Agak lamalah juga rumah Sis ni tak masak sardin, dari masa puasa tu kot ada sekali masak sardin time sahur, lepas dari tu lama tak makan sardin. So baru ni tekak rasa nak makan sardin, dan kebetulan kalau dalam rumah Sis ni memang ada simpan stok sardin, suka simpan sebab senang bila sesekali rasa nak makan, benda dah ada, kann..
Maka termasaklah Sis ko menu sardin bertelur. Bukan sardin tu ada telur, tapi masak sardin dengan pecahkan telur dalamnya hehehe.
Memang sejak dah takde siapa nak makan kat dalam rumah ni, Sis ko malas nak masak lauk bebanyak, fikir siapalah nak makan kalau masak banyak...ermmm kadang sedih juga memikirkan, sebab kita jenis suka masak, then nak masak tapi takde siapa plak nak makan, terbantut rasa semua kerja..
Kalau nak masak, haaa hanya masak 2 jenis ke 3 jenis ajelah buat geli-geli tekak. Kalau nak masak beriye tu dah takde. Masak beriye tu maksud Sis, kalau masak contohnya: Gulai ke, kari ke, lemak ke, macamtu lah, tapi bila dah takde siapa geng makan, masak goreng-goreng dan bakar atau tumis air je dah cukup, janji masak!
Kalau time Suami balik haaa tu masak beriye, sebab Suami ada permintaan menu dia hehehe. Kalau takde permintaan, memang makan luar aje sepanjang hari, dapur off!
Haaa tu dia sardin pecah telur hehehee.
Bukan susah mana pun, masa tumis bawang dan lada tu, bila dah wangi, haaa ko pecahkan telur ke dalamnya, then biarkan kejap, jangan terus kacau, agak telur dah kering baru kacau-kacaukannya.
Barulah telur tu cantik nampak berkeping gitu..
Mood nak shoot gambar lawa takde, maka gambar comot le jadinya, sori..
Lepas aje dah siap telur tu di tumis bersama bawang, masukkan aje semua sardin satu tin tu. Jenis Sis malas nak goreng-gorengkan dulu ikannya, kalau rajin je buat. Ni buat makan sendiri, Sis ko campak aje setin dalam kuali hahahaha.
Kebetulan kicap pulak habis adeiii...so masa sardin ni tengah masak, tak dapatlah tuangkan sikit kicap ke dalamnya, kalau tak lagi sedap!
Maka terjadilah Sardin Bertelur cepat dan mudah benau..sedap pun sedap..
Sheshekali bolehlah...kalau Suami Sis ni memang tak layan lerr dia lauk sardin hahahaha..kenyit mata je le dia, baik telur dadar dari sardin katanya hohoho..
P/S: Tenangnya di sini...Rasa macam taknak balik Johor!!
Sardin sesekali masak sesekali makan boleh buka selera..nasi panas..ada ulam sikit..on.Kadang dia saja pun boleh bertambah nasi..berulang makan..lagi masa makan tu perahkan limau kasturi sardinnya..Ya Allah..sebelum ni PC suka sardin..tapi terberhenti kejap sebab kes yang viral satu msa tukan...lama-lama ok je Sis.Tapi alhamdulillah setakat hari ni..masak dan makan sardin semuanya ok je..
ReplyDeleteTerus terliur baca komen @PC perah limau tu hahahaha. Sis kalau kata nak makan je, terus masak yang senang dan mudah jerr...kalau rajin ye, ikannya di goreng asing dan siap le memacam letak dalam kuahnya hehehe
Deletetak pernah lagi masak sardin pecah telur gini..boleh cuba nanti..nak gi beli sardin la kejap lagi!
ReplyDeletesaya pun sama macam sis lerr, suka masak tapi takde sape nak makan kalo masak...huhuhuhu
Sedap @Sunah, dari masak kosong aje, letak telur ada gak tambah bahan dalam kuah tu hehehehe
Delete