NASIHAT 14 - JANGAN MIMPI MASUK SYURGA DENGAN MUDAH

Sis Lin
10
NASIHAT 14 - JANGAN MIMPI MASUK SYURGA DENGAN MUDAH | Wahai orang-orang yang beriman! Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga dengan mudah begitu sahaja tanpa sebarang halangan dan kepayahan. Sedangkan Allah swt belum lagi mendatangkan ujian dan dugaan untuk mengetahui manakah di antara kalian yang benar-benar bersabar, bermuhajah di jalan Allah swt.

Oleh itu jangan sesekali menggangap bahawa syurga itu murah dan boleh dicapai dengan mudah.

Wahai insan, wahai mukminin! Kalian bilamana ingin mendapati kedudukan tertinggi dalam hal dunia, apakah mudah untuk kalian mencapainya? Sudah tentu tidak mudah. Kalian perlu belajar bersungguh-sungguh supaya mahir dalam hal tertentu, dan tidak cukup dengan itu perlu mendapat pengalaman secara praktikal.

Terkadang perlu dihantar ke mana-mana yang jauh untuk memperolehi kepakaran tentangnya, yang aktif sekali barulah mampu mencapai kedudukan yang tertinggi.

Maka seumpama itu jugalah dalam mencapai syurga, tidak akan diperoleh dengan tidur dan berehat sahaja. Bahkan syurga itu jauh lebih mahal daripada segala apa kedudukan yang ada di dunia ini.

Jikalau dalam keduniaan, ramai dalam kalangan kita yang sanggup bertungkus lumus mendapatnya walaupun perlu mengorbankan siang dan juga malamnya, sehingga terkadang sanggup mengkhianati manusia yang lain demi mengaut untuk dirinya sahaja daripada kekayaan itu.

Namun untuk syurga, apakah kita sekadar sambil lewa berusaha untuk mencapainya?.

Jikalau hati kita menyakini akan nilai sebenar syurga serta keindahannya yang jauh lebih berharga daripada apa sahaja keindahan yang ada di dunia ini, nescaya pengharapan kita kepada syurga itu tidak akan terhenti daripada sekadar berdoa sahaja.

Pasti setelah doa yang dipanjatkan itu akan disertakan kesungguhan pada segala tingkah lakunya supaya setiap masa yang dilaluinya menjadi manfaat untuk diri kita di akhirat kelak. Segala dugaan yang datang kepada kita tetap kita akan berterusan bermuhajadah di jalan Allah dan tidak bersambil lewa dalam setiap umur ini.

Ingatlah, bagi sesiapa yang ingin serba selesa di dunia ini namun mahu syurga, kata Baginda Rasulullah, ini adalah orang yang jahil. Orang yang jahil atau bodoh ini adalah orang yang selalu ikut hawa nafsunya untuk mencapai keduniaan, lalu meminta Allah dengan sesuatu nikmat yang terbesar di akhirat iaitu syurga.

Jangan sesekali mimpi untuk masuk ke syurga tanpa diduga.

Sesungguhnya Allah swt telah membuat suatu ketetapan iaitu jangan sesekali kamu menyangka bahawa syurga dapat diperolehi dengan mudah . Ia adalah mustahil.


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 




P/S: Sama-samalah kita permudahkannya...aamiinn..

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Biasanya ada keinginan atau angan-angan kemudian usahakan..tapi bab syurga ni kena usahakan dulu baru boleh berharap..mahal syurga Allah..moga ada kasih sayang-NYA yang menjadi tiket untuk kita mejadi penghuni selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali @PC, kena banyak pembaikan dalam diri, tapi samaada pasti atau tidak ke syurga, biar Allah tentukan, cuma kita bersiap sedia aje..

      Delete
  2. Syurga itu susah kerana mujahadah itu pahit ") yang pasti hujungnya tetap manis kan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Syaza...insyaAllah mudah-mudahan kita semua tergolong dalam syurga ..

      Delete
  3. Syurga begitu mahal harganya..

    memang patut la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Tuan @Hanafi, tidak semudah membuat dosa, tapi jalan ke syurga itu ada..

      Delete
  4. semuga kita semua merasai manisnya hidup berkasih sayang sesama insan

    ReplyDelete
  5. layakkah kita ke syurgaNya? Allahu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!