FENOMENA GERHANA BULAN SEPARA 17 JULAI 2019

Sis Lin
10
FENOMENA GERHANA BULAN SEPARA 17 JULAI 2019 | Pada Rabu, 17 Julai 2019, seluruh penduduk Malaysia akan berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa bermula dari jam 04:01 pagi hingga jam 06:59 pagi apabila Bulan terlindung oleh bayang “umbra’ Bumi.

Litupan maksimum bayang Bumi ke atas Bulan berlaku pada jam 05:30 pagi.

Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi. Namun tidak semua gerhana ini berlaku dalam bentuk yang sama. Perbezaannya bergantung kepada kawasan bayang-bayang Bumi yang mana satu, yang sedang dilalui oleh Bulan.

Bayang-bayang Bumi ada 2 kawasan yang dikenali sebagai umbra (paling gelap) dan penumbra (kurang gelap).

Orbit Bulan pula senget 5 darjah daripada satah orbit Bumi dan Matahari. Kesannya ialah, walaupun setiap bulan, Bulan akan berada segaris dengan Bumi dan Matahari, tetapi ada kalanya ia berada sedikit ke atas atau ke bawah daripada orbit Bumi. Jika ini berlaku, tiada fenomena gerhana akan berlaku.

Kali ini, Bulan akan kembali masuk ke kawasan bayang-bayang Bumi, tetapi disebabkan hanya sebahagian jasadnya sahaja yang akan masuk ke kawasan umbra, maka ia tidak akan gelap sepenuhnya. Justeru ia dipanggil sebagai Gerhana Bulan Separa.

Fasa Gerhana

Menurut Fred Espanak, waktu-waktu penting fasa gerhana ini adalah seperti di bawah.
(Waktu Malaysia).

P1 – Fasa penumbra bermula (mula masuk ke dalam penumbra) – 2:43 am 17 Julai 2019

U1 – Fasa separa bermula (mula masuk dalam umbra) – 4:01 am 17 Julai 2019

Kemuncak Gerhana – 5:30 am 17 Julai 2019

U4 – Fasa separa tamat (keluar sepenuhnya dari umbra) – 6:59 am 17 Julai 2019

P4 – Fasa penumbra tamat (keluar sepenuhnya dari penumbra) – 8:17 am 17 Julai 2019

Berdasarkan waktu-waktu di atas, secara amnya hampir keseluruhan fasa Gerhana Bulan Separa dapat dilihat di seluruh Semenjung Malaysia. Cuma anda di Sabah dan Sarawak akan terlepas peluang untuk melihat fasa ketika Bulan mula keluar daripada kawasan umbra selepas kemuncak gerhana.

Selain Malaysia, gerhana ini dapat dilihat di Australia, hampir keseluruhan Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.


Apa yang akan dapat dilihat?
Berikut adalah beberapa poin penting ketika melihat gerhana ini nanti.

- Gerhana Bulan Separa akan menyebabkan hanya sebahagian Bulan sahaja menjadi gelap.

- Bulan tidak akan menjadi kemerahan seperti Gerhana Bulan Penuh. Kita hanya dapat lihat bahagian putih terang dan gelap sahaja.

Fakta lain ketika berlaku Gerhana Bulan Separa kali ini.

- Ia akan berlaku 2 minggu SELEPAS Gerhana Matahari Penuh yang akan dapat dilihat di Amerika Selatan pada 2 Julai 2019.

- Ia akan berlaku 5 bulan SEBELUM Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat di Malaysia pada 26 Disember 2019 nanti.

- Planet Zuhal akan berada di sebelah bawah Bulan, manakala Musytari sedang terbenam di ufuk barat.

- Bulan akan berada di dalam kawasan buruj Sagittarius, berhampiran dengan lingkaran Bima Sakti.
Pluto berada hampir dengn Bulan, tetapi memerlukan teleskop yang besar untuk melihatnya. Mata kasar tak nampak.

- Ia berlaku awal hari Rabu. esoknya kerja. Jangan ponteng kerja!

Sumber: falakonline.net dan juga pelbagai.




P/S: Jangan lupa solat sunat gerhana bulan ya.

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Iyerr @Sunah, engko tido mana nak nampak hahahaha Sis ko laki bini kuar dari homestay jam 5am duk tengok bulan hahaha

      Delete
  2. alhamdulillah allhuakbar ...kebesaran Allah sedang melihatnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Abby...bertuah kita dapat saksikannya...alhamdulilah

      Delete
  3. Alah tak de rezeki nak nampak gerhana. Hehe.

    Suami sempatlah sebab masa tu dia keluar rumah nak oustation :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa @Rubiah, nanti ada lagi gerhananya...tapi setiap kali gerhana amik peluang melihatnya, bukan senang nak nengoknya...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!