Skyscape @ Menara JLand ini adalah yang pertama di Johor yang berkonsepkan ruang hiburan di udara atau di kenali sebagai aerial intertainment space. Menarikkan, tiber bangga jadi anak Johor, sekarang macam-macam ada di Johor ni, kann kann. Dan rasa bertuah dapat merasai pengalaman sendiri berada di tingkat 34 tu.
Bila kata tingkat 34 tu, woww gile okay! Duk nengok gambar kawan-kawan sebelum ni pergi, kemain tinggi oii, mau gayat gile kalau dah kat atas tu tapi Sis belum gile lagi, dan telah berjaya menepis kegayatan itu dan berjaya berjalan dan berposing di atas lantai kaca tingkat 34 Skyscape itu hahahaha.
Yang belum pernah dengar Skyscape ini, ini adalah daya tarikan terbaru buat pelancung luar mahupun dalam negeri yang terletak di tengah-tengah bandar Johor Bahru yang baru juga di buka untuk orang ramai. Skyscape ini menampilkan gabungan teknologi dan hiburan pada ketinggian 149meter dari aras tanah.
Korang kalau nak pergi, lebih mudah park kereta di JBCC. Dari JBCC korang keluar ke pintu entrance keluar Ground Floor JBCC dan korang akan lihat di lantai pintu keluar JBCC akan ada sticker penunjuk arah ke Skyscape, so ikut aje penunjuk itu. Then korang kena jalan kaki sedikit dan akan sampai ke manara JLand sebelah JBCC tu. Korang masuk aje ke dalam dan sudah sampailah di aras bawah Skyscape. Akan ada kaunter tiket yang menjual tiket masuk ke Skyscape.
Nak masuk kenalah ada tiket ya, takde tiket tak boleh masuk hehehehe.
Harga tiket MyKad/MyKid yang di tawarkan buat masa ini adalah :
- RM 28 (Dewasa 12 hingga 59tahun)
- RM 18 (Kanak Kanak 3 hingga 11tahun)
- RM 23 (Warga Emas lebih dari 60tahun)
Perlu di ingatkan, sewaktu nak memasuki atau ke Skyscape, korang kenalah pakai stokin anti-slip skyscape, boleh di beli di sana atau kalau korang nak pakai atau bawa stokin korang sendiri pun boleh. Janji kena pakai stokin.
Stokin anti-slip Skyscape tu di jual dengan harga RM 5 sepasang. Cantik tau, ada macam-macam color lagi hehehe. Beli dan simpan buat kenangan hahahaha.
Atau baca sini untuk syaratnya : http://www.menarajland.com.my/skyscape/
Apa yang menariknya di Skyscape Menara JLand ni?
Sebelum nak naik ke tingkat 34, korang kasilah dulu jantung tu rehat-rehat dan enjoy-enjoy, kang kalau dah naik atas tu kang, silap-silap, merangkak ko (tu Sis Lin jer) hahahahaha. Di bahagian ruang legar bawah Skyscape, ada beberapa daya tarikan yang korang kena cuba dan berOOTD di situ.
Antaranya: http://www.menarajland.com.my/skyscape/activities/
Floor Interactive Games
Ini mainan atas lantai gitu, ada beberapa games yang disediakan, korang boleh main sepuasnya, kalau bawa anak-anak tentu mereka suka, kami yang tua bangka ni pun seronok main di situ hahahaha. Berpeluh juga weeii..Dan jangan lupa amik gambar group ke di situ. Nanti nak balik boleh claim gambarnya dan beli kalau suka.
LED Tunnel
Dah habis main, haa jom naik lift. Sampai aje ke tingkat 34, korang akan nampak pintu berwarna-warna ini. Yang ini menarik, kalau korang pandai amik gambar, tentu gambar korang cantik kebabom! Sebelum masuk kedalam tu, korang memang akan lalui pintu LED Tunnel ni, memang sangat menarik. Puas gak Sis dan Sunah berOOTD di situ hahahaha.
Visual Reality (VR) Games
Hahaha yang ini memang jadi kemaluan Sis ko dibuatnya oiii..Adeii nengok orang main, relax aje diam aje, tapi entah kenapa Sis ko mencubanya sekali menjerit macam nak haperrr! Gara-gara mencuba VR Games Rollercoaster tu. Ajee gilerr menjeritnya, nasib baik lantai kaca tak retak ko phewww....tobat! Ko bayangkan pergi Korea 2x, pergi Hongkong Disneyland, pun Sis ko tak naik rollercoaster, tiba kat sini, baru main VR Games, dah macam haperrr menjerit, gilee betul!! hahahahaha..padan muka aku!
Mereka-mereka itu kemain amik video Sis ko, lepas tu Sis ko nengok, masyaAllah, Sis ko ke tu hahahaha! Memang real VR tu ko, korang kena cuba!! Jangan duk gelakkan Sis ko okay ..benggong betul!
Ada 3 games yang di sediakan: VR main ski salji, VR Zimbie, dan juga VR rollercoaster .
kredit pic OhFuntastic |
Mini Theatre
Yaa lepas dah sakan korang berpeluh maih VR Games tu, haaa korang bolehlah rehat sekejap, sambil-sambil melihat theatre mengenai tempat-tempat bersejarah, menarik dan tempat makan best di Johor. So kat sini lebih kepada santai-santai gitu. Sambil tu nanti akan ada aktiviti untuk anak-anak di sini.
kredit pic OhFuntastic |
Sky Bridge
Masanya sudah tiba, ajomm kita ke awan awangan hahahaha. Ops sebelum tu kan dah bagitau, kena pakai stokin sahaja, kasut kena tanggalkan dan letak di ruang kasut yang di sediakan. Dan sebelum melangkah ke lantai kaca, korang akan di beri arahan keselamatan dahulu. Dan untuk melalui lantai kaca ini, hanya 10 orang sahaja di benarkan untuk dalam satu masa dan group ya.
