BILA KAMBING GOLEK BERTEMU DURIAN MUSING KING

Sis Lin
15
BILA KAMBING BERTEMU DURIAN MUSING KING | Korang bayangkan bila dah makan kambing then selepas tu ko makan pulak durian musang king! Ko rasa? Tak ke Sis dengan Suami macam orang mabuk kepayang tido malam kepanasan dan kepala senoneng, macam mabuk ketum! hahaha.

Oh! Kambing tu kami makan sewaktu hadir di majlis perkahwinan sepupu Sis di Klang baru-baru ni. Memang puaslah kami makan kambing. Kena plak kemain sedap kambingnya di makan bersama kentang lenyek, coleslaw dan juga aneka sosnya. Bertambah-tambah kami suami isteri makan berulang-ulang.

Tapi dalam pada makan, beringat juga yer. Memasing ada penyakit hahahaha. Suami ingatkan Sis, Sis ingatkan Suami hahahahah.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/07/borong-cadar-patchwork-rm50-dan-shawl.html


Memang kalau di majlis perkahwinan sepupu ni (anak kepada Pak Ngah adik kepada Emak Sis) akan ada kambing golek. Kalau pergi memang dah aim dia punya kambing. Tak tau kenapa sedap beno rasa kambing golek dia ni. Mungkin sebab rempah serapan dalam isi tu ha, atau cara bakarnya juicy gitu.

Tak taulah, tapi memang sedap!.

Sampaikan Sis takde makan nasi berlauk tetamu hahahaha, Sis hanya pekena kambing golek, apam balik dan juga cendol.


Tahniah buat Farid dan isterinya. Selamat pengantin baru moga bahagia kekal hingga ke Jannah. Sama cantik sama padan. Muka pun dah seakan sama. Orang kata kalau muka sama dengan suami/isteri, maka jodoh tu panjang, sejuk dalam rumahtangga. Aamiinn..mudah-mudahan..

Sama le macam Sis dan Suami, semua kata muka suami Sis sama, sampai ada juga kata 'You dua adik beradik haa?' hahahaha lawak tak! Padahal suami tu jawa, mana datangnya cina hahahaha..

Dan berkat doa 'muka sama' kami berdua, alhamdulilah dah 25tahun kami bersama. Moga jodoh kasih sayang cinta kami berkekalan hingga ke Jannah juga.


Sis dan suami tak lama di majlis tu, sebab Trengganu hari bekerja Ahad, makanya telefon Suami tu non stop ler bunyi semua mencarinya. So kami gerak awal balik ke Paka. Dalam pada awal, petang gak sampai Pakanya. Tau-tau je ler suami tu, ada je tempat nak nyinggahnya..

Katanya takpe, sesekali bawak isteri jalan jejauh hahahaha...KL je pung!

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/07/biar-terlebih-makan-sotong-asal-jangan.html

Sejujurnya inilah kali pertama Sis makan durian musing king. Itu pun beli sebab kawan suami Sis kirim isterinya mengidam. So masa kami balik dari jemputan kahwin sepupu Sis dari Klang ke Paka, akan lalu lebuhraya Karak, maka kami singgah beli di kawasan Bentong.

Memang situ musang king sesaja ko. Kiri kanan semua musang king. Sis siap tanya suami, original ke musang king tu opsss hehehehe. Sekali tanya harga rm39 sekilo ko, terbeliak mata Sis ko dengo. Suami beli 3 bijik harga hampir rm200 lebih hengget! Ko rasa hahahaha.

Nasib ler orang kirim, kalau tak Sis ko pun takde rasa teringin nak beli dan makan musang king tu semata. Mahal satu hal, dan isinya tebal beno, Sis kurang suka. Lebih suka durian kampung isi nipis-nipis gitu....

Tapikan, rasa musang king ni!........rasa dia perghhhhhhh amekkawwww memang patut mahal!! Sedap gile!! Puashati makan!

Yer suami belikan Sis sebiji, kami makan bersama malam tu. Memang puashati sangat!
Merasa juga Sis ko makan musang king hahahaha. Terima kasih incik Suami.

Dan malam tu, memasing macam cacing kepanasan susah nak tido hahaha, adeii haru betul! Siap suami ajak keluar berjalan ke bandar Paka jap, minumlah air barli panas secawan di kedai, makan pulak sup sayur kongsi berdua hahahaha. Aje gelihati bila ingat-ingat.

Apa-apa pun, korang jangan macam kami, siang makan kambing, malam makan durian, pitamm!
Rezeki jangan di tolak, ye dakkk hehehehe..




P/S: Moga Allah sihatkan suamiku. Berilah dia kesihatan yang baik di sana demi mencari rezeki. Aamiinn..
Tags

إرسال تعليق

15تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. amboi amboi sis...lepas kambing, musang pulak dah..hehehe...menggoda sungguh kambing tu

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha mau tak laki bini macam mabuk ketum @Juju hahahaha

      حذف
  2. Uhuk! Kambing ngan musang jgn dibuat nain, sis

    ردحذف
    الردود
    1. Tu laaa Kak @Seri, macam cacing kepanasan di buatnya malam tu hahahaha...adeii nasib ubat tak tinggal makan...

      حذف
  3. Bergabung..meletup..kambing golek mix musang king..menari-nari dalam perut mereka berdua...huissshh..patut pun kalau jadi panas badan kan Sis.

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha @PC bergadih musang dan kambing dalam perut hahahahaha

      حذف
  4. Kambing golek + musang King
    Terbaek.
    mana ada masa nak sakit kepala.

    ردحذف
    الردود
    1. Kekekeke kann @Wak...sakit kepala telan panadol hahahaha

      حذف
  5. Mak mentua saya jawa pure punya tp...tapi wajahnya persis cina. Adaik beradiknya pun sama... tu ada anak saya seketul terkenan muka macam tu. Pergi mana mana orang selalu tegur..aik..apasal yang ni macam anak cina?

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha kannn @Azian, tapi anak Sis plak semua muka jawa ikut Ayahnya, takde sorang muka cina ikut Sis hahaha tu lagi pelik hahahaha

      حذف
  6. jarang2 nak rasa panas sampai berpeluh sebab makan durian...pertama kali saya rasa lepas makan durian kat jogja...panas dia mak ai macam apa rasa...da la duduk dalam van yang aircond dia hampehhhhhh...memang beringat2 la lepas tuuu

    ردحذف
    الردود
    1. Tu rasanya jenis durian indon kot yang panas gilee @Sunah..sebab ada pernah dengar dan baca, kawan makan durian kat Indonesia sana, badan panass malam..

      حذف
  7. Great job for publishing such a beneficial web site. Your web log isn’t only useful but it is additionally really creative too. singapore snowskin mooncake

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!