pun boleh.
Masa nak daftar, pilih kekalkan nombor lama.
Yang menarik, bila daftar online, korang akan dapat RM20.
Untuk mengetahui pengumuman terbaru Yoodo, sila lawati http://www.yoodo.com.my atau ikuti Yoodo di Facebook http://www.facebook.com/yoodoMY/
Yoodo 'Because You Do It Better'
• Widest coverage and 4G/LTE .
• Save Your money .
• Stay connected wherever you go .
• Delivery your sim .
• Fully cashless .
• 100% online .
• Fully digital .
More info https://www.yoodo.com.my
#youdoitbetter
#iloveyoodo
P/S: Hehehe iyerr Sis juga sudah menjadi pelanggan dan pengguna Yoodo..korang bila lagi?
Menarik juga ni Sis.Boleh kekalkan no lama dan tanpa kontrak tu yang tak stress.
ReplyDeleteYaaa @PC, boleh kekal nombor lama atau nak pilih nombor baru...banyak kelebihannya...
Deletehah..Sape yang main PUBG ni kena pakai Yoodo ni..lebih jimat kan
ReplyDeleteSangat!! Sis ko dah pun jadi pengguna Yoodo @Rohaida dan anak pulak tukang perabis main PUBG..hahahhaa
Deletewahhh sis pun da pakaiiiii
ReplyDeleteDah @Sunah, nanti i bagi nombor baru i yer hahahahaha
Deleteterbaik la sislin... i follow... hihihi
ReplyDeleteHahahaha @Mia ajommm le bertukar ke Yoodo..heheheh
Delete