Dari pengalaman Sis melalui lantai kaca ni, seeloknya korang beli ajelah stokin anti slip skyscape ni, atau korang pakai sendiri stokin korang yang ada macam biji-biji bawah tapak kaki tu, ini sebab, lantai kaca tu licin, so kalau pakai anti slip, korang rasa lebih selamat nak berdiri dan berposing. Tapi kalau taknak pun boleh laaa..eeee sukahatilah!
Ko Tak Gayat Ke Sis Lin ?
Hahahaha..Gile tak gayat ko! Masa mula je sampai ke pintu luar tingkat 34 tu, phewww jantung laju gile ko, berpeluh satu badan, hanya tiang tepi tu je jadi pegangannya hahahaha. Tapi tetap gigih juga amik video. Tak berani lagi nak pandang bawah. Bila dah lama-lama, baru ada berani nak tengok bawah dan bergambar macam tak ingat tanah kat bawah hahahaha..
Nasib baik hanya 10 minit sahaja di benarkan di atas lantai kaca tu, kalau lama, pitam gak hahahaha.
Meh layan gambar gayat tapi berani hahaha..
Nak tengok video atas Skyscape, boleh layari Youtube Sis :
[video Skyscape] : https://youtu.be/PnFKII23pPg
Observation Deck and Activity Area
Habis ko pusing-pusing ke depan ke belakang di lantai kaca tu, peluh dan meresap dalam jiwa, gayat tu dah terbang bersama angin-angin sepoi, so masa sudah tamat. Masuklah kembali ke dalam dan jangan lupa amik kasut korang hahahaha. Lepas tu korang bolehlah berjalan-jalan sambil masuk ruang aktiviti yang akan di buka nanti.
Di sini boleh juga buat majlis ke event korporat ke, tapi ada limited pax laa, walau nampak ruangnya besar tapi agak terhad. Suasana dia yang membuatkan ianya begitu indah, lebih-lebih lagi ketika matahari nak terbenam. Cantik gileee..
Merchandise Shop
Dan akhir sekali sebelum pulang, jangan lupa singgah ke kedai cenderamata untuk melihat-lihat kot ada benda yang menarik nak di belinya. Dan jika pada awalnya korang ada amik gambar, haa kat sini korang boleh tengok dan kalau suka akan gambar tu, boleh terus beli. Harga berpatutan .
Yerr macam gambar team JoCom kami tu, cantikkannn hehehehe.
Dan kalau korang nak tau, ini adalah fasa pertama yang telah di buka, akan datang akan di buka untuk fasa kedua, di mana akan lebih banyak lagi tarikan di sini untuk korang dan anak-anak explore lebih banyak lagi. Tapi sudah tentu nanti harga tiketnya juga berubah yer.
Jangan kata hakak tak bagitau. Harga tiket yang di atas, untuk fasa pertama yang sekarang, apabila siap semua fasa kedua tu, harga akan di naikkan sedikit, tapi sangat berbaloilah!!! ..Tak payah pergi jejauh, Johor ada maaa....
Antara yang menarik nanti di fasa kedua adalah:
Aktiviti Hologram, Teleskop, Augment realitu (AR) Games, Sky Cafe, Interactive Mall dan juga 3D Modelling atau akan ada banyak lagi aktiviti. Nantikannya yer..
Dan kalau nak pergi dan naik Sky Bridge, korang boleh lihat jadual masa di bawah ni yer, dia ada masanya untuk naik atas tu.
Skyscape Menara JLand Johor Bahru
Level 34, Menara JLand Johor Bahru City Centre (JBCC),
Jalan Tun Abdul Razak,
80000 Johor Bahru, Johor
9.30 Pagi – 10.00 Malam
013 – 770 4254 / 012 – 202 0575
Facebook : https://www.facebook.com/SkyscapeJohorBahru/
Instagram :https://www.instagram.com/skyscapejb/
Online Tiket : http://www.menarajland.com.my/
P/S: Nak upload video jerit main VR tu, tapi takut kang speaker korang pecah hahahaha 😆
Kalau SA dapat peluang macam ni memang tak lepaskan..so far SA takde gayat..hehehe
ReplyDeleteKannn gayat macam mana pun, cuba aje kan, bukan senang nak dapat peluang merasainya kan @Suria ...
DeleteTengok gambar ni pun PC kecut perut..tapi teringin nak mencuba..siapa tahukan..berterbangan rasa gayat yang ada..
ReplyDeleteHahahaha betullah tu @PC, gayat Lin dah terbang bersama angin-angin di atas sana hehehehe
Deletetakpernah lagi naik tempat mcm ni.. teringin jugak nak rasa ntah gayat ke tak nanti.. haha..
ReplyDeleteNanti boleh pergi bawa anak-anak sekali @Dilah, banyak aktiviti dia ada ..
DeleteYang kat JB ni belum sampai lagi.
ReplyDeleteKalau kat melaka dah beberapa kali
Nanti datanglah singgah dan rasai pengalamannya @Wak ..pasti teruja..heheheh
DeleteSis...saya nak video sis terjerit-jerit tuuu~ hahahaa..
ReplyDeleteNice nyeee... amek gambo atas tuu...boleh bawak makanan atas tu x...ngehh3
Hahahaa sengallah ko @Nona, takkan laa nak bawak makanan oii atas tu, haperr ko nak piknik ke haaaa?
DeleteVideo? PM tepi hahahahaha
ok.. mia tak lulus. i is gayat... hahahah...
ReplyDeleteHahahaha cubalah Mia, Sis pun sama, tapi bila dah jalan atas tu, buat tak nampak aje hahaha
Delete