Ya, bukan senang nak jumpa dan makan kek bulan ni tau. Hanya bila ada festivalnya aje dia muncul. Bagi mereka yang gemar memakannya, mesti akan tertunggu dan pasti nak merasai setiap keluaran baru dan juga aneka perasa kek bulan ni. Dan yang terkini perisa durian menjadi kegemaran semua kalau nak membeli kek bulan.
Tapi berbeza bagi mereka yang sukakan kek bulan yang di masak secara tradisional iaitu diadun, dibuat dan dipanggang secara tradisional dan intinya hanya telur asin atau kacang merah, ianya adalah sangat berbeza dengan yang dah di komersialkan perasanya.
Kebanyakkannya mereka sekarang lebih gemarkan yang 'Snow Skin Mooncakes (Kulit Salji)', ianya lebih lembut, dan isi dalamnya fresh, dan ada pelbagai perasa, lebih-lebih lagi jika perasa durian, sangat sedap!. Bentuknya pun comel, kecik dan cute sangat hehehe.
Meraikan Chinese Festival Mid-Autumn yang bersejarah pada 13hb September 2019, Restoran Cina Wan Li Renaissance Johor Bahru Hotel telah menghasilkan reka bentuk kotak mooncake terbaru untuk mooncake tradisional dan juga Snow Skin .
Ya, kalau korang beli mooncakes di sini, korang akan dapat sekali kotak cantik tu dengan setiap pembelian dalam satu resit. Tapi kalau beli seketul tak de lah dapat kotak cantik gini hehehe. Kena beli at least 4 biji ya.
Baru-baru ni Sis berpeluang menyaksikan secara live pembuatan tangan kek bulan di Wan Li Renaissance Johor Bahru Hotel. Memang sangat tradisi, terus rindu zaman atuk cina Sis ada. Dulu kalau tiba musim kuih bulan, atuk Sis laa yang akan buat sendiri dan bagi kami semua makan. Dan sekarang tak sangka kat hotel besar camni ada lagi buat kek bulan secara tradisi camni.
Chef Renaissance Johor Bahru Hotel's Chef De Partie, Lim Pei Shi yang terkenal sebagai Chef yang bertanggungjawab dalam pembuatan kek bulan tradisinya memang sangat berbakat dalam membuat kuih bulan berkata, ianya menggunakan resepi asal tradisi dan juga dibuat menggunakan tangan dan perkakas tradisi cina yang mengekalkan rasa asli yang sebenarnya.
Semua mooncakes adalah buatan tangan dan dibuat setiap hari dengan bahan-bahan semulajadi yang segar dan berkualiti tanpa pengawet.
Ini termasuk Pure Lotus Paste, Lotus Paste dengan Yolk Single, Lotus Paste dengan Double Yolk, Paste Teh Hijau dengan Yolk Single, Jade Custard, Buah & Kacang Assorted dan Paste Bean Merah.
Jenis-jenis Mooncake Snow Skin yang dibuat pada tahun ini termasuk Pearl Dark Chocolate Crunchy, Kopi Truffle, Taro Paste Truffle, Teh Hijau Matcha Truffle, Truffle Buah Passion, Peppermint Chocolate Truffle, Strawberry Frizzy Truffle dan Lemon Truffle.
Kembalinya perasa Durian menjadi kegemaran semua dan boleh dibeli juga di sini.
Jadi korang kalau nak cuba boleh dapatkannya di Wan Li Chinese Restaurant of Renaissance Johor Bahru Hotel. Memang sangat puashati rasanya dan sangat sedap! Sis dah cubanya dan Sis adalah penggemar kuih bulan. Bagi korang yang sukakannya mesti suka!
Ia boleh didapati dengan harga pembelian awal (early bird) mulai 19 Julai 2019 sehingga 5 Ogos 2019 dengan diskaun sebanyak 15% .
Pilihan pembelian aneka Mooncakes:
- 4pcs Baked Tradisional Mooncakes RM 98 .
- 8pcs Snow Skin Mooncakes RM98 .
- 8 pcs Durian Madness RM168 .
Nikmati diskaun untuk pembelian mooncake pada satu resit;
- Diskaun 15% untuk pembelian awal sebelum 5hb Ogos 2019
- Diskaun 15% untuk pembelian di atas 25 kotak
- Diskaun 25% untuk pembelian melebihi 100 kotak
- Diskaun 15% untuk pemegang kad Standard Chartered Bank
- Diskaun 20% untuk pemegang kad UOB Bank
- Ahli Club Marriott sedia ada 1 kotak percuma untuk setiap pembelian 8 kotak
- Di beri 1 percuma untuk setiap pembelian 9 kotak
Promosi berlangsung sehingga 13 September 2019 .
Untuk tempahan boleh hubungi Wan Li Chinese Restaurant at Renaissance Johor Bahru Hotel at +6073813388 dari jam 11.30am to 10.00pm.
Atau email : rhi.jhbbr.wanlirestaurant@renaissancehotels.com or henry.lee@renaissancehotels.com .
P/S: Biasa Suami Sis akan bawa dari opis kawan cina dia bagi, tahun ni tak taulah ada ke takde, kalau takde, kita beli sendiri!
sedap kan yg snow skin tuuuuuuu
ReplyDeleteYerr Kak @Seri, masih terasa-rasa kesedapannya snow skin mooncakes durian ituu....
Deletex pernah makan yg snow skin tu sis..
ReplyDeleteKena cuba nanti @Dilah, tunggu festivalnya di shopping mall, semua ada jual termasuk SDS juga ..
Delete