Pada mulanya Sis hanya nampak viral di laman sosial, dan kebetulan ada seorang kawan pergi makan cendol di sini dan up gambarnya, memang mengancam sungguh persembahan cendol dia. Cendol Kampung Hulu namanya. Tapi bukanlah di hulu kampung, ni Kampung Hulu dalam bandar Melaka. Kalau korang nak datang ke sini korang waze aje, mesti jumpa punya. Dan tempatnya memang di kawasan laluan cruise tu ha.
Kalau korang naik kapal Cruise Melaka tu, haa nampaklah kedai ni dari atas cruise.
Masaalahnya, kenapa masa Sis ko naik cruise dulu tak perasan pun kedai cendol ni? Ermmm...
Cendol Kampung Hulu Melaka
Tengok je dah sedap, apalagi dapat nikmatinya time panas lit lit cuacanya, semestinya kau makan sebekas tak cukup okay! Memang sedap dan terbaek rasanya. Lebih-lebih lagi yang perasa durian tu ha. Dia punya durian perghh lain macam beno rasa pahit-pahit dia. Terbaekkk thokkk!
Tak taulah macam mana Sis nak gambarkan kesedpan Cendol Kampung Hulu ni, setakat ni, ini memang paling sedaplah Sis makan cendol duriannya dan memang masuk dengan anak tekak berserta lidah Sis yang sememangnya kalau Sis makan, semuanya di kata sedap! Hahahaha..
Model Cendol Kampung Hulu petang tu, Puan Sunah Sakura hehehehe.
Ada banyak pilihan cendol di sini. Korang boleh pilihlah ikut kesukaan korang. Kalau tak suka letak apa-apa, korang amik yang biasa aje, harga baru rm5. Kalau add on nak letak apa, haa ikut harga yang di paparkan.
Macam Sis amik 2 jenis haritu, nak beli sorang satu, memasing semua taknak, so beli aje 2 jenis. Sis order cendol durian rm15 dan juga cendol mangga rm6. Nak order cendol longan, tapi longan habis pulak. Tapi yang cendol mangga dia pun sedap juga.
Tu haa dia pilihan jenis cendol yang ko boleh order.
Yang ada gambar api tu dia punya hot sale ler gitu.
Korang kalau sampai ke Makan Evenue ni, korang kenalah masuk terus ke belakang, kena beratur dulu untuk amik order. Takpe kalau korang tak tau dan blur, jangan malu bertanya. Kalau malu, tak dapatlah makan cendol hehehe.
Dah beratur, nanti korang orderlah nak cendol apa then bayar terus dan tunggu cendol siap. Jangan risau, nampak je beratur panjang, tapi servis dia cepat.
Ye ye jangan lupa sebelum makan, kamera makan dulu hahahaha. Hati-hati, jangan terjatuh pulak dalam air tu, melopong kang hahahaha.
Korang ada pilihan nak makan di dalam ke, atau di luar sambil amik udara segar dan lihat kapal cruise Melaka lalu lalang kat dalam air tu, ye atas air dalam air hahahaha. Kotlah kalau ada mat saleh tangkap gambar dari cruise tu, haaa korang lambai-lambai lerr, kot lah masuk Discovery Channel hahahaha .
Dan bukan ada cendol je kat sini, ada macam-macam juga jenis menu makanan yang korang boleh beli dan makan sekali. Ada masakan panas, barat, sup, goreng-gorengan dan juga dengarnya menu viral yang ramai orang order adalah Ramen Asam Pedas.
Sis ko tak dan laaa nak makan semua. Hanya beli kuih keria dan juga pisang cheese dan baby crab crispy. Tu pun perut dah kembong 5 bulan hahahaha. Kang nak drive balik Johor ada tersembam muka kat stering tertido hahahaha.
So bagi korang yang nak mencubanya, silalah cuba. Tak rugi pun datang jauh-jauh semata makan cendol, dan redah jem. Dapat je cendol, korang pasti puashati!
Sedap tak sedap, sedap itu subjektif!. Korang kena singgah dan cuba sendiri.
Guna waze aje.
Cendol Kampung Hulu @Makan Avenue
No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka
Di buka setiap hari dari jam 12pm hingga 12am.
Instagram : https://www.instagram.com/cendolkampunghulu/
Facebook : https://www.facebook.com/cendolkampunghulu/
P/S: Niat musafir bermula...
melampau la sis punya review ni.. dilah dah la suka makan cendol.. tak sabar pulak nak balik melaka tengok review sis ni.. ajak husband gi cari jugak balik nanti.. haha
ReplyDeleteHahahaha dah makan kena review, tak gitu @Dilah hahaha..kalau tak review, ramai tak tau hehehehe
DeleteTengok menunya semua kegemaran.Ni kena datang berkali-kali boleh rasa semua..tak pun pergi ramai-ramai sorang order lain-lain menu boleh rasa sorang sikit..kikikiki..boleh gitu ek..mana ngam dengan tekak dah makan tapau la pulak..adududududu..
ReplyDeleteKannn @PC, pergi reramai time lapar, boleh order sorang satu perisanyaa hehehehe sebab situ pun ada jual masakan panas..
Deleteni cendol yang dah dikomersialkan, kan. So far, kita suka cendol yang klasik, yg cuma ada cendol, santan dan gula melaka. Kalau di Melaka, kita suka cendol kat Food Court Mahkota Parade, phewwwwwwwwww.
ReplyDeleteOne day, boleh cuba Cendol Kampung Hulu, insyaAllah
Yerr cendol moden katanya.
DeleteKalau tekak kita yang moden, yang inilah sedapnyaa rasa dia Kak @Seri...
Nanti cubalah ...
Macam menarik jer..nak buat la JJCM kat Melaka lagi...
ReplyDeleteAjommm nak ikutlah @Suria hahahaha
Deleteyeeeeeeeeeeeeeeee memang sedap gilerrrr cendol kat sini! bangga jadi model dia! hahahahahahah
ReplyDeleteJom pergi balik hari yokk, Sis ko dah plan minggu ni macam nak bawa diri ke sana makan cendol @Sunah hahahaha
Deleteeee jom woiii...terfikir jugak di kepala semalam, macam nak ke melaka ajeee lepas tu balik la jb semula...apekahh sama fikiran kita ha???
DeleteKannn @Sunah, tunggu bulan Ogos, bulan Julai penuh dan event sampai hujung bulan hahahaha
DeleteNak pergi tapi malas nak pergi cari tempat tu. So kite makan cendol dekat bangunan merah je lah.
ReplyDeleteAlahaii dah dekat dah tu tempatnyaa @Aisya.....guna waze je kompom sampai..
Deletesedappp...tapi jauh nak p... nasib baik x ngandung..kalo tak, i is ngences..hehe
ReplyDeleteHahahaha @Hayati, one day kot ke Melaka, datang singgah tau..heheheh
Deleteeh nampak menarik ni .....boleh masuk dalam list tmpat utk dilawati
ReplyDeleteHehehe silalah pergi dan cuba yaaa @Mawar ..
Deletefuhhh penuh mcm2 isi, puas hati mkn panas2 nih
ReplyDeleteYerr puas makan, lebih-lebih lagi cendol durian tu, puashati gile @Norhidana...
Deletehaissyyy..
ReplyDeleteini memang menu wajib cari bila sampai melaka ni..
mengundang sungguh ni..
post wajib mesti tangan tu..
glamour post tu..
^_^
Hahahaha lagi kalau pergi time panas, mesti syok layan cendol di tepi sungai Melaka tu @Mamapp hehehehe..
Delete