Maaf agak keterlaluan sikit bahasa tu, tapi memang benar, orang kita ni suka merumitkan keadaan. Islam itu mudah. Agak-agak kalau kau rasa was-was akan sesuatu, jangan minum dan makan. Mencari yang halal itu fardhu, tapi agak-agak jugalah kalau dah semua benda kalau kau tengok mencurigakan, kau terus kecam dan label orang tu seperti tak tau hukum.. ermmm 😏 ..
Berbalik pada minuman boba tea No-1 di Taiwan ni 'Xing Fu Tang', memang viral baru-baru ni kesnya mengenai isu halal tu. Tapi ada tak korang lebih membaca dan mencari jawaban terhadap isu halal tu?
Takde kan? Ko cuma baca dari laman yang memviralkannya aje kan. Haaa itulah...kalau tak tau lebih baik diam, kalau main belasah jer, jatuh fitnah, haaaa kau yang susah oii..
Bagus nak menviralkan, menwar-warkan, memesan, menegur tapi biarlah dengan cara yang betul. Jaga sensitiviti kaum 😕 .
Kesian Sis ko nengok air tu, dia tak bersalah pun, tapi kenapalah korang ni buat dia jadi serba salah. Sebab makin korang viralkan dia, semakin ramai dan laku pulak dia hahahaha. Dan semakin ramai datang nak mencubanya huahuahua..Termasuk yang tengah baca ni kan 😝 ..
Yer bab halal haram ni Sis ko tak berani nak komen, tapi bila di ajak duduk semeja bersama owner kedainya dan telah diperjelaskan dengan lebih teliti dan ada segala bukti kukuh yang menguatkan semuanya, maka terpulanglah pada korang, nak minum atau tidak. Takde sapa yang paksa.
Persoalan di sini : Halal atau Tidak?
All the ingredients are HALAL CERTIFIED by Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA) . THIDA adalah badan HALAL yang di iktiraf oleh JAKIM << klik tu nengok dan baca.
Makanya, tepuk dada tanya Iman ..
Jangan kau tepuk dada ayam pulak, tu kes nak mencuba ayam mcD 2x hot terbaru namanya.. 😜
Xing Fu Tang No-1 Taiwan Boba Tea
Korang dah mencubanya? Sis sejujurnya pertama kali mencubanya dan ternyata memang Sis ko sangat menyukainya. Ini sebab, rasa brown sugar dia tu the real brown sugar bukan syrup. Yerr Syrup tu kalau ko minum memana boba tea, kau akan rasa seperti rasa cencol! Haa itu dia guna syrup bukan gula melaka yang asli yer.
Lagi satu Sis ko sebenarnya tak berapa suka akan 'pearl' tu, tak taulah kenapa, mindset ni dalam kepala, bila Sis makan, benda tu akan mengembang dalam perut, adeiii takutt...tapi sekarang dah okaylah juga. Sis dah boleh telan dan kkunyah 24 kali, dan Sis dapat tau, yang bila memakannya, dia hanya membuat perhimpunan dalam perut sahaja, dan tidak akan mengembang 😆 ..
Oh! Ya, untuk minuman Xing Fu Tang ni, Sis sangat suka Brown Sugar Boba Milk dia, iaitu minuman signature. Memang sedap! Buat masa ni yang pernah Sis cuba Brown Sugar macamni, ini yang tersedaplah selain Brown Sugar Tea Signature. Dah cuba? Eh! Ini nanti cite lain hehehehe.
Minuman Xing Fu Tang ni ada banyak jenis. Tapi tidak terlalu banyak, so senang korang kalau nak order, tidaklah rasa bijik mata ko ke atas ke bawah ke kanan ke kiri hahahaha..
Hanya ada 16 jenis sahaja. Dari 16 jenis tu pasti akan menjadi kesukaan korang. Tak percaya ye cuba.. Jom nengok antara yang menjadi pilihan ramai bila ke Xing Fu Tang ni .
Antara yang menjadi pilihan semua:
- Brown Sugar Boba Milk
- Mango Smootie and Rabiit Panna Cotta
Juga ada jenis air soda dan jenis perasa buah-buahan .
- Soda and Handmade Jelly
- Matcha Boba Milk
- Strawberry Boba Milk
Nak yang buah-buahan segar atau rasa tea sebenar, boleh cuba ini..
- Grapefriut Green Tea
- Brown Sugar Boba Black Tea
- Brown Sugar Boba Milk Tea
Atau kalau nak jenis cawan macam ni pun ada, yang ni ada panas dan juga sejuk.
