DAHULUNYA AROI THAI, SEKARANG NAKON THAI NAMANYA

Sis Lin
24
DAHULUNYA AROI THAI, SEKARANG NAKON THAI NAMANYA | Betul sudah tukar namanya, TAPI masih tetap di tempat yang sama CUMA ada penambahan menu baru DAN rasanya lebih sedap dari yang lama.

Nakon bermaksud 'Perkampungan Lama' di Negara Thailand dan menjadi tumpuan apabila menyediakan menu makanan dalam bentuk mangkuk kecil ala-ala Boat Noodle.

Kini berwajah baru dan ada penambahan menu terbaru. Bertempat di Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru Coast yang masih mengekalkan konsep lama seperti sebelumnya kalau korang pernah datang.

Sis berkesempatan bersama teman JDT blogger yang lain untuk merasmikan pembukaan sempena perasmian nama barunya iaitu Nakon Thai di Tunamanya Beach and Spa Resort baru-baru ni di Desaru Johor. Yang dah pernah ke sini tentu tau di manakah tempatnya Nakon Thai ni kan.

Yer ianya terletak di luar kawasan di sebelah hujung Tunamaya Beach and Spa Resort ni. Bukan berada di dalam Tunamayanya yer. Tapi di luar.




Kalau ternampak bas pink ni haa di situlah Nakon Thainya hehehe. Menjadi simbolik di sini.
Kalau waktu malam, basnya berlampu berwarna warni, cantik sangat. Korang boleh berOOTD di sini tapi jangan naik ke dalam bas tu, takut nanti ada wajah Anabella dalam gambo korang hahahahaha.

Suasana masih sama, tempat masih sama, gaya dan susun atur kedai pun masih sama. No PORK No LARD. Jadi yang pernah ke sini, tidak akan kekoklah nak duduk dan amik order apa yang nak di makan.

Yang tak biasa takpe, mulakan dengan set signaturenya dulu hehehehe..
Meh tengok antara menu yang kami semua bedal hahaha..




Okay gambar yang atas tu, adalah menu signature dia, yang dipanggil Boat Noodle [Mee Sampan]. Yaaa jangan ingat banyak sangat yer, nama pun rm1.90, so memang ko ceduk, then sekali telan je masuk mulut okay hahahaha. Awas! kalau pergi time lapar hahaha pasti bermangkuk..
Pilihan Sis yang rasa Beef [Daging].

Gambar kedua tu pulak adalah set Rice [nasi], ada 5 jenis tak silap Sis kalau set nasi dia. Takat ko nak makan kenyangkan perut, boleh sangat, korang cuba aje kesemuanya.
Pilihan Sis yang Pineapple Fried Rice.

Gambar ketiga pula ada menu Side Dish [Menu Tambahan] dia. Yang ini memang banyak sekali pilihan dia. Kalau korang memang jenis suka makan dan boleh makan banyak, makanya memang haruslah merasa kesemuanya.
Pilihan Sis yang Stir Fried Kangkung, Hatyai Fries Chicken Wing dan juga Thai Fish Cake.

Kesemuanya di atas hanya RM 1.90 sahaja. 


Tapi kalau korang nak datang sini tapi taknak makan set Boat Noodle tu semua, korang boleh juga cuba set Nakon Thai [Royal Seafood Hotpot]. Memang puashati! 

Sis rasa kuah tomyam dia memang superb the best sedap! Sekali hirup aje dah rasa naik juling mata makan hahahaha. Bukan cakap kosong tapi ramai bagi feedback yang sama dan review kesemuanya kata sedap. So korang mesti cuba!.

Ada dua set. Satu lagi adalah Classic Hotpot. Cuma harga aje beza. Satu seafood satu lagi lebih kepada sayur-sayuran. 

Harga bagi Nakon Thai [Royal Seafood Hotpot] adalah RM 49.90 2/3 pax 
Harga bagi Classic Hotpot adalah RM 29.90 2/3 pax . 



Dah kenyang makan, tentu nak Dessert [Pencuci Mulut] kan? Hehehe. 
Di Nakon Thai ada tersedia menu Pulut Mangga dan juga Ais Jelly dengan harga RM 3.90 semangkuk.  Dia punya Pulut Mangga, kalau makan, ermm memang taknak kongsi punya! Tiber ko akan jadi tamak makan sorang, sebab sedap sangat hahahahaha.
Pilihan Sis semestinyalah Pulut Mangga .

