APA ITU PESTA KUIH BULAN? DAN APA YANG MENARIKNYA TENTANG KUIH BULAN?

Sis Lin
7
APA ITU PESTA KUIH BULAN? DAN APA YANG MENARIKNYA TENTANG KUIH BULAN? | Pesta Kuih Bulan merupakan perayaan tradisional utama rakyat China. Pesta ini juga dikenali sebagai Pesta Bulan Lapan, Pesta Mengekori Bulan, Pesta Menyembah Bulan, dan Pesta Berkumpul.

Terdapat banyak versi asal usul pesta ini. Namun versi yang paling terkenal adalah tentang Raja Hou Yi dan Permaisuri Chang E. Kononnya, pada zaman dahulu, terdapat sepuluh matahari di langit. Cahaya matahari yang panas terik menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut kering dan rakyat jelata menghadapi ancaman maut akibat kebuluran.

Raja Negeri Youqiong pada zaman Dinasti Xia, iaitu pada tahun 2070 hingga 1600 sebelum Masihi, yang bernama Hou Yi mempunyai kuasa sakti dan handal memanah. Baginda berjaya memanah jatuh sembilan daripada sepuluh matahari itu. Rakyat jelata amat gembira dan memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka daripada ancaman maut.

Isteri baginda yang bernama Chang E, sangat jelita. Pada suatu hari, Hou Yi dihadiahkan ubat panjang umur oleh Wangmuniangniang, Bonda Permaisuri di syurga. Kononnya, orang yang makan ubat panjang umur itu akan segera menjadi dewa atau dewi dan terbang ke kayangan.

Hou Yi tidak mahu berpisah dengan permaisurinya, maka baginda tidak makan ubat itu dan menyerahkan ubat itu kepada Permaisuri Chang E untuk disimpan. Walau bagaimanapun, Chang E mencuri-curi makan ubat itu dan serta-merta terbang dari bumi ke bulan.

Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang yang sedang menangis memberitahu baginda apa yang berlaku. Hou Yi berasa amat sedih, lalu menyeru permaisurinya di bulan. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang. Bayang-bayang permaisurinya yang bergerak di bulan juga dapat dilihat. Hou Yi berdoa untuk Chang E dan meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat tertentu.

Setelah mengetahui Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat jelata juga beramai-ramai berdoa dan meletakkan pelbagai jenis makanan, semoga Chang E menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada mereka.

Lama-kelamaan, berdoa pada hari ke-15, bulan lapan [15/8] menurut kalendar Cina telah menjadi tradisi rakyat China dan kini dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan.


Pesta Tanglung di Malaysia

Pesta Tanglung di Malaysia dirayakan pada Perayaan Kuih Bulan iaitu pada hari ke-15 dalam bulan ke-8 mengikut kalendar Cina dan tidak dirayakan pada kebiasaannya pada hari ke-15 bulan pertama mengikut kalendar Cina. Hal ini dikaitkan juga dengan kepercayaan Dewi Bulan (Chang E) yang mana pada malam perayaan tersebut adalah hari bulan mengambang.

Pesta Tanglung adalah suatu pesta masyarakat Cina. Pesta yang mula diadakan pada zaman Dinasti Qin ini jatuh pada bulan Yuan pada masa silam. Ia adalah malam pertama untuk melihat bulan penuh. Disebabkan malam dikenali sebagai xiao dalam Bahasa Mandarin, maka festival tersebut dikenali sebagai Festial Yuan Xiao.

Pada malam perayaan, orang ramai akan keluar ke jalanan untuk bermain Tanglung di bawah sinaran bulan, menyaksikan tarian singa dan naga, membakar mercun dan bunga api, meneka tulisan yang tertulis di tanglung serta permainan-permainan lain.

Pesta Tanglung dikenali juga sebagai Hari Valentine Cina. Pada zaman dahulu, wanita dan lelaki tidak berpeluang untuk bebas berjumpa. Mereka menjadikan festival Tanglung peluang untuk mencari pasangan hidup. Mereka bermain permainan Tanglung untuk mencari pasangan yang paling sesuai dengan mereka.

