LAFAZ NIAT GANTI PUASA (RAMADHAN) DAN LAFAZ NIAT PUASA ENAM (SYAWAL)

Sis Lin
8
LAFAZ NIAT GANTI PUASA (RAMADHAN) DAN LAFAZ NIAT PUASA ENAM (SYAWAL) | Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini.

Dikesempatan ini Sis suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat.

Puasa Adalah Satu Ibadah Yang Besar Keutamaannya

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman (dalam hadis Qudsi): Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”

(Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Muslim no: 1151]

Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan kelebihan puasa sunat.
Abu Said Al-Khudri ra berkata:

Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Al-Bukhari no: 2840]

Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal.


HUKUM PUASA ENAM SYAWAL

a. Hukumnya adalah sunat.

Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam alSyafi‟e, Imam Ahmad, Daud dan ulama‟ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

b. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh.

Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Ibadah puasa enam di bulan Syawal seperti sabda Rasulullah SAW bahawasanya sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dan kemudiannya puasa enam hari pada bulan Syawal, maka puasanya itu seperti dia berpuasa sepanjang masa.

Walau bagaimanapun, seseorang itu yang ingin berpuasa sunat di bulan Syawal dikatakan sangat afdhal sekiranya beliau berpuasa berturutan seperti mana puasa pada bulan Ramadhan, tetapi boleh juga berpuasa secara berselang hari sepanjang bulan Syawal.


BILAKAH DIMULAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal.
Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.

Abu Hurairah ra berkata:
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Al-Bukhari no: 1991].


BAGAIMANA MELAKSANAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL?

Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal.

Ini kerana apabila Rasulullah menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.

Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.


LAFAZ NIAT PUASA ENAM SYAWAL

"Nawaitu sauma ghodin an sittatin min syawalin sunattan lillahi taala".

Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat enam di bulan syawal kerana Allah Taala “.


Puasa Sunat dan Puasa Ganti Secara Serentak

Ganti puasa dan juga puasa sunat boleh dibuat dengan serentak iaitu digabungkan dengan disertakan dengan niat. Walau bagaimanapun, ianya lebih afdhal jika anda melakukannya secara berasingan dan pahala juga boleh didapati dengan lebih banyak.


LAFAZ NIAT PUASA GANTI BULAN RAMADHAN DAN PUASA 6 SYAWAL SERENTAK 

“Nawaitu shauma ghadin an qadhaa’i Ramadhaana ma’a Syawwaali lillaahi taala”

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari qadha fardhu Ramadhan berserta sunat Syawal kerana Allah Taala”

Info Tambahan:

Kita juga boleh menggantikan puasa untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia, malahan kita dibolehkan untuk berpuasa ganti terhadap si mati walaupun arwah bukan dari kalangan ahli keluarga kita tetapi dengan syarat salah seorang ahli keluarga si mati memberi keizinan kepada kita untuk melakukan ibadah ini untuk arwah seperti yang dinyatakan di laman Mufti Wilayah Persekutuan.

Betapa indahnya Islam.
#SisSharing



P/S: Ada yang dah mula ke? Alhamdulilah ...

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bagi yang mampu dan mahu..lakukanlah kerana Allah.Mungkin ini puasa sunat Syawal trakhir untuk kitakan..

    ردحذف
    الردود
    1. Benar @PC ..niat kerana Allah ...insyaAllah diberkati amalannya..

      حذف
  2. Assalamualaikum lin...perkongaian yg baik ni...selamat hari raya maaf zahir batin...

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...alhamdulilah #SisSharing

      حذف
  3. tahun ni nak puasa 6 la.. last year tak dapat nak buat sbb baru habis pantang...

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah @Dilah, Sis pun ada niat macamtu juga..sama-sama kitaa ya...niat kerana Allah Taala ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!