Dan juga ada Ice Cream. Buat masa ni Nakon Thai ada menyediakan 3 jenis ice cream dengan harga RM 1.90 sahaja. Iaitu aiskrim Mangga, Durian dan juga aiskrim Kelapa. 
Pilihan Sis semestinya aiskrim Kelapa dan juga Mangga. Durian dia rasa biasa aje. 


Air [Baverages]? Mestilah ada oii hahaha cuma Sis ko tak sempat nak amik gambar air dek kehausan tahap melampau beno rasa hahahaha. Upload kat IGs aje time tu hahahaha. Ada 7 jenis minuman pilihan yang korang boleh pilih dengan harga RM 3.90. Sila lihat pada gambar. 
Pilihan Sis yang Thai Tea dan Pineapple Juice. 

Dan yang Sis kata MENU BARU Nakon Thai tu adalah ....


Akan datang (tapi rasanya dah ada kot sekarang) Thai Steamboat BBQ untuk 2 orang dengan harga RM 29.90. Ada kuah Tom Yam atau kuah Ayam. 
Masa kami datang, belum lagi tersedia, masih lagi dalam proses terakhir untuk menyiapkan untuk di hidangkan kepada orang ramai. 

Tapi Sis rasa sekarang kalau korang datang makan, dah ada rasanya set ini. Elok korang kompomkan dulu ya sebelum nak datang. Kalau Sis dapat info, Sis update nanti ya. 

Juga ada set Ala-Carte yang kalau korang rasa nak tambah menu lain. Sebenarnya banyak menu yang ada, cuma kalau dah makan bermangkuk-mangkuk, mau tak kenyang, sampai tak sanggup nak order menu tambahan oii hahahaha. 


Alhamdulilah, muka kekenyangan semuanya, lagi-lagi dak seketul Sunah tu haaaa hahahaha..nasib baik tak di telannya mangkuk tu hahahaha. 

Ada rezeki nak ke sini lagi, nak cuba juga yang BBQ tu haaa,,,siapa nak join hehehehe..

Entri berkaitan:


Nakon Thai Boat Noodle Hot Pot BBQ @ Tunamaya Desaru Coast
Alamat: Tunamaya Beach & Spa Resort, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

Di buka setiap hari
Dari jam 11.30am sehingga 11pm 
Phone : 07-833 8888

NO Pork NO lard




P/S: Hari ada 2 openhouse. So kita tutup dapur hehehehe. Eh! Dah habis raya pun masih beraya ..

إرسال تعليق

24تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bila laa nak merasa makan dalam mangkuk kecik-kecik ni... terliur sangat...

    ردحذف
  2. balik kota ni nanti nak singgah la.Cuba menu baru dari nakon Thai pulak

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr cuba menu baru tu haaa @Rohaida, rasa dah ada dah kalau pergi sekarang ...

      حذف
  3. الردود
    1. Tu lerrr, kami makan sampai nak muntah hijo di buatnya, semua sedap!! Kak @Seri, sukar nak menolaknya hahahaha

      حذف
  4. Sedapnya. Ada cawangan dekat Selangor tak? huhu

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau Selangor tak taulah yer @Syaza, nanti Sis check kan yer...

      حذف
  5. bestnya...
    hidangan semua rm1.90 tp comei2, cumanya boleh rasa mcm2 menu hehehhe

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr betul, paling rendah rm1.90 sahaja @Norhidana...berbaloi..

      حذف
  6. hanya mampu melihat...
    hehehe...

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe mampu membaca gak ni komen @JMbelog hehehehe

      حذف
  7. tak pernah berpeluang untuk try lagi ni sis

    ردحذف
    الردود
    1. Meh laa ke Johor @Mawardi, manti Sis bawa hehehehe

      حذف
  8. Peubahan nama seiring dengan peningkatan kualiti itu yang sangat terbaik..langkah yang seiring dan bertambah-tambah menambat hati dan selera pengunjung.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa betul @PC, makin di tukar nama, maka semuanya bertambah sedap...memikat selera sungguh...

      حذف
  9. Nak try aroi thai sampai lah dah jadi nakon thai, masih tak cuba juga. Hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahahaa kena try lepas ni @Aisya, sebelum terus takde kedua-duanya hahahaha

      حذف
  10. ahahahahah woiiii takkan nak telan mangkuk tu! kang berbentuk mangkuk pulak kat leher..hahahahahhahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Kakakakakah sengal ko @Sunah...gelak beso Sis kau duk terbayang leher tuu hahahaa

      حذف
  11. nanti nak try lah kalau ke sana.. masa aroi tak dan nak mencuba..

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe sila mencubanya sebab Nakon Thai lagi sedap rasanya @Hernee ...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!