- Oolong Tea
- Roselle Tea Mix Black Tea
Kan Sis kata ada 16 jenis, so korang ikutlah citarasa tekak memasing. Sis up tu hanya yang menjadi pilihan pertama pengunjung tiap kali ke Xing Fu Tang. Kalau tekak korang tak taulah suka yang mana.
Tekak Sis tetap yang itu haaa.. Brown Sugar Boba Milk. Tapi ada cara nak minumnya tau. Sebelum minumnya korang kena pusing 18 kali, tak tau kenapa, Sis hanya mengikut kata ownernya yang segak bergaya tapi sangat pemalu, Mr Clinton. Ececece ...
Bila korang dah gaul 18 kali, then korang minum, perghhh baru rasanya naik sedap! Korang jangan masuk straw je terus minum, memanglah tak sedap! lepas beli dan cuba gaul 18 kali ya...
Kalau korang nak mencubanya, kalau di Johor ada 2 cawangan. Satu di Mount Austin dan satu lagi yang terbaru ni di Taman Sutera, berdekatan dengan Sutera Mall. Lebih senang pergi dan parking kalau di sini berbanding di Mount Austin.
Korang guna aje waze, mesti sampai punya. Alaa Mykori korang tau kan? Haaa di situ laaa..
Pastikan korang buat pilihan yang tepat! Jangan salah pilih dan beli Boba Tea ni yer, korang kata Sis ko plak menipu sedapnya ..cisssss...padahal sendiri salah beli hahahahaha
Pastikan korang buat pilihan yang tepat! Jangan salah pilih dan beli Boba Tea ni yer, korang kata Sis ko plak menipu sedapnya ..cisssss...padahal sendiri salah beli hahahahaha
wow.. nampak menarik sis milk tea boba tu.. belum penah try lagi..
ReplyDeleteYaaa menarim dan tertarik deboomm rasanya @Dilah..sila cuba ...
Deletehahahahha..garangnya seketul sis lin menerangkan isu halal haram ni..
ReplyDeleteHahahaha kalau tak gitu, nanti ada lagi yang tanya tak sudah-sudah @Sunah ..
Deletebrown sugar boba milk tu nampak sedap...
ReplyDeleteYesss! Yang itu sangat sedap @Rohaida, sebab dia signature ...
DeletePokok pangkalnya jangan mula rasa was-was. Tak try lagi Xing Fu Tang sebab kat sini ada The Alley je.
ReplyDeleteKannn, apa pun jugaa, kalau dah rasa was-was, maka jangan minum dan makan, kann @Aisya ..
DeleteKedai ni dah lama ada kan kat Tmn Sutera tu sebab kita selalu gi makan kat Hwa Mui Taman Sutera. Akak pulak memang bukan peminat boba tea lagilah minuman ber pearl ni, tapi kalu ada, ku minum aje, lagi kalau tahu halal, usah diwas2kan
ReplyDeleteYerr Kak @Seri, dah setahun, cuma masa tu tak viral lagi brown sugar bagai ni...entah sapalah yang memviralkannya ekk..terus semua mencari...
DeleteKan nak cuba aritu jadi terbantut bila org viral macam2. Ni excited balik nak gi try hehe
ReplyDeleteLepas ni try lerrr, cuba sekali mesti nak lagi @Faizzah ...
DeleteSalam singgah 😊👍🏻
ReplyDeleteHaii salam petang @Syaza ..
Deleteminum tengah cuaca panas ngam ni
ReplyDeleteKannn Kak @Ina...sekali sedut jeee habis hahahaha
Deletewaa cerah mata nak try yang ni ....kawan2 cakap sedap tapi saya belum pernah cuba
ReplyDeleteYerr betul @Mawar, memang sedap, nanti cuba signature dia yaaa...
DeleteBelum pernah rasa lagi hahahaaa...
ReplyDeleteHehehee nanti bolehlah cuba @MrsA ..
DeleteBelum dapat lagi halal certified from JAKIM..cuma ada certified halal dari Indonesia.Teuk dada Tanya IMAN anda.
ReplyDeletehttps://www.feedme.com.my/xing-fu-tang-is-now-certified-halal-but-influencers-and-jakim-said-its-not/
Iyerr kalau dari Malaysia memang takde, yang ada dari bahan Taiwan dan juga Indonesia aja ..jika was-was jangan di minum..
Deleteteruskan membaca ..Jangankecam cuma sekadar berkongsi .
ReplyDeletehttps://muslimobsession.com/hati-hati-sertifikat-halal-mui-xing-fu-tang-disinyalir-palsu/
Baiklah...terima aksih sudi berkongsi..
Delete