DAGING KICAP PEDAS JADI TUMPUAN TETAMU

Sis Lin
10
DAGING KICAP PEDAS JADI TUMPUAN TETAMU | Yer bukan nak eksen tapi baru-baru ni waktu Sis buat makan-makan hariraya di rumah menjamu kawan-kawan semua, menu Daging Kicap Pedas inilah yang menjadi tumpuan semua, dan menu inilah yang akhirnya hanya ada baki seconet aje berbanding menu lain adalah baki semangkuk kecil untuk Sis makan sarapan esoknya.

Sampaikan anak-anak kawan anak Sis,Yana bertanya resepi, dan makan siap bertambah 3 kali katanya hehehehe. Sedap katanya. Alhamdulilah masak penuh kasih sayang, Allah bagi sedap semuanya.

Kebiasaannya, Sis masak menu ni menggunakan ayam, tapi di sebabkan dah ada menu ayam rendang dan ungkep pada haritu, so Sis masakkan daging tu kicap pedas. Takut juga nak pedas sangat, kang ada pulak tak boleh makan plak. Nasib juga semua tetamu tahan pedas hehehehe.

Cuma agak terkilan tak cukup bahan. Takde letak su-un dan juga Sis ko terlupa masukkan kentang yang dah Sis goreng huhuhu. Akhirnya kentang tu Sis masuk aje dalam Sambal Goreng Jawa tu. Tapi nasib juga masih sedapnya hehehehe.

Daging Kicap Pedas Jadi Tumpuan Tetamu

Untuk resepinya, sama jer dengan yang Sis pernah share resepi Ayam Kicap Pedas tu, cuma bezanya yang ini Daging.

Untuk resepi :
Klik sini : https://www.sislin76.com/2018/05/ayam-tanpa-goreng-masak-kicap-pekat.html
atau di sini :  https://www.sislin76.com/2019/05/resepi-ayam-masak-kicap-pekat-pedas.html

Cubalah, sangat mudah dan senang. Kalau korang buat guna ayam, ayam tu tak payah di goreng, hanya reneh masak bersama kuah kicap tu, lagi lama lagi sedap, kuah kicap pedas tu meresap dalam ayam.

Kalau daging pun boleh juga nak buat macam tu, so korang tak payah rebus lama daging tu, cuma rebus sekejap, then reneh sampai masak dalam kuah kicap pedas tu atas kuali sampai daging tu empuk. Lagi sedapnya.

Macam Sis, dah empukkan daging tu dalam Noxxa, so tak bolehlah lama sangat reneh dalam kuah, kang hancir pulak daging hehehehe.

Makan dengan nasi panas, yumsss sangat!
Selamat mencuba..


P/S: Harini Sis dan Suami banyak urusan, nak uruskan anak masuk Poli sem3. Moga Allah permudahkan urusan kami.

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bukak blog sis tgk makanan gini lapar terus perut

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha bagus tu, lepas ni buka time lapar ye, baru ingat nak makan yee @Farah hahaha

      حذف
  2. sdap tu kak..ada plk lemang..perghh

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn Cik @Nor, kena plak daging lembut dan pedas-pedas gitu, dapnyaaaa

      حذف
  3. Nak kena simpan ni.. Sebabnyaaa family ain hantu masak kicap. Hahahhahahah..

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe nanti trylah ye @Farahain, memang sedap...

      حذف
  4. wow memang nampak menyelerakan daging nasak kicap tu...tp mls nak buat..nak rs yg sis lin masak..hihi

    ردحذف
  5. boleh la cuba resepi tu nanti.Hari tu tak dan betul nak bertamu..dah melepas

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha mai lerr datang beraya @Rohaida...tak raya pun datang ajer ler...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!