CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sis Lin
4
CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI | Menurut mazhab Syafi’ie; solat Aidilfitri bermula dari terbitnya matahari pada hari raya dan berakhir apabila tergelincir matahari dari tengah langit (yakni masuk waktu zohor).

Namun waktu terbaik ialah ketika matahari telah naik dengan kadar segalah atau dua galah. Kadar segalah (الرمح) ialah tiga meter pada pandangan mata iaitu lebih kurang 30 minit selepas matahari terbit.


Beza Daripada Solat Fardhu

1. Tidak ada solat sunat sebelum dan selepas

Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَرَجَ يَوْمَ أَضْحَى أَوْ فِطْرٍ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلاَ بَعْدَهَا
“Rasulullah S.A.W pernah keluar pada hari raya lalu baginda mengerjakan hari raya 2 rakaat, tetapi baginda tidak mengerjakan solat qabliyah maupun ba’diyah.”[HR. Bukhari no. 964 dan Muslim no. 884.]

2. Tidak ada azan dan iqamah

Dari Jabir bin Samuroh, ia berkata:

صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- الْعِيدَيْنِ غَيْرَ مَرَّةٍ وَلاَ مَرَّتَيْنِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ.
“Aku pernah melaksanakan solat hari raya (Idul Fithri dan Idul Adha) bersama Rasulullah S.A.W bukan hanya sekali atau dua kali, ketika itu tidak ada azan mahupun iqamah.”[HR. Muslim no. 887]


Tatacara takbir ketika keluar solat Aidilfitri

1. Disyari’atkan dengan mengeraskan bacaan takbir

Ini berdasarkan kesepakatan empat ulama madzhab.[Majmu’ Al Fatawa, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, 24/220]

2. Di antara lafaz takbir adalah:

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
“Allahu akbar, Allahu akbar, laa ilaaha illallah wallahu akbar, Allahu akbar wa lillahil hamd. Syaikhul Islam juga menerangkan jika seseorang mengucapkan “Allahu Akbar, Allahu akbar, Allahu akbar”, itu juga diperbolehkan.


Tatacara solat Aidilfitri

1. Mula dengan takbiratul ihram.

2. Takbir tujuh kali

Takbir ini dilakukan sebelum memulai membaca Al Fatihah. Boleh mengangkat tangan ketika takbir-takbir tersebut sebagaimana yang dicontohkan oleh Ibnu ‘Umar. Ibnul Qayyim mengatakan :

“Ibnu ‘Umar yang dikenal sangat meneladani Nabi S.A.W yang biasa mengangkat tangannya dalam setiap takbir.”

3. Tak ada bacaan zikir tertentu di antara takbir

Namun ada sebuah riwayat dari Ibnu Mas’ud, ia mengatakan, “Di antara tiap takbir, hendaklah menyanjung dan memuji Allah.”

Syaikhul Islam mengatakan bahwa sebahagian salaf di antara tiap takbir dengan membaca:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ . اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي
“Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar. Allahummaghfirlii war hamnii"

Boleh juga membaca bacaan lainnya asalkan di dalamnya berisi pujian pada Allah Ta’ala.

4. Baca Al-Fatihah dan surah lain.

Namun lebih afdhal membaca surah yang Nabi Muhammad S.A.W baca iaitu surah Qaaf pada rakaat pertama dan surah Al-Qamar pada rakaat kedua.

Waqid Al Laitsiy menjawab pertanyaan Umar bin Al Khattab mengenai surat apa yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W ketika solat hari raya. Ia pun menjawab,

كَانَ يَقْرَأُ فِيهِمَا بِ (ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ) وَ (اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ)
“Nabi S.A.W biasa membaca “Qaaf, wal qur’anil majiid” (surat Qaaf) dan “Iqtarobatis saa’atu wan syaqqol qomar” (surat Al Qomar).”[HR. Muslim no. 891 ]

5. Sambung seperti solat biasa : Rukuk, i’tidal, sujud dan seterusnya

6. Takbir ketika bangkit untuk mengerjakan raka’at kedua.

7. Kemudian bertakbir sebanyak lima kali takbir sebelum memulai membaca Al-Fatihah.

8. Kemudian membaca surat Al-Fatihah dan surah lainnya sebagaimana yang telah disebutkan di atas.

9. Mengerjakan gerakan lainnya hingga salam.


Jika Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat.

Jika ini terjadi, maka mereka yang telah melaksanakan solat hari raya digugurkan kewajipan untuk melaksanakan solat Jumaat, tetapi masih wajib untuk solat Zuhur.

Tetapi adalah lebih baik bagi pihak masjid untuk tetap mengadakan solat Jumaat kerana ia memberikan peluang kepada mereka yang mahu solat Jumaat dan bagi mereka yang terlepas untuk solat hari raya.

Wallahualam.




P/S: Moga manfaat untuk semua. #SisSharing

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. thαnk чσu ѕσ much fσr thíѕ,ítѕ vєrч hєlpful. mαч gσd вlєѕѕ u αnd αll σf uѕ

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!