ANAK-ANAK YATIM MENIKMATI KASIH LLALLAO

Sis Lin
8
ANAK-ANAK YATIM MENIKMATI KASIH LLALLAO | Yogurt sejuk beku meriangkan Hari Raya anak-anak yatim. Kanak-kanak dari 12 rumah anak yatim di Lembah Klang, Ipoh dan Alor Setar bakal menikmati keenakan yogurt sejuk beku llaollao, hasil kemuliaan peminat-peminat llaollao.

Menerusi kempen Secawan Kasih, Sedekah Budi yang berlangsung pada bulan Ramadan, para pelanggan telah menyumbang satu cawan kecil llaollao kepada golongan anak-anak yatim pada harga minima RM3.50.

Harga pasaran cawan kecil adalah RM11.85.



Tan Kai Young, Ketua Pegawai Eksekutif Woodpeckers Group Sdn Bhd, berkata kejayaan inisiatif ini adalah hasil dari sokongan padu peminat-peminat llaollao, yang dengan murah hati telah menyumbang hampir 1,000 cawan yogurt sejuk beku sepanjang tempoh kempen dari April 26 hingga Jun 3.

“Sasaran awal kami adalah untuk menghidangkan llaollao kepada tiga rumah anak-anak yatim. Tetapi sokongan yang diterima begitu menggalakkan dan kita telah dapat sumbangan yang cukup untuk melawat 12 rumah anak-anak yatim.

“Terima kasih, Malaysia! Melihat senyuman riang di muka anak-anak kecil ini, saya tahu mereka amat menghargai sumbangan anda,” kata Tan.


Dalam kempen Secawan Kasih, Sedekah Budi, para peminat llaollao telah menyumbang 978 cawan, dan Tan telah menambah 222 cawan lagi, menjadikah jumlah yang dikumpul 1,200 cawan.

“Ini adalah inisiatif CSR pertama kami pada skala besar sejak kami mula beroperasi di Malaysia pada akhir 2015, dan kami teruja dengan sokongan yang diterima. Ini menunjukan rakyat-rakyat Malaysia adalah pemurah dan amat mulia sekali. Dengan galakan ini, kami tentunya akan melancarkan banyak lagi program CSR,” kata Tan.


Pada Jun 19, krew llaollao telah melakukan lawatan pertama sempena kempen ini ke Rumah Perlindungan Al Nasuha di Batu Caves. Sementara ahli krew mendirikan kaunter mudah alih llaollao, kelihatan kanak-kanak sudah tidak sabar untuk menjamu keenakan yogurt sejuk beku yang berasal dari Sepanyol.

Dan tidak lama kemudian, mereka berbaris teratur untuk mendapatkan yogurt sejuk beku, lengkap dengan pelbagai topping dan sos. Yogurt sejuk beku memang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa, kerana penuh dengan khasiat seperti probiotic dan kalsium tetapi rendah kalori.

Lawatan-lawatan selanjutnya untuk krew llaollao ialah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, Kuala Lumpur, pada Julai 6, dan Rumah Amal Al Firdaus, Shah Alam, pada Julai 7.


 Untuk perkembangan terkini kempen “Secawan Kasih, Sedekah Budi”, sila lawati Facebook llaollao Malaysia di https://www.facebook.com/llaollaoMalaysia/.




P/S: Korang suka yogurt masam ni? Dapkannnn....

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah syukur, berkongsi rezeki =D

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah...keriangan di rai bersama kan @Syaza ...

      حذف
  2. Moga kebahagian mereka..kembali menjadi nikmat luar biasa kepada yang menghulur sumbangan.

    ردحذف
  3. masam manis kehidupan.. semoga dipermudahkan segala urusan mereka

    ردحذف
  4. alhamdulillah...good job llallao 👍👍👍

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!