RESEPI LAKSA SARAWAK PES HAJI MANAN MUDAH DIMASAK DAN SEDAP!

Sis Lin
14
RESEPI LAKSA SARAWAK PES HAJI MANAN MUDAH DIMASAK DAN SEDAP! | Yerr memang sedap, tengok gambo aje dah tau sedap. Bukan gambar aje nampak lawa tapi rasanya pun memang sedap, power habis! Kena pulak dimasak oleh air tangan Puan Sunah, orang asli dari Sarawak. Oii bukan dia orang asli, tapi dia orang 'asli' anak Sarawak hahahaha.. senang faham anak jati Sarawak laaa, tapi blogger Johor bukan blogger Sarawak hahahaha..

Memang dah lama nak makan Laksa Sarawak ni. Sebelum ni Sis makan di Sugar Bun, restoran makanan Borneo, memang ada jual laksa sarawak, tapi jauh beza rasanya dengan yang ini, betul!

Baru-baru ni, Sis dapat staycation di SMSprivatestay di Country Garden (nanti update kemudian ya cite ni) dan Sis ajak Sunah dan juga rakan-rakan group Tourism Johor sekali untuk buat potluck, maka sudah tentulah menu yang utamanya adalah Laksa Sarawak. Pesnya pulak memang ada simpanan, so memang kenalah timingnya tu.

[Cite Potluck Sunah] : https://www.sunahsukasakura.com/2019/07/laksa-sarawak-dan-ambuyat-untuk-potluck.html

Rupanya tak susah nak masak laksa sarawak jika guna pes Hj Manan ni, senang sokmo ko! Bahan dia pun macam ko buat soto aje, cuma benda kecik-kecik gitu yang jadi remeh, tapi nak masak kuahnya alahaii sonang sungguh!

Bahan apa dan macam mana nak masak?
Meh Sis bagitau hehehehe..

Resepi Laksa Sarawak Pes Haji Manan Mudah Dimasak Dan Sedap!

Laksa Sarawak Pes Hj Manan 

Bahan utama:
1 pes Laksa Sarawak Hj Manan (untuk hidangan 4/6 orang makan).
1 Kotak santan
1 kiub pati ayam
1 liter air (1 liter air tu termasuklah air rebusan ayam tu)
Spageti anglehair di rebus hingga lembut (ikut suka memasing, guna mee hoon pun boleh)

Bahan sampingan:
- Isi ayam yang di carik-carik  (bila rebus ayam tu, airnya jangan dibuang, airnya akan kita jadikan kuah laksa sarawak tu)
- Udang (rebus dan airnya jangan dibuang)
- Timun di hiris
- Tauhu goreng dan di potong kecil
- Tauge di celur
- Limau kasturi
- Telur dadar kosong yang di hiris halus
- Daun ketumbar
- Juga sambal tumis kosong

Cara memasak kuahnya:
- Mula satukan dan didihkan air rebusan ayam dan udang tadi dan masukkan pes laksa sarawak Hj Manan (Ingat! pastikan air hanya 1 liter sahaja untuk 1 pes yer)
- Kemudian masukkan kiub pati ayam dan terus masukkan santan.
- Kacau sehingga mendidih dan letak bahan perasa ikut selera memasing.

Resepi Laksa Sarawak Pes Haji Manan Mudah Dimasak Dan Sedap!

Bila kuah dah siap, haaa apalagi ceduklah!

Sediakan mangkuk, masukkan spageti, dan tuangkan kuahnya dulu. Yer kenapa? kalau letak bahan dulu, nanti tak nampak plak bahan-bahan sampingan atas tu, tenggelam dek kuah. Tu tips kalau korang nak amik gambo ler hehehehe. Kalau tak, korang ceduk semua then terus ngap jer!

Dah siap semua masuk dalam mangkuk haaa jangan lupa perahkan limau dan juga gaulkan dengan sambal tumis, perghhh bersudu-sudu masuk mulut, makan sedap tak ingat perut memboncit! Hahahaha.

Resepi Laksa Sarawak Pes Haji Manan Mudah Dimasak Dan Sedap!


Serius sedap! Kompom tak cukup sebungkus hahahaha.

Ni dah kirim lagi dengan Sunah pes laksa sarawaknya, nanti time Suami balik nak masakkan untuknya. Tapi entah pandai ke idok Suami Sis ko makan laksa sarawak ek hahahaha. Takpe nanti kita cuba aja masak.

So korang kalau nak makan laksa sarawak, belilah pes Hj Manan ni, dijamin memang sedap tak terkata, cubalah! Tak silap sebungkus RM 7 gitu kot. Sis ko dah lupa daaa...

Ambuyat?
Oh! Tu kita cite lain post laaa yer hehehe tungguu..

Ok nanti sambung, banyak benda nak settle dulu ni sebelum bercuti-cuti. Kemana? Mana lagi hahahahaha..Syyhhh ada yang memerhati tu 👿



P/S: Selamat beristerirehat korang!

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. x pernah rasa laksa sarawak.. beza sangat tak ngan laksa johor or laksa penang sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beza @Dilah, tak sama dengan laksa johor, sebab laksa sarawak rasa dia ringan aje, laksa johor kuah dia berat sikit hehehehe

      Delete
  2. Belum pernah makan lagi laksa Sarawak..bila ada pes ni memudahkan sangat kan Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer @PC, ada pes senang nak masak, mudah sangat nak masaknya dan rasanya sedap...pes lain tak taulah ..

      Delete
  3. Mmg sedap laksa sarawak ni sbb tak pedas sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rasanya tak pedas, dan sedang-sedang aje kan @Cikguzim...sedap!

      Delete
  4. woiii ape sebungkus RM13...cekik darah betul..tu harga untuk dua bungkus...hahahahhaha

    woiii lagik, gambar takde watermark! nanti orang jual laksa curik..ahhahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha salah ek @Sunah..hahahaha
      Okay jap lagi edit hahahaha..
      Mula nak letak, pastu malas, sapa curi, siap, legal Jocom menyusul..hahahahaha

      Delete
  5. Pes ni memang best. SIL kahwin ngan Sarawakian...jadi tiap kali open house memang wajib ada laksa Sarawak. Nak buat sendiri dia belum pandai..jadi guna Pes Hj Manan ni jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Sheila, nak buat sendiri macam leceh benar ramuannya, guna aja pes sedia ada, cepat dan mudah. Pun sedap kannn...

      Delete
  6. boleh tahu tak, pes dalam resepi ni, yang 200g atau 500g?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni 200gm aje...kalau yang 500gm tu pek besar...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!