Sampaikan ada juga yang komen balas 'Mana gambar raya Sis?'..huhuhu ...
Bukannya apa, bukan taknak bersangka baik, tapi sekarang ni
Berserah pada Allah. Tu je yang mampu.
Baik dan buruk orang kepada kita tu, kita pasrah ajelah. Yang penting kita niat, hanya sekadar perkongsian. Jika ada yang berniat jahat yang membaca ni, yang suka sangat SS copy and save gambar kita tu, dengan ucapan 'Awak jeles ke?' muahahahaha .
Kita tak kacau awak, kenapa suka sangat kacau kita? ..
Korang jangan ingat takde, ada...
Apa kejadah yang ko nak buat ha!!! Tapi gelihati pun ada hahaha.
Allah sedang memerhati kau.
Okay dah, balik pada tajuk ajelah, kang panjang pulak Sis ko mebebel hohoho.
Untuk tahun ni sama juga tahun-tahun sudah, Sis #TeamRayaJohor . Dan tahun kedua juga Sis dan family Sis bergambar di studio sebagai kenangan peribadi .
Tahun lepas Sis bawa semua keluarga dan adik beradik Sis, kecuali yang no3, tapi tahun ni, atas sebab yang telah berlaku, maka tahun ini, hanya Sis dan family Sis aje bergambar di studio. Kebetulan Suami pun sporting melayan, anak-anak lagilah, kemain excited, so happeninglah kejadiannya heheheh.
Sis mulakan dengan gambar anak-anak.
Yang kiri, no1 Nastasea (25tahun) bulan 7 sambung Master di MSU, yang duduk yang no3, Ridzuan (19tahun) diploma masuk sem3 di Politeknik Mersing, dan yang kanan yang no2, Nazryyana (23tahun) SA di Proton Bukit Dahlia .
Tengok gambar ni, hati sebak tau, melihat anak-anak semakin membesar, seperti tidak percaya bahawa Sis bertuah menjadi seorang Ibu kepada mereka bertiga ni. Dan kemudian terus fikir, bahawa satu hari nanti mereka-mereka ini akan berkahwin dan akan jauh dan tidak tinggal bersama Sis.
Allah sedih rasa hati. Ianya akan pasti satu hari berlaku. Rasa seperti belum bersedia nak lepaskan mereka kepada orang lain. Kalau boleh nak bersama sampai bila-bila tapi...takkan lah anak tak kahwin pulak kan kalau dah jodoh sampai huhuhu.
Sis sentiasa berdoa yang baik-baik ajelah untuk anak-anak. Moga mereka sentiasa di hati dan ingat Sis dan Suami selalu walau di mana berada.
Ya so far so GOOD kata Suami hahahaha.
Asyik gambo skema je kan, kita bagi gambo agak gile sikit posenya hahahaha.
Tema raya tahun ni adalah Hitam Kelabu. Dah 2 tahun Sis dah anak-anak berlainan tema. Maklumlah bila anak dah besar, emmasing dah taknak sedondon hahahaha. So Sis dan Suami aje sama hitam, anak-anak lebih kepada warna kelabu.
Bila mood datang bergambar, masing-masing punya posing begitulah, macam-macam aksi, sampaikan jurugambar pun gelak pecah perut nengok aksi kami anak beranak hahahaha. Happening sungguh katanya. Lawak betul.
Inilah keluarga kecil Sis. Kami berlima beranak aje. Perkahwinan Sis dah cecah 25tahun. Alhamdulilah atas kurniaan anak-anak yang bijak molek, juga Suami yang penyayang, bertanggungjawab juga penyabar buat Sis. Nama pun Sabar kan hehehe.
Tak minta banyak, Sis mohon kepada Allah hanya penjangkan jodoh kami hingga ke Jannah, dan bahagia bersama hingga ke akhir hayat dan bertemu di syurga.
Aamiinn ..
Untuk maklumat lanjut tentang pakej murah photoshoot studio, korang boleh ke Empire Studio Johor
[Klik sini] : https://www.sislin76.com/2018/06/pakej-photoshoot-raya-murah-di-empire.html
Berita baik buat semua, Empire Studio akan berpindah ke tempat baru yang lebih besar dan selesa. Sis akan update kemudian nanti ya bila dah dapat detailsnya.
Buat masa ni masih di tempat yang sama.
So gambar raya keluarga korang dah update belum?
Kalau dah, sila komen link di komen ya, nanti Sis nak terjah.
P/S: Jemputan openhouse dah mula masuk list. Marhaban taman pun dah masuk nama juga ..maka aktiviti makan akan bermula hahahaha.
belum update lagi..nanti lahhhh esok esok...hahahhaha
ردحذفHehehehe update cepatlah @Sunah oii hahahaha
حذفSelamat Hari Raya Lin...
ردحذفSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin Kak @Azita ...
حذفMoga kita semua dilindungi dari panahan mata yg jahat, hati yg busuk hendaknya :(
ردحذفSeronok sis, anak-anak semua 'menjadi' alhamdulillah. Jauh lagi perjalanan sy hihi
Aaamiinn....
حذفYer Puan @Hazel, alhamdulilah, kahwin usia muda ginilah, anak-anak dah membesar dengan jayanya hehehe
Tahniah keluarga bahagia.
ردحذفAlhamdulilah, syukur..
حذفTerima kasih @Warisan ...
Selamat Hari Raya!
ردحذفSelamat Hari Raya juga Tengku @Sofia ...
حذفselamat hari raya sis.. baru update #teamrayamelaka.. #teamrayajohor lom sempat update lagi.. haha
ردحذفSelamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin juga buat @Dilah ..
حذفletak sini sebagai kenangan je kak..ala cantik dan hensem semua
ردحذفKannn simpan buat kenangan @Nadia...
حذفTerima kasih Nad ...