NASIHAT 16 - ALLAH TAHU YANG TERBAIK UNTUK KITA | Mungkin sahaja kamu tidak suka akan suatu perkara, namun boleh jadi itulah yang mendatangkan kepada kamu seperti kita diduga oleh Allah swt dengan kemiskinin atau kekurangan dalam harta.
Ambillah pengajaran daripada kisah sahabat bernama Tsa'labah yang dalam hatinya itu, suatu ketika ada sesuatu yang tidak betul dan dikatakan ada nifaq.
Beliau datang kepada Rasulullah saw lalu meminta supaya didoakan beliau menjadi orang yang kaya. Kata Rasulullah. "Wahai Tsa'labah! Sedikit kamu dapat dan kamu bersyukur itu lebih baik daripada banyak yang kamu dapat, akan tetapi tidak mampu memikulnya".
Kemudian dipaksa juga Rasulullah untuk mendoakannya menjadi kaya, namun Rasulullah menasihatkan perkara yang sama. Diulang sebanyak 3 kali tetap Tsa'labah enggan menerima nasihat Rasulullah. Tetap ingin Rasulullah doakan mengikut apa yang dia suka, tidak menyerahkan apa yang terbaik baginya menurut Rasulullah.
Maka Rasulullah mendoakannya.
Setelah itu, kambing jantan dan betina yang dipelihara Tsa'labah beranak-pinak seperti ulat yakni terlalu banyak sehingga Tsa'labah yang dahulunya kerap datang bertemu Rasulullah di masjid sudah mula sibuk dengan kambing peliharaannya. Dia hanya datang pada masa waktu malam sahaja kerana terlalu sibuk pada siang hari menguruskan binatang peliharaannya.
Kemudian terus dan terus bertambah sehingga malam juga Tsa'labah sudah tidak kelihatan di masjid bersama Rasulullah, kecuali pada hari Jumaat sahaja. Dan ketika harta Tsa'labah melimpah sehingga dikatakan memenuhi antara dua gunung, maka pada hari Jumaat juga sudah tidak kelihatan Tsa'labah.
Setelah setahun, tiba untuk memungut zakat, Rasulullah menghantar 2 orang sahabat untuk memungut zakat daripada Tsa'labah yang dahulunya pernah berkata kepada Rasulullah, sekiranya dia seorang yang kaya, maka dia akan menjadi pemurah.
Namun, setelah tiba utusan Rasulullah untuk mengutip zakat daripada Tsa'labah, kata Tsa'labah kepada utusan, yang diminta itu adalah yakni cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam.
Oleh sebab imannya yang tidak kuat, maka dia menganggap zakat itu sama seperti jizyah sedangkan jelas diketahuinya bahawa zakat itu untuk orang-orang yang beriman.
Lalu berkata Tsa'labah kepada utusan itu, pergilah kutip daripada orang-orang lain dahulu kemudian datang semula ke tempatnya. Tertanam di dalam hatinya rasa kedekut kerana jumlah kambingnya yang banyak menjadikan nisbah zakat yang wajib di keluarkan juga banyak jumlahnya.
Kemudian, datang kembali utusan Rasulullah kepadanya setelah mengutip zakat daripada orang lain, namun Tsa'labah masih berkira-kira sama ada mahu diberi atau tidak.
Utusan itu pun pulang bertemu Rasulullah tanpa membawa zakat Tsa'labah kerana tidak diizinkan oleh Tsa'labah. Dari jauh utusan itu dilihat oleh Rasulullah dan tidak dilihat banyak kambing yang dibawa, Rasulullah sudah tahu bahawa Tsa'labah tidak mengeluarkan zakat.
Maka Rasulullah bersabda, "Celakalah Tsa'labah".
Lalu turun firman Allah memberitahu larangan kepada Rasulullah untuk mengutip zakat daripada Tsa'labah. Setelah mengetahui itu, Tsa'labah datang bertemu Rasulullah memberitahu bahawa dia ingin mengeluarkan zakat. Rasulullah mengatakan, Baginda telah dilarang oleh Allah swt.
Sehinggalah Rasulullah wafat, pada zaman Khalifah Saidini Abu Bakar R.A, Tsa'labah datang untuk mengeluarkan zakat daripada kambingnya yang bertambah banyak.
Saidini Abu Bakar berkata, orang yang lebih baik daripada aku tidak mahu menerima , mana mungkin aku boleh menerimanya.
Begitu juga yang berlaku pada zaman Khalifah Saidina'Umar Al-Khattah.
Seandainya dia mendengar nasihat Rasulullah iaitu sedikit namun bersyukur itu lebih baik daripada banyak, tetapi tidak mampu untuk memikulnya.
Maka yakinilah, siapakah yang lebih mengetahui manakah yang lebih baik bagi kamu melainkan Allah swt ..
Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri ..
P/S: MOga kita semua dijauhkan dari sifat tamak, kedekut seperti Tsa'labah ini..aamiinn
Allahu Akbar, janganlah aku diuji sebegitu.
ReplyDeleteTerbayang juga kambing yang membiak bagai ulat, banyaknya
Ye Kak @Seri, sampai Allah larang dia bayar zakat sebab sikap tamak dia dan kedekut, Allahuakbar...sangat menakutkan ...
Deletesalam jumaat kak...
ReplyDeleteSalam Jumaat @Norhidana..
Deletekisah yang memberi iktibar..terima kasih atas perkongsian...
ReplyDeletemoga kita dipelihara Allah daripada perkara terlarang.
InsyaAllah sama-sama kita mohon kepadaNya di jauhkan sifat sedemikiian yee @Cuya ..
Delete