KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN

Sis Lin
12
KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN | Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, "Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan".

Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.

Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, 
lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmatNya untuk mereka.

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”  (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”  (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

InsyaAllah ..
#SisSharing





P/S: Sis pun ada 2 orang anak perempuan, makanya tak berani nak komen apa-apa, hanya mampu berdoa moga Allah lindungan dan kuatkan Iman anak-anak Sis semua.
Tags

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tiba-tiba rasa beruntung jadi anak perempuan kepada arwah Papa... heeee....

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr @Farah, Sis pun sama, sama-samalah kita mendoakan anak perempuan kita juga moga ilmu agamanya menjadi penyuluh hidupnya...

      حذف
  2. kita takde anak perempuan... huhuhuhu tumpang jaga anak perempuan org lain jelah

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah @Norhidana, mana tau satu hari nanti akan ada seorang ...

      حذف
  3. Kita ada sorang..in syaa Allah.. kita sama2 doakan anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah..

    ردحذف
    الردود
    1. Aamiinn..insyaAllah @Fiza, sama-sama kita mendoakan anak-anak kita ya ...

      حذف
  4. Assalamualaikum lin...alhamdullilah semoga diberikn syurga buat kita yg mempunyai anak2 perempuan..aamiin..

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @maszull...insyaAllah aamiinn ..

      حذف
  5. kami la tu 3 beradik anak perempuan mak..hihihii

    moga Allah sentiasa memelihara adik-beradik perempuan saya, dan juga anak-anak perempuan Muslim yang lain...ameen

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr @Sunah, kami pun sama juga, semua tinggal anak perempuan, walaupun Abah dah takde ...
      Moga doamu diperkenankan..aamiinn

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!