Rasanya mesti ada yang dah tau juga kan, cuma Sis ko je laa baru tau ni haa. Itupun kesahnya sewaktu sebelum bertolak ke KL kelmarin, anak Sis mengajak ke Kampung Melayu sekejap dan terus makan pagi merangkap makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan.
So lepas aje settle urusan, terus mencari di manakah Bakso Power ni. Rupanya kedainya di Jalan Merdeka betul berdekatan dengan Mesjid Kampung Melayu dan juga Sekolah Rendah Mohd Khir Johari tu.
Ermmm apsal selama ni tak nampak dan tak tau ek hahahaha.
Kedainya pun dalam kawasan rumah, bukan bangunan kedai.
Itulah gambar depan kedai Bakso Power tu. Tengok papan tanda aje dah nampak ada macam jenis menu ada. Ini pertama kali Sis datang dan nak mencubanya.
So kita tengok macam mana perginya hehehehe..
Siap ada delivery okay.
Mula aja sampai, Sis terus order Bakso. Anak-anak makan Nasi Ayam Penyet. Dengarnya sedap nasi ayam penyetnya, so kita cuba juga. Rawon pun ada. Tapi sebab dah order Bakso, so Rawon lain kali nanti kita makan yer.
Masa Sis sampai tu, tak berapa ramai orang, then dalam beberapa minit, full terus kedai. Nampak memang power ar kedai ni. Rata-rata Sis nampak orang order Bakso dan juga nasi ayam penyet dia.
Tu dia Bakso Super Power! Semangkuk rm6 . Siap ada bebola daging kecil dan juga bebola daging sebesar bola pingpong ko, puas makan! .
Makan pula dengan sambal kicap dan juga sambal hijau dia, power gile sedap jadi kuahnya! Serius cakap, tarak tipu. Ini kalau Suami Sis dia sukalah ...
Nasi Ayam Penyet dia pun boleh tahan sedap! Yang sedapnya sambal dia tu. Menjilat sampai kering pinggan di buatnya anak-anak hahaha.
Sepinggan rm8 sahaja. Di hantar panas-panas lagi. Memang berselera. Beserta ulam dan juga tauhu dan tempe goreng. Korang kena cuba.
Selain Bakso Super dan Nasi Ayam Penyet, korang bolehlah cuba Pecel Lele, Bakso biasa, Soto Madura, Rawon dan Mee Sedap.
Sis pun nanti nak datang lagi dan cuba menu yang lain pula. Pecel Lele tu mengugat betul imanku hahahahaa. Kalau korang ada cuba, sila tag Sis ya di FB atau pun copy link di sini kalau koramng ada review. Nak gak tau feedback korang macam mana.
So yang nak mencuba, silalah.
Ini alamatnya : Bakso Super
29, Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
Di huka dari jam 11am hingga 11pm
Tutup hari KHAMIS
P/S: Kalau kot ada tempat lain Bakso lagi sedap, sila komen ya. Selain Bakso Kubur Cina okay!
wow.. besaq nampak bebola daging bakso tu.. tgk pun nampak sedap.. kalau g kg melayu boleh la try nanti.. hihi
ردحذفYerr @Dilah besar memang bebola daging dia, dan sedap!!
حذفSusah nak dapat bakso yang sedap kan Sis..kadang bebola dagingnya lebih tepung berbanding dagingnya..kalau dapat yang sedap..berbaloi ni makan.
ردحذفBetul @PC, yang ini makan sekali mau lagi, nasib baik makan nasi ayam penyrt, kalau memang ku order lagi semangkuk hahahaha
حذفpernah jugak dengar soto kampung melayu ni orang dok bercerita dulu.tapi tulah tak pernah sampai ke sini pun
ردحذفYerr Soto Madura dia pun kata orang sedap @Rohaida, next tike nak cuba gak...
حذفSA suka bakso,tapi susah nak jumpa kat mana- mana yang paling sedap sis...terliur tengok entry ni ha...
ردحذفKannn, try buat sendiri aje @Suria, kot mana tau sedap hehehehe
حذفBakso antara makanan yang tak tersenarai dalam feberet Mak Inche tapi tataw kenapa kecur baca cete Si Sis Lin ni, hihi
ردحذفHehehe nanti bawa geng pi try Kak @Seri, serius sedap!
حذفhaisyy sedapnya nampak bakso...kene pergi makan ni..
ردحذفYerr @Mama3D nanti boleh try laaa...
حذفnak cuba laaa...bakso ni, bebola daging dia haruuuussss sedap, kalo tak, boleh terbantut selera
ردحذفBetul! Jomm @Sunah, nanti kita cuba jommm, memang sedap sangat!
حذف