NASIHAT 13 - AKAN DILILITKAN PADA LEHER

Sis Lin
0
NASIHAT 13 - AKAN DILILITKAN PADA LEHER | Jangan sesekali orang yang kedekut itu menyangka dengan sifat kedekutnya daripada segala kelebihan yang diberikan Allah swt itu memberi manfaat kepada dirinya. Harta yang dimiliki oleh manusia itu hakikatnya harta milik Allah swt.

Yang mendapatkan harta daripada hasil tanaman yang ditanam, yang mencipta tanah dan benih untuk ditanam itu adalah Allah.

Tidak mampu teknologi manusia itu mencipta secara tulen tanah dan benih sehebat tanah dan benih yang dicipta oleh Allah. Benih yang digunakan manusia kini, diambil dari pokok lalu ditanam ke tanah. Allah yang menyimpan benih pokok itu. Allah jualah yang tumbuhkannya.

Manusia hanya mengambil hanya daripada apa yang telah Allah sediakan itu.

Begitu juga manusia yang menebang pokok untuk dijual dengan menggunakan kapak. Bahagian kapak juga menggunakan bahan-bahan kayu dan besi. Allah yang cipta.

Apa yang dicipta oleh manusia? 

Tidak ada. Manusia itu sekadar menjadi pengguna bukan pencipta.

Yang menganggap dirinya itu mendapat manfaat daripada sifat kedekutnya itu jelas perkara yang salah. Justeru khuatir nanti akan membinasakan dirinya sendiri.

Ketahuilah, setiap apa yang dikedekutkan itu nanti aklan ditukar seperti ular yang dililitkan dan dicekik lehernya di akhirat kelak. Sambil lilitan itu terus menerus mengatakan bahawa saya adalah harta kamu, saya adalah simpanan kamu.

Kata Baginda Rasulullah saw, itu khususnya bagi mereka yang wajib mengeluarkan zakat tetapi enggan memenuhi kewajibannya. Maka jangan sesekali menganggap yang dipunyai itu hak milik diri dan sentiasa sematkan di hati bahawa itu adalah pemberian Allah.

Wahai manusia yang mempunyai kepakaran melalui akal fikirannya, lalu dengan kebolehan itu telah mencipta apa sahaja teknologi dan rekaan yang dengannya manusia mendapat kemudahan, ingat bahawa yang memberi akal fikiran itu adalah Allah swt.

Dan kepada apa sahaja kebolehan dan kepakaran yang ada pada diri kita, ingatlah bahawa ALlah jualah yang memberikan ilmu dan kepakaran itu kepada kita.

Maka janganlah bersifat kedekut dengan segala nikmat yang terhasil daripada segala pemberian itu .


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 

Paling tak suka orang kedekut! Kedekut kena bertempat, jangan kalau dah semua benda ko nak kedekut, silalah mereput duduk dalam hutan sengsorang ...




P/S: Sifat kedekut Sis ada satu benda jer..Suami aje yang tau betapa kedekutnya Sis hehehehe..

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!