NASIHAT 12 - WASPADA DENGAN MEMINTA PANJANG UMUR

Sis Lin
8
NASIHAT 12 - WASPADA DENGAN MEMINTA PANJANG UMUR | Dan jangan sekali-kali orang yang kafir itu menyangka bahasawanya Allah swt membiarkan mereka, dengan diberi umur yang panjang, dengan diberi kelebihan harta, dan dengan diberi apa sahaja kelebihan yang mereka mahukan oleh Allah.

Maka, jangan mengganggap itu sebagai tanda Allah memanjakan dan menyayangi mereka sehingga apa sahaja yang mereka hajatkan.

Seseungguhnya Allah sengaja membiarkan mereka bermaharajalela dengan diberikan umur yang panjang dengan kekufuran mereka. Ini supaya bertambah hukuman Allah buat mereka, yakni semakin bertambah dan berat hukuman azab bagi mereka di akhirat nanti.

Ini adalah pengajaran juga buat mereka yang ingin minta panjang umur untuk tidak meminta panjang umur sahaja tetapi meminta panjang umur dengan amal soleh. Ini kerana di sana ada sahaja yang diberikan umur yang panjang, namun itu sebagai hukuman daripada Allah. Boleh jadi mereka derhaka yang mereka lakukan dengan umur yang dikurniakan oleh Allah.

Sabda Rasullullah saw, "Orang yang baik itu adalah orang yang panjang umur dan amalnya baik".

Oleh itu, seketika seseorang itu meminta panjang umur, maka minta juga baik di dalam amal, dan tambah satu lagi iaitu nikmat sihat kerana khuatir jikalau sakit itu menyusahkan juga.

Pada masa yang sama tidak boleh juga kita meminta disebabkan pleh masaalah-masaalah yang menimpa kita. Ini kerana mungkin sahaja umur yang diberikan Allah swt itu adalah sebab untuk diangkat darjatnya oleh Allah swt.

Kata Rasullullah saw, "Jangan sekali-kali kamu itu meminta mati kerana mudarat yang menimpa dirimu".

Apa sahaja yang menimpa sama ada bangkrap, musibah, ataupun cacat, lalu kamu berkata, "Jikalau begini, lebih baik aku mati".

Maka dilarang sama sekali kerana sekiranya dia itu sesaorang yang baik, maka umurnya sebagai sebab untuk diangkat darjatnya di sisi Allah swt. Dan sekiranya dia itu orang yang tidak baik, maka panjang umur itu sebagai sebab untuk dia bertaubat kepada Allah swt.

Namun, sekiranya juga mesti minta mati, maka mintalah kepada Allah, "Ya Allah, berilah kehidupan sekiranya kehidupan itu baik untuk aku, namun berikanlah kematian sekiranya kematian itu baik untyuk aku",

Ini sebagai bukti kita memahami bahawa ukuran kebaikan itu bukanlah di mata kita tetapi di mata Allah swt.


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 





P/S: Ya Allah panjangkan umur ku dan Suamiku untuk aku sama-sama menikmati hari tua kami bersama Suamiku hingga ke hujung nyawa.

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semoga Allah sentiasa beri kita kesihatan dan usia yang seiring dengan keberkatn-Nya..dan semoga setiap kesihatan dan umur kita itu menjadi asabab kita jadi lebih baik dengan mentaati-NYA.Terima kasih perkongsian ya Sis.

    ردحذف
    الردود
    1. Ammiinn...
      Moga-moga doa @PC di maklbulkan Allah ...insyaAllah

      حذف
  2. jarang sekali minta panjang umur...tapi selalu minta supaya Allah mudahkan urusan hidup di dunia juga akhirat, dan jadikan matiku sebagai mati yang baik2, dijauhi dari mati yang tak baik..

    ردحذف
    الردود
    1. Bagus doa @Sunah ..lepas ni Sis nak doa macamtu, biasa Sis minta sihat supaya dapat beribadah hingga ke akhir hayat..

      حذف
  3. الردود
    1. Alhamdulilah, sama-sama kita pesan memesan yee @Suria ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!