Makanan paling popular untuk festival Tanglung adalah Yuanxiao. Sesetengah tempat memanggil makanan ini dengan nama Yuen Siu atau Tong Yuen. Dipercayai nama Yuanxiao adalah bersempena dengan nama gundik istana Maharaja Wu pada zaman Dinasti Han.

Yuanxio adalah sejenis adunan bebola yang direbus dan dikukus berisikan inti manis, daging ataupun buah-buahan. Ia diperbuat daripada tepung beras, dimasak dalam sup dan sayuran dan daging. Bentuk bulat menandakan simbol kesatuan keluarga, kesempurnaan dan kebahagian.

Pesta Kuih Bulan [Mooncake]

Bagi etnis Tionghoa atau masyarakat keturunan rakyat China, kuih bulan tentunya sudah bukan hal yang asing lagi. Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh atau perayaan kuih bulan. Dalam tradisi rakyat Cina atau Tionghoa, seluruh keluarga besar akan berkumpul guna menyantap kuih bulan untuk merayakan festival kuih bulan yang jatuh setiap bulan penuh atau bulan purnama.

Biasanya anggota keluarga yang terpisah beberapa saat dengan keluarga, akan kembali berkumpul dengan keluarga besarnya. Oleh sebab itu, perayaan kuih bulan ini menjadi hari raya masyarakat Cina kedua terbesar setelah hari raya Imlek.

Pada malam Pesta Kuih Bulan, anggota keluarga orang Cina akan berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil makan kuih bulan yang enak.

Kuih bulan biasa adalah dalam bentuk pastri bulat, berukuran kira-kira 10 cm garis pusat dan 3-4 cm tebal. Kuih bulan yang kaya dengan inti yang tebal biasanya diperbuat dari kacang merah atau biji teratai  dikelilingi oleh (2-3 mm) kerak nipis dan mungkin mengandungi kuning telur daripada telur itik masin.

Kuih bulan biasanya dimakan dalam sukatan yang kecil disertai dengan teh Cina.

Sumber : Pelbagai

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
 Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” (Surah al-Hujurat: 13)

Al-Zamakhsyari ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada Adam dan Hawa. Kita semua diciptakan daripada seorang ibu dan seorang ayah dan tanpa wujud kelebihan antara satu mengatasi yang lain. Maka, tidak ada sebab untuk berbangga akan diri sendiri dan melebihkan diri sendiri dalam hal keturunan.

#SisSharing




P/S: Walaupun Atuk Cina Sis dah tiada tapi kami adik beradik termasuk Emak tetap membeli dan memakan kuih bulan bila tiba festivalnya. Meriah gile, macam-macam jenis dan bentuk kuih bulan ada jual. Kalau Atuk dulu dia buat sendiri aje.

إرسال تعليق

7تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Yaaa begitulah sejaahnya kuih bulan dan pesta tanglung @Syaza ..

      حذف
  2. Dulu, selalu gak terima kuih bulan ni .. skrang bila dah tak kerja dgn cina ..macam susah la nak dapat ...huhu.

    Masa ada jiran cina dulu pun selalu gak dapat setiap kali pesta tanglong. Jiran cina educated ... beli kuih bulan orang melayu yang buat ... huhu

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr Tuan @Hasrul, sama juga Suami Saya, dulu selalu dapat, sekarang macam Cina pun jarang beli..
      Saya kalau nak makan, beli yang SDS punya kalau di Johor ni, sebab memang halal..yang lain-lain, tengok pada paten hahahaha

      حذف
  3. mak ai rajinnyaaaaa seketul sis lin buat entri ni yee...hahahha...tak sabar nak tunggu musim kuih bulan SDS!

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, baru tau ke Sis ko rajin haaa @Sunah hahahaha....
      Yay! Tak sabarnyaaaa....

      حذف
  4. Maaf, izinkan saya untuk komen. :Walau bagaimanapun, Chang E mencuri-curi makan ubat itu dan serta-merta terbang dari bumi ke bulan.” Ayat ini silap faktanya. Chang Er tidak curi-curi makan. Ini disebabkan kawan Houyi Bernama PengMeng yang berniat jahat untuk mencuri ubat itu. Untuk tidak membenarkan hasrat pengMeng ini Berjaya, baru ChangEr memakan ubat tersebut.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!