MESIN PANCING BOSSNA SW8000 HADIAH HARI JADI BUAT SUAMI TERCINTA

Sis Lin
14
MESIN PANCING BOSSNA RADIANCE SW8000 HADIAH HARI JADI BUAT SUAMI TERCINTA| Alhamdulilah masa nak menaip post ni, airmata berjujuran jatuh ke pipi, sebabnya, masih lagi terbayang wajah kegembiraan Suami ketika menerima hadiahnya, dan ada satu perasaan yang sukar Sis gambarkan dan luahkan, kerana perasaan itu jauh di sudut hati ucap rasa syukur kerana sepanjang 25tahun berkahwin, inilah hadiah yang Sis dapat berikan kepada Suami hasil duit simpanan Sis sendiri menulis blog.

Sebelum-sebelum ni kalau belanja makan, belikan baju atau apa-apa saja hadiah, semuanya dari duit dari pemberian Suami tiap bulan Sis simpan, tapi kali ni, betul-betul duit dari hasil menulis BLOG yang Sis simpan dan dengan izin Allah Sis dapat belikan Suami hadiah yang paling Suami suka dan paling dia inginkan.

Yaaa, memang dah banyak dah mesin pancing Suami yang Suami ada, tapi yang ini dia takde, dan yang ini juga hadiah pertama yang Suami pilih sendiri dan dia suka dengan hadiah yang di pilih dan terima. Sewaktu Sis bagi kotak hadiahnya pada Suami, dia dah memang jangka apa hadiahnya, sebab masa pilih tu Suami yang pilih, tentulah dia tau apa hadiahnya.

Memang Sis bagi awal dari tarikh hari lahirnya, sebab Suami boleh guna. Maka memang kira hadiah besday in advance le gitu. Masa mula Suami terima, terus dia kata 'Terima Kasih untuk hadiah ini', lepas tu Suami buka kad dan bacanya terus dia kata 'Inilah hadiah paling best' sambil tersenyum hahahaha.



Mungkin bagi korang agak kelakar mungkin, ye laa sebab benda murah pun tak dapat nak belikan sebelum ni..ermmm Sejujurnya bukan berkira, tapi sebab apa yang selalu Sis belikan untuk Suami, kebanyakkannya Suami kurang guna atau benda tu jadi terbiar begitu aje.

Contoh bagi baju, pakailah berkali-kali, akhirnya lusuh, bagi minyak wangi juga, tapi lama-lama tak pakai dah, Sis ko juga yang perabiskan, bagi wallet, lama-lama guna, koyak buang juga, dan macam-macamlah lagi hadiah lain.

Lain kalau bagi mereka atau korang yang dah biasa bagi hadiah pada Suami yang mahal-mahal, tapi bagi Sis memang jarang bagi hadiah pada Suami, biasa kalau harijadi Suami pun, dia jugalah yang belanja makannya hehehehe. Tapi untuk tahun ini, untuk tahun yang ke 25tahun bersama Suami, dapat juga Sis hadiahkan Suami sesuatu yang paling Suami suka dan dia akan (sudah pun guna) gunakannya.

Bukan tak mampu nak belikan yang lebih mahal, tapi biarlah hadiah yang diberikan ianya berguna dan jadi kenangan paling bermakna buat Suami. Itu yang Sis nak. Maka tercapai sudah impian dan hajat Sis.



Dan hari ini 28/7 adalah hari hari jadi Suami yang ke ... Sis dan Suami beza 10 tahun ..

Selamat hari lahir, sayang. Berkat atas kurniaanNya adanya kamu, diriku menjadi lebih tahu banyak hal tentang hidup, tentang cinta, tentang kesetiaan, tentang berjuang dan tentang erti sabar dan syukur. Terima kasih suamiku, sudah menjadi imam yang bijak untukku dan untuk keluarga kita.

 Oh!Ya, Sis beli mesin tu di Shoppee ajer...masa tengah sale 7/7 baru-baru ni, laki bini duk ngadap masa tu nak pilih hadiahnya hahahaha..



P/S: Ermmm dah macam nelayan Suami Sis ko duk Paka sana...hari-hari tunjuk gambar ikan sesajee..

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. oooooooooo.. mesin pancing. Mak Inche memang tak kenal, ingatkan saxophone, kahkahkah. Mana tau nak ganti Keyin Tan kan.

    Happy birthday, Mr Sabar. Semoga bahagia & sejahtera selalu, diberi kesihatan yg baik & Panjang umur, Amiiinnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha lawak tau Kak @Seri, aje gile Laki aku main sexophone hahahahaha....
      Makaseh Mak Inche untuk doanya...

      Delete
  2. lepas ni boleh tangkap ikan lagi besooo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, semakin menjadi-jadi kepancingannya tau Kak @Seri ..

      Delete
  3. waahh...bestnya.
    saya dulu pernah berhajat nak bangi abang hadiah mesin pancing ni...tapi di saat saya mampu beli, dia dah meninggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar...tak apalah @Azian, niat tu je pun dah ada cukup mengembirakan arwah Suami Yan...

      Delete
  4. Kalau bagi benda nie boleh dapat ikan selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau ada rezeki, ada laa habuannya Tuan @Hanafi ..

      Delete
  5. Hb en suami.
    Pancing ikan aje ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha pancing ikan aje, kalau pancing lain, joran makan tuan kang @Wak hahahaha

      Delete
  6. Wahhh. Lepas ni boleh bawak balik ikan lagi besoo.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ikan kat Paka @Farah, hahahaha

      Delete
  7. Duk paka memang syok. Ada pantai cantik. Hehe. Nanti boleh pancing ikan besor.

    Beli sesuatu untuk orang yang kita sayang dengan hasil titik peluh kita. Perasaan tu tak leh nk gambarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr Pantai Paka laaa selalu Sis ko jalan @Rubiah, matahari naik dia sangat cantikkkk!

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!