Jarang sekali pihak hotel nak sajikan menu kari kepala ikan kan, tapi Philea Mines Beach Resort sedang mempromosikan set hidangan kari kepala ikan kepada pengunjungnya dengan harga yang teramat istimewa.
Sis berkesempatan mencubanya ketika berada di KL baru-baru ni. Teman blogger mengajak pergi ke sana dan ini adalah kali kedua Sis menjejakkan kaki di Philea Mines Beach Resort ni.
Pada haritu kami berenam, so memang sesuai sangat untuk makan set kari kepala ikan ni, sebabnya set itu memang ada untuk 5/6 orang makan. Tapi kalau korang jenis kuat makan, nak makan 4 orang pun boleh hehehe.
Korang tengok je dah menyelerekan kan? Apatah lagi jika mencubanya, memang kari dia power! Ianya dimasak istimewa oleh Chef Roslan dan kari ikan ini adalah ikan merah. Isinya memang lembut dan rempahnya serap masuk ke dalam ikan.
Okay set hidangan ini ada terbagi 2 set. Kombo A dan juga kombo B.
Beza keduanya adalah :
Kombo A : Harga rm 79.90 untuk 2/3 pax
Kombo B : Harga rm 248 untuk 5/6 pax + 1 bilik Deluxe untuk 2 orang (Penginapan 1 hari 1 malam) .
Pada hari yang Sis pergi tu, kami semua makan set Kombo B. Memang puas makan! Terima kasih kepada yang mengajak tu.
Antara menu yang terdapat dalam [Kombo A & B]
Set Hidangan Kari Kepala Ikan
- Nasi Putih
- Kari Kepala Ikan Merah
- Kubis Goreng
- Kacang Panjang Goreng
- Bendi Goreng
- Ayam Tempayan [Kombo A TIDAK ADA]**
- Papadom
- Air Sirap Selasih
Yang bestnya air sirap selasih tu korang boleh refill selagi korang larat nak minum hehehe.
Juga korang boleh ADD ON rm 1 untuk dapatkan TEH TARIK .
Yang bestnya, dalam kari tu ada kulit ikan, crispy gile , sedap!! ..
Yaa betul..dalam set hidangan kari kepala ikan KOMBO A, TIDAK ADA Ayam Tempayan ni ya. Ianya hanya ada dalam set hidangan KOMBO B sahaja.
Tapi kalau korang nak mencuba dan rasa Ayam Tempayan ni, korang tak perlu risau, ia ada set berasingan yang di hidangkan. Jadi korang boleh cuba juga. Memang ayam tempayan ni istimewa sangat, rasa rempah dan kelembutan ayam dia sangat 'juicy' orang kata. Semua suka akan ayam tempayan ni.
Untuk set [ala carte] Ayam Tempayan ni, korang boleh order berasingan.
Harga hanya rm 20 . Antara menunya adalah :
Set Ayam Tempayan
- Nasi Kukus
- Ayam Tempayan
- Kuah Kari Ikan
- Ulam ulaman
- Sirap Selasih
Set ni pun airnya boleh refill juga dan juga boleh ADD ON rm 1 untuk dapatkan TEH TARIK
Haaa so korang bila lagi?
Nak best, korang beli set Kombo B, sekali dengan penginapan, dapat bermalam di Deluxe Room, then boleh panggil kawan-kawan atau saudara mara atau keluarga korang datang ke sini dan makan tengah hari set kari kepala ikan tu. Mau tak bestnya!! ..Berbalo baloi okay..
Lepas makan photoshoot di luar sana, perghh ala-ala di tepi pantai ko..
Jangan tunggu lagi, booking cepat selagi promosi sedang berlangsung . Jangan kata hakak tak payung okay..Yang pasti, ianya menjanjikan kepuasan!
Puas tahap macam mana tau, ko dah cuci tangan pun, cium jari tu sepanjang hari bau kari, hahahaha sedap walaweii oii kari dia...
Promosi ini hanya pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja, bermula jam 12 pm - 3 pm.
Sehingga penghujung tahun 2019 .
Kalau nak ke sini tak susah, korang boleh waze Philea Mines Beach Resort jer.
Ianya terletak bersebelahan The Mines Shopping Mall dan bersebelahan MIEC (Mines International Exibition Center).
Parking pun senang, boleh parking di luar atau di dalam resort.
Philea Mines Beach Resort
Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor
Website : https://www.phileahotel.com.my/selangor/
Instagram : https://www.instagram.com/phileaminesbeachresort/
Facebook : https://www.facebook.com/phileaminesbeachresort/
P/S: Moga Allah permudahkan urusanku harini.. aamiinn
hahaha.. samalah kami dua org, cium kari kat tgn sepanjang hari, kalua lambat hilang bau memang betul2 powerlah
ReplyDeleteKannn betul kan Kak @Seri, kalau bau kari melekat, makanya karinya memang power...
Deletebestnya meratah kepala ikan kak, masa tu tak ingat dh mkn sopan santun...
ReplyDeleteharga pun berpatutan sangat....
Iyerr @Norhidana, kami meratah samoai hilang bijik mata hahahaha
Deletewahhh sedapnya kuah kariii...asal nama kari..memang hantoooo..!!!
ReplyDeleteOoo suka kari yek @Mamapp, cecah roti sedapnyaaa kannnn
Deletewaaa....dah la kari memang jadi feveret...sedapnyaaa
ReplyDeleteHehehehe kesukaan kita jugaa @Azian ...
Deletemesti kena repeat lagi ni sis. tempohari memang x puas makan sebab sedap sangat. bawak roti cica kuah tu pon sedap
ReplyDeleteJommm @Maawardi, nanti menginap sini, Sis panggil makan yaaa...awas!
DeleteWah sedapnya. Kari Syaza suka. Kalau kepala ikan tak berapa. Hirup kuahnya ermm sedapnya. Hihi
ReplyDeleteCubalah makan kari kepala ikan, sedap hingga mencium jari @Syaza hehehe
Deletememang minat kepala ikan
ReplyDeleteSama juga kita @Warisan ...
Deletejauh nak jumpa kari kepala ikan ni.Tapi harga not bad jugak ek
ReplyDeleteKannn kot mana tau ke sana, menginap terus, dapat makan free set tu @Rohaida ..
Delete