AKU BELUM CUKUP BAIK SEPERTI YANG ENGKAU SANGKA

Sis Lin
17
AKU BELUM CUKUP BAIK SEPERTI YANG ENGKAU SANGKA | Apabila orang anggap kita BAIK, JANGAN sesekali kita merasakan bahawa diri kita baik. Namun saat pujian menerpa, maka hadirkanlah sifat tawaduk di dalam diri.

Cerminlah diri kita melalui pandangan mata diri kita sendiri, agar kita mengetahui bahawa sesungguhnya diri kita masih jauh dari MAKNA BAIK yang dilemparkan pada diri kita.

Mudahan dengan asbab kerendahan hati kita, maka ALLAH sudi memandu HATI kita dalam landasan Agama ALLAH yang HAQ dan LURUS. Jangan tersasar dari landasan ini, kelak kita akan menangis penuh penyesalan.

Jangan biarkan hatimu HITAM dan GELAP tanpa CAHAYA. Kerana hati yang GELAP tidak dapat menyuluh JALAN yang terang. Maka kita akan tersasar dari LANDASAN yang lurus.

Bersihkanlah hati mu selalu dengan siraman AIR TAUBAT.


“HATI itu seperti TELAPAK TANGAN. Awalnya ia dalam keadaan TERBUKA dan jika berbuat DOSA, maka telapak tangan tersebut akan TERGENGAM. Jika berbuat dosa, maka jari-jemari PERLAHAN-LAHAN akan MENUTUP telapak tangan tersebut. Jika ia berbuat dosa lagi, maka jari lainnya akan menutup telapak tangan tadi. Akhirnya SELURUH telapak tangan tadi tertutupi oleh jari-jemari,” (Mujahid).

Maka terimalah pujian dengan HATI yang penuh KERENDAHAN. Agar jiwamu disimbahi siraman KASIH dari ILLAHI. Hati yang bersih adalah tempatnya jatuh pandangan ALLAH. Hati yang dipandang ALLAH adalah hati yang sentiasa tersemi CINTA dan KASIH pada yang MAHA CINTA..
Semoga hati kita sentiasa menyemai kerendahan yang menarik kita kepada jiwa yang bersih untuk bertemu ALLAH.

Insha ALLAH.

Maka ku berpesan akan perihal ini untuk diriku terlebih dahulunya dan buat pedoman kalian semua yang membacanya. Semoga ia membawa manfaat keatasku dalam memperbaiki diri dan juga buat kalian semua. -  Al Faqirah Qoba Qausain Au Adna




P/S: #SisSharing perkongsian bersama .

Post a Comment

17Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. betul. walaupon ada yang puji marina ni baik, pendiam tapi kita ni manusia. tak perfect. sentiasa perbaiki diri menjadi lebih baik.

    Jom baca pendapat Marina pasal movie ni. Movie Review : Spiderman - Far From Home.
    Jom follow Marina https://marinabashah.blogspot.com .Marina dah follow blog ni.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama-sama muhasabah diri agar tidak riak dalam setiap pujian ya @Marina..
      Done follow ..

      Delete
  2. thanks for sharing :) saling ingta mengingati ...tapikan awak mangga tu lebat nya buat kalau potong campur asam boi, cili perhgghhh sedap nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama @Mawar..
      Kita saling ingat mengingati agar tak lari dari landasan sebenarnya mencari redha Allah ..

      Delete
  3. Kalau ada yang sudi memuji sangat-sangat berterima kasih dan bersyukur..namun andai disuruh memilih antara dipuji atau didoakan..PC memilih didoakan..kerana PC belum kuat dengan pujian..kadang PC takut sendiri..takut menjadi riak dan sebagainya kerana manusia biasa yang tak lepas daripada rasa-rasa yang mampu membinasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mendoakan sesaorang baik dalam sedar ataupun tidak, malaikat juga akan mendoakan kita juga kan @PC..puji atas menjaga hati dengan jujur ikhlas, sangat di terima, tapi yang takutnya, pujian itu menjadikan kita ego..huhuhu

      Delete
  4. Semoga pujian untuk kita, kita tidak menjadi orang yang riak dan sombong.

    Sentiasa rendah diri.

    Perbaiki diri untuk jadi lebih baik.

    Kita manusia tidak terlepas dari dosa. Selalu bertaubat dan mohon keampunan, moga kasih sayang Allah sentiasa mekar dalam hati kita.

    Nasihat untuk diri sendiri juga

    Tq sis Lin untuk perkongsian rohani ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita muhasabah diri supaya kita hidup mencari redha Allah, bukan pujian manusia..

      Delete
  5. insya'Allah, jangan sesekali merasa diri kita lebih baik daripada orang lain..kerana kita semua pendosa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan kita muhasabah diri @Sunah ..

      Delete
  6. Pokok pelam tu pun tak pernah rasa tinggi diri walau pun berbuah lebat dan manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wowww....serius nice gilerr perumpamaan ni!

      Delete
    2. Begitulah perumpamaannya pokok mangga itu. Berbuah lebat, ramai gilakannya tapi tetap teguh membuahkan sebanyak mana hasilnya @Wak ..tanpa tumbang menunduk menghempap mangsa..

      Delete
  7. Masam manis kehidupan seperti masamnya mempelam tu kan...tapi jadi sedap kalau digandingkan ngan cili kicap..ehhh...hehehe...perkongsian yang bagus kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh baca ayat @Suria terus kecur meleleh ayaq liur weiiii...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!