BERAYA KE RUMAH CHEF BLOGGER MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM | Alhamdulilah, berkesempatan lagi raya tahun ini bertandang raya ke rumah blogger masak-masak, yang di kenali dengan nama Mat Gebu tuan punya blog tiffinbiru.com di Sedenak, Johor .
Takkan korang tak kenal kan...
Hampir setiap tahun dari tahun mengenali Mat Gebu 2008, Sis berpeluang beraya bersama dengannya. Sifat ramah, rendah diri dan juga pemalunya tu, membuatkan kita selesa berkawan dengannya. Sis dan Mat Gebu sebaya, kami tahun 1976, cuma beza bulan aje, mungkin sebab tu kami boleh jadi sekepala, cuma jantina aje lain-lain hahaha..
Yang mengenali Mat Gebu dan pernah bertemu dengannya pasti tau bagaimana sifat dan sikap orangnya.
Sebab itu Sis sentiasa berasa bersyukur kepada Allah atas kurniaan sahabat-sahabat yang baik kepada Sis, insyaAllah kalau kita hargai nilai persahabatan kita, dan ada batas-batasnya, persahabatan kita akan kekal selamanya. InsyaAllah..
Untuk tahun ini, sahabat Sis, Suraya Yusof (Sue) wahtsapp mengajak ke rumah Mat Gebu pada raya keempat baru-baru ni. Sebab esoknya dia dah nak balik Seremban. Memang kebiasaannya tiap tahun ke Sedenak bersama Sue. Sis pun on aje, kebetulan Suami pun masih berada di Johor. Sampai Suami pun cakap, lama tak jumpa Mat dan Mak Yah (Emak kepada Mat Gebu).
Dan akhirnya berjumpa dan berkumpullah kami semua di rumah Mat Gebu raya keempat.
Macam biasa, rumah Mat Gebu tak pernah sunyi dengan kunjungan tetamunya pada hari raya, masa kami sampai pun, ada tetamu lain di rumahnya, so sebab itu Mat selalu pesan, kalau nak datang bagitau awal-awal, dia adjust time dia. Dia memang pantang kalau jenis terjah-terjah, bukan tak sudi nak terima tetamu katanya, tapi seeloknya bagitau dulu supaya tuan rumah tidak kelam kabut.
Dan menjadi kebiasaan kalau pergi rumah Mat, tak pernah balik dengan perut lapar, ada je menu dan makanan yang di sajikan, walaupun dah bagitau awal, jangan susahkan diri, dapat makan kuih tat dan kek lapisnya tu pun dah cukup bagus! Kann...
Tapi dah namanya Mat Gebu, maka di sajikannyalah juga dengan hidangan makan tengah hari. Dan yang gelihatinya, memasing terus ceduk nasi sampai lupa nak amik gambar hahahaha. Nampak sangat macam lapar kan katanya Sue hahahaha..
Sis sempat amik sekeping ni jer, tu pun dah duduk ceduk nasi hahahaha
Mat Gebu sajikan kami [Klik menu untuk resepi] Asam Pedas Tetel, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak, Sambal Belacan dan Ikan Kering Pari, juga buah-buahan. Memang semua menu pembuka selera sungguh. Kepedasan lidah Sis ko dek si Mat punya sambal belacan, pedas giler ko.
Boleh si Mat kata tak banyak cili dia letak, cuma segenggam aje..ko ngase? ...hahahaha
Sembang punya sembang, dari tengah hari membawa ke petang kami duduk di rumah Mat berborak. Tanpa di sangka, rezeki Sis dan Suraya, dapat bertemu dengan Roscobbage Mak Jah. Mat ada bagitau Mak Jah nak datang, cuma tak tau jam berapa. Kami hanya kenal komen di facebook ajer, tak sangka dapat bertemu peluk cium dengannya. Sangat ramah orangnya. Alhamdulilah ..
Dalam gambar:
Duduk: Sue dan juga Emaknya Mat Gebu.
Berdiri : Sis dan juga Mak Jah
Sambung sembang lagi, bergambar dan makan-makan lagi. Akhirnya memasing beransur balik, kebetulan juga ada tetamu lagi datang selepas tu, maka pulanglah kami semua. Ingatkan ke terus balik, eh sambung pulak di luar rumah berborak dan bergambar..bila nak balik daaaa hahahahaha...lawak betul!
Suami duk terpegun dengan pokok Buah Bidara Mat Gebu di luar sana yang kemain besar pokoknya dan banyak sekali buahnya. Buah bidara ni bagus untuk buat ubat, baik buahnya mahupun daunnya. Maka bersembang panjanglah Suami dengan Abangnya Mat Gebu di luar. Sis pun bawa balik gak yang kering, nak cuba tanam.
Yang lelain sibuk ler berOOTDraya .
Family Sis (Yana je tak ikut) dan juga family Sue.
Bergambar kenangan di luar rumah Mat Gebu .
Ramai yang tanya, 'Yang mana satu Mat Gebunya?'
'Di sini (dalam hati Sis)', cia cia ciaaaa...hahahaha.
Soalan ini memang akan bertalu orang tanya Sis. Sis takde jawaban, kan dah kata seperti di atas, orangnya sangat rendah diri dan juga pemalu, makanya memang takdelah gambar Mat Gebunya. Ekslusif okay, Mat Gebu ni limited edition aje, takde jumpa di mana-mana, kecuali di Sedenak ajer hahahaha..
Apa-apa pun terima kasih buat Mat sekeluarga. Moga Allah murahkan rezeki, sihat selalu untuk ko sekeluarga Mat. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa ko pada kami semua. Aamiinn..
Haaa ada juga haaa, terima kasih Mat amikkan gambar aku yang cecantik gini. Aku sukalah kamera ko, hahahahaha...Sampai tunjuk Suami, Suami kata, apsal lain beno muka Sis hahahaha...magic laa kamera Mat Gebu ni hahahaha..
Okay sampai jumpa lagi ye Mat. Macam biasa, tak pernahnya sekali Sis datang beraya, esok-esok kang muka Sis ko lagi ke sana hahahahaha...
OkBai..panjang lebor membebelnya ..
Jom beraya! ..
P/S: Nak tengok wajah Mat Gebu...okay nantilah Sis tunjuk yer..syyhhhhhh.. 🙊
Tak kenal..tak jumpa..baca cerita yang Sis kisah pun dah macam dekat dengan Sis dan Cik Mat..moga silaturahim yang dah terjalin terus kukuh sampai maut memisahkan..aamiin..susah nak cari dan dapat kawan yang baik Sis..dan susah juga nak kekalkan hubungan baik sesama kita..persahabatan pun antara nikmat rezeki..
ReplyDeleteterliur pulak tengok pucuk ubi masak lemak tu..adoiiii.
Alhamdulilah @PC, persahabatan hampir 10 tahun yang Allah panjangkan, kami tetap lagi beraya bersama sebagai sahabat.
DeleteInsyaAllah moga satu hari nanti dapat jumpa juga Sis dengan PC juga ..
Terliur nengok..nmpak sodap... lama sy x jenguk blog mat gebu..
ReplyDeleteIyerr air tangannya Mat Gebu tidak pernah mengecewakan @Mun ..
DeleteDari penceritaan sis Lin nampak begitu akrab persahabatan yg terjalin. Moga2 ukhwah dapat dikekalkan. Sedap2 menu rayanya tuu. Selamat Hari Raya sis Lin! Maaf Zahir & Batin ya :)
ReplyDeleteAlhamdulilah...aturan Allah @Yeaslm ..syukur kepada Allah ..
DeleteSelamat hari raya juga, maaf zahir batin ..
Awal baca entry ni turut tertanya mana mat gebu nya. Then pi blog beliau tgk profile pic, eh mangkuk tingkat biru tu trademark dia 😁 semoga persahabatan kalian berkekalan sis. Amin
ReplyDeleteOrangnya limited edition, hanya ada seorang aje di Sedenak @Shirven hehehe...takkan muncul di mana-mana pun ...
Delete...terima kasih linn, en sabar, dan anak²....
ReplyDeleteAlhamdulilah, sama-sama juga @MatGebu..terima kasih juga pada engko sekeluarga ya ..
Deleteteringin la nak pergi teratak che mat ni,, boleh makan sedap hii.. alhamdulillah ukhuwah terjalin makin lama makin erat..
ReplyDeleteInsyaAllah satu hari nanti, ada rezeki boleh ke Sedenak @Wani hehehe
Deletesama la...kalo ke sana jarang sekali je..mesti da lagi kali kedua ke...ketiga ke..hahahahah
ReplyDeletelepas tu kalo buat entri, meletop entri tu..memasing nak tengok wajah misteri mat gebu..khennnnn
Hahahaha kann @Sunah, memasing semua nak nengok muka @MatGebunya hahahahah...
Deletelama tak jumpa cikmat..sekali je pergi..hehee..
ReplyDeleteYee laaa, mai le ke Johor, boleh singgah rumah Sis sekali @Nadia ..